Hai Korang! Ya Allah lamanya shida tak update blog ni korang! Sudah bersawang sangat ni. Ampun sangat korang! sepanjang bulan bulan Ramadhan yang lepas memang shida sibuk sehingga tak dapat nak tumpu pada blog. Bukan tak cuba untuk bahagikan masa dan ruang tapi memang tak boleh 😅
Okay dikesempatan ini shida nak Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, tak lupa juga kawan blogger dan pembaca blog shida ini. Entah ada ke tak pembaca lagi ni aduhaii!
Untuk raya kali ini Tahun 2021 kita masih Raya dalam PKP lagi korang. Ya kali ini langsung tak dapat merentas atau ke mana-mana. Jadi plan untuk balik ke kampung suami dan bercuti automatik dibatalkan serta merta hahaha. Sabar ajer lah! Ingat dapatlah berehat setelah berpenat lelah di bulan puasa kan. Hampaaa jua 😔
Berehat yang disangka seminggu diberi selama sebulan korang! Yerlah Pusat Tuisyen menerima arahan untuk tutup beroperasi bermula 10 Mei 2021 sehingga 6 Jun 2021. Aduhai! betul-betul dapat raya selama sebulan dekat rumah ni. Pelajar pun akan mula semula PDPR selepas cuti hari raya.
Di Bulan yang mulia ini, shida panjat doa semoga wabak covid19 ini hilang dimuka bumi kita, agar kita dapat kembali kehidupan kita yang normal. Sekarang buat sementara waktu kita teruskan dulu kehidupan kita dengan norma baharu dan patuh SOP yang disarankan MKN & KKM.
Baiklah korang! sungguhpun kita raya dalam suasana pkp lagi tapi kita haruslah meraikan keriangan hari raya ini atas kemenangan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu. Hari raya harus jua diraikan jangan bersedih ya mana yang tak dapat balik kampung, dah lama tak berjumpa dengan keluarga. Semoga satu hari nanti kita dapat merasa semua itu kembali, Amin!

