Assalamualaikum, peace upon you.
terima kasih atas perkongsi rakan facebook Tengku Syukri
Terguris hati si ibu, terbuka pintu neraka untuk si anak, makan dalam sungguh ayat ini. Baru-baru ni baru je bermaafan dengan mak sebab ada perselisihan faham antara kami tapi tak lah teruk mana salah faham sikit je. Walau betul pun kita, salah ke kita memang kita seorang anak harus minta maaf terlebih dahulu sekiranya kita ada buat salah atau pun perselisihan faham. Jangan biar perkara itu berlarutan sehingga mak terguris hati atau menangis. Bila dapat tahu mak shida risau sebab balik kerja lewat lupa nak inform dulu buat mak tertunggu-tunggu dan tertidur dekat depan. Esoknya shida minta maaf kat mak buat mak tertunggu-tunggu bukan nak
buat mak susah hati ke apa cuma terlupa sebab kerja terlalu banyak
ralek-ralek buat kerja hampir 10.30 malam. Cepat-cepat shida shida balik
rumah handfone pun silent time tu. Mak shida memang macam ni shida kerja sampai lewat malam mesti mak tunggu. Semua anak-anak dah berada dalam rumah baru dia masuk bilik untuk tidur. Tapi bila baca status ni memang makan dalam, terasa pun ya huhuuu. Now pesan kat mak tak perlu tunggu-tunggu lagi masuk je tidur dulu.... tapi emak kan kata ha! dia buat juga :')

