Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Penawar Sakit Lutut | Kenapa shida kata penawar? sebab shida telah mencubanya dan ia menjadi, ia bukan sahaja merawat untuk sakit lutut malahan sakit belakang, tak sedap badan semua boleh. Yang dah pernah merasai menggunakan bahan-bahan ini mesti bersetuju dengan shida :) Kenapa sakit lutut boleh terjadi? Kebiasaan sakit lutut ni terjadi kepada orang yang berbadan besar dalam istilah gemuk. Ada juga disebabkan penggunaan kaki yang melampau, kuat bekerja dan sebagainya. Ada juga disebabkan faktor usia. Ramuan ni bukan shida sahaja menggunakannya malah shida berkongsi kepada kawan-kawan, mak ayah dan saudara-saudara shida. Alhamdulillah semua berjaya atasi dengan ramuan ini, bahan juga mudah didapati. Setiap bahan dalam ramuan ini juga mempunyai khasiat tersendiri. Cara pengambilan ramuan dengan cara merebus semua bahan ini.
Bahan - bahan :
- 2 biji buah epal hijau dibelah 4
- 2 batang serai di ketuk dan dipotong pendek
- 1 kulit kayu manis
- 3 cawan air kosong
Cara - cara :
- Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk beserta kesemua bahan-bahan.
- Biar air merebus sehingga menjadi 1 cawan.
- Lepas tutup api, biar air rebusan menjadi suam dan boleh diminum.
- ulang sebanyak 7 hari berturut-turut
- Boleh diminum pada waktu pagi atau sebelum tidur pada waktu malam
- Inshaa Allah sakit-sakit badan akan hilang, badan juga rasa segar dan ringan
SELAMAT MENCUBA :)

