Assalammualaikum, peace upon you.
TOP KOMEN BULAN MAY & JUNE
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjayakan blog shida dari newbie sehingga sekarang. Semua tu termasuklah kawan-kawan dan pembaca atau pengunjung setia blog shida ni. Hari ini shida nak update TOP KOMEN BULANAN blog shida, seperti biasa buat 2 bulan sekali :) Untuk MAY dan JUN tahniah diucapkan kepada yang tersenarai seperti didalam gambar yang shida print screen ni :) So seperti yang dijanjikan shida nak beri 2 hadiah lah 1 untuk May dan 1 untuk Jun, hadiah pun tak special tak mahal sekadar barangan limited edition dari shida yang tak ada dijual dimana-mana tempat pun, hanya di BLOG SHIDA sahaja :) untuk dibuat kenang-kenangan dalam dunia bloging ni :)
Ini lah dia rupa hadiah bagi tengok siap-siap hehee :) so minta korang yang tersenarai PM di facebook shida Nama dan Alamat rumah ok :) nak senang komen saja detail korang tu :) buat 2 komen 1 detail 1 komen korang yang komen detail tu shida padam lepas copy ok :) bagi yang dah pernah PM shida tak perlulah PM lagi shida dah tahu alamatnya :) Terima kasih sebab beri sokongan selama ini :)



