Thank Q at SWC Bandar Seri Iskandar | Pada hari selasa yang lepas setelah selesai urusan mak mak budak ni di Kedai Emas KimYo 108 tu kami terus gerak ke Sri Iskandar. Semata-mata nak berkunjung dan cuci-cuci mata dalam Kedai Thank Q at SWC Bandar Seri Iskandar ni. Kedai ni betul-betul dalam bandar Seri Iskandar. Seperti biasa ditemani oleh peneman setia iaitu my mom dan adik bongsu shida yang buat Nasi Lemak tu.
Sebenarnya lama dah nak pergi tempat ni, cuma masa takde dan asyik tak sempat je. Ingat lagi plan nak pergi sini selepas Majlis Kenduri Adik Ipar shida di beruas, pun tak sempat juga nak singgah. Akhirnya plan terus dengan mak dan adik, dapat juga pergi. Ini plan awal 2 minggu tau rasanya masa decide nak pergi dah plan siap masa bulan lepas hujung-hujung bulan ogos. Bila sampai perasaan tak tahu nak khabar kan hahaa seronok lah! mula rambang mata, semua nak beli.
Macam biasa nak masuk tu, kena ikut SOP ya. Time shida mai tu orang tak ramai sebab sampai awal, lepas keluar baru ada yang masuk, masuk dan masuk. Shida rasa berbaloi datang time tu sebabnya ada sale sehingga 30% diskaun! Siap belanja mak sekali pokok - pokok idaman dia 😍😍 Mak seronok, kita sebagai anak pun tumpang seronok. Shida dapat lah borong sikit pokok- pokok viral sebab murah sangat-sangat, kat shopee? tak dapat harga tu korang!
Lepas selesai urusan membeli-belah kat sini terus ke Ipoh masuk pula ke Aeon Klebang, nak cari barang kat kaison. Tapi tersilap langkah Kaison kat Aeon Manjung lagi banyak barang dari di Ipoh so tak beli apa-apa pun. Selesai solat terus belanja mak makan, totally pengembaraan satu hari dari pagi hingga malam shida support! yeay! Kot-kot lah korang berjalan sakan sampai ke Seri Iskandar jangan lupa singgah Thank Q at SWC Bandar Seri Iskandar okay!


