Resepi Bihun Goreng Sedap dan Mudah | "Hai bihun goreng hai sungguh lazat, sungguh enak, bihun buatan sendiri" Sila nyanyi ikut muzik iklan perencah nasi goreng adabi tu ye 😂😂 Jangan menyanyi kat dapur pula, kang ada yang masuk meminang hahhaaa. Petang-petang layan bihun goreng pun sedap kan, korang.
Semalam balik dari kerja dalam pukul 6.30 petang tu mak call, kata nak datang rumah dengan ayah, adik shida dan maryam (anak buah shida) selepas maghrib. Jadi shida balik dari kerja tu terus fikir apa nak masak family nak datang rumah kan. So terlintas dalam fikiran, buat bihun goreng lah mudah! So malam tu terjadi lah bihun goreng dapat lah makan bersama-sama dengan maryam tu.
Kenapa shida pilih bihun, entahlah shida rasa mudah goreng bihun ni, bahan-bahan memang tersedia sebab Encik Husben kan peniaga so ambil saja apa yang berkenan. Jom shida ajar masak bihun goreng resepi shida yang mudah tapi sedap!
Bahan-bahan Memasak :
- Bihun paket 1 (boleh makan dalam 6-7 orang) **direndam dulu
- Bawang besar sebiji yang besar ya **dikisar
- 4 biji/ulas Bawang Putih **dikisar
- 1 Kiub Pati Ikan Bilis (any brand) **dikisar
- Cili Kisar / Cilibo 2 senduk kecil
- Cili Sos 3 sudu **ikut cita rasa masing nak lebih/kurang
- Kicap 3 - 4 sudu **ikut cita rasa masing nak lebih/kurang
- Fish ball 10 biji belah 2
- Fish cake 1 potong kecil-kecil
- Telur 2 Biji
- Sawi dalam 3 Pokok **potong asingkan daun dan batang
- Taugeh dalam 50 sen (suka lebih buh lebih) **cuci dan tos
- Daun Sup + Bawang *hiris nipis/halus
- Minyak untuk menumis
- Gula + garam + serbuk perasa (jika guna)
Cara Memasak :
- Mula sekali kita tengok dulu bihun yang kita rendam tu dah lembut ke belum, kalau boleh jangan biar terlalu lembut, nanti nak masak dia jadi lembik, bihun dah okay toskan dulu. Tuang minyak dalam kuali goreng dulu fishball fishcake terlebih dahulu yang siap dipotong dan dibersihkan. Siap, angkat tos dan ketepikan dulu. Ini cara shida ye, shida suka goreng dulu, nak masuk ketika menumis nanti pun boleh juga tiada masalah.
- Dalam kuali yang sama jika minyak kurang tambahkan sikit ya, tumis bahan yang dikisar dulu iaitu bwang besar + bawang putih + kiub ikan bilis. Dah naik bau, boleh tambahkan cili kering jika yang suka pedas boleh tambah lagi. Kacau rata hingga bahan blend dan cili tadi masak tambah gula 1 sudu dan secukup rasa. Kemudian masuk pula sos dan kicap manis, jika pekat tambah sikit air ya, kacau rata lagi.
- Lepas masukkan pula batang sawi yang dipotong tadi, time ni jika korang tak suka goreng dulu fish ball + fish cake boleh masuk time ni ya. Kacau rata lagi masukka pula telur dua biji tu. Gaul-gaul bagi telur masak boleh masukkan bihun tadi.
- Part nak gaul bihun jika tak dak kederat guna dua sudip ya, bihun sepaket ni banyak juga. Bihun dah sebati korang rasa la kalau ada yang kurang seimbangkan. Gaul rata lagi, lepas boleh tambah baki sayuran sawi dan taugeh, gaul-gaul sampai semua sempurna boleh taburkan daun sup bawang yang dihiris nipis. Siap tutup api boleh sedia dihidangkan.
- Peringatan yang suka pedas boleh extra cili kisar, yang suka bihun warna gelap boleh lebihkan kicap ya. Bila korang extra kan bahan-bahan ni kena pandai seimbangkan rasa ya. Lagi satu yang tak suka letak fish ball + fish cake boleh juga letak ayam atau seafood. Selamat Mencuba 👍

