Minggu atau bulan yang cukup mencabar dan meletihkan bagi shida. Risau pula sebab kesihatan badan selalu tak stabil, kejap-kejap rasa tak sedap badan, terlalu letih tapi tak mahu tidur awal. Jika ada yang perasan kadang-kadang shida 1 2 pagi baru dapat buka blog jalan-jalan ke blog kawan-kawan.
Rasanya time macam tu je waktu yang shida boleh ambil kesempatan untuk blogwalking dan update entri terbaru. Maksudnya sewaktu husben dah tidur, selagi dia tak tidur susah nak mengadap laptop pun. Sat sat sayang urut belakang jap, sayangg buat air jap, sayangg sapu minyak jap. Selagi kita ni depan mata dia adaa saja la kan hehee nak buat macam mana kan, sape tak sayang laki kan 😁
Berbalik pada tajuk entri Sedap sangat ke? Hahaaaa kemain lagi tajuknya yee. Sebenarnya pada bulan yang lepas shida adalah berbelanja sedikit tapi tak lah boros korang! sikit je buat pelepas ngidam nak mencuba makan itu dan ini. Perbelanjaan ini ada yang rasa berbaloi ada juga rasa satu pembaziran hahaaaaaa padan mukee sendiri 😂
MYKORI Chocolate Tiramisu - Okay untuk aiskrim dari mykori bersaiz besar berharga RM25.00 besar dan tinggi. Shida sebenarnya pertama kali rasa aiskrim dari mykori ni, tak boleh nak pergi selalu sebab en husben tak berapa suka aiskrim. Pertama kali rasa not bad, pilihan shida chocalte tiramisu ni tepat sedap dan aiskrim kepal dia lain dari yang lain.
Oh! maaf la shida tak tahu nak panggil apa nama aiskrim ni so ais kepal pun boleh la noh 😁 Untuk aiskrim di mykori ni boleh dicuba lagi untuk flavor yang lain. Tengok orang lain makan macam syok! shida saja nak cuba tapi nak pi kali kedua kena cari idea laa nk pujuk en husben hahahaa 😂
Mamasab Salted Egg & Cheese DorySkin - Sebelum tu ini bukan lah iklan berbayar ke apa ye, nanti ada yang kata promot pula! Tak ini cuma satu entri saja suka-suka nak sharing is caring. Maaf lah untuk doryskin ni shida rasa satu pembaziran beli. Bila makan tak kena tekak oii. Aduhai mula rasa kembang semacam makan dia 😆
Harga boleh tahan juga RM29.00, untuk repeat mungkin tidak sekali cukup sekali sahaja hahhaa. Bila disebut-sebut doryskin ni gaya macam lazat tapi bukan untuk saya mungkin. Hurmm dah lama sangat kot tak makan ikan shida ni sejak-sejak sebumbung dengan en husben yang tak makan ikan tu!
Bubblebee Diamond Mango Oolong Tea - Harganya RM10.50 minuman ini pun pertama kali shida beli dan cuba untuk minum. Ingat nak beli yang ada madu tapi takut terlalu manis dan tak lalu pula, so decide beli air minuman sahaja. Encik Husben beli Diamond Mango Strawbery Jasmine Tea.
Untuk Air ini okay la nak kata sedap sangat tu tak juga, biasa-biasa saja mungkin boleh repeat untuk menu yang lain, ada banyak pilihan cuma shida jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Nanti boleh cuba Ice cream Series atau Coffee pula kan.
So disini air dan aiskrim mendapat tempat ditekak shida untuk menu makan pula tak berapa okay, takpelah kita cuba jajan yang lain pula. Maaf jika ada yang setuju dengan pendapat shida ni, biasa tekak tak sama masing-masing punya selera kan hehee.





