Assalamualaikum, peace upon you.
korang tau kan pasal video ni? tadi pun dah masuk kat berita tv3, video yang ditonton paling ramai di youtube termasuk lah shida sekali hahaa^^ dasyat juga sampai masuk tv hehe^^ shida tengok biasa saja. Cuma si Ikan ni tengah syok dengar muzik sambil pemuzik tu tergedik-gedik depan dia , ikan tu pun ikut hehe^^ tapi bijak juga lah dia pandai ikut muzik gerak-gerak badan dia yang berat tu hehee^^ comel tak! comel tak saya! ikan tu cakap hehee^^ siapa sini penggemar ikan paus sila angkat tangan macam ikan tu hehee shida pun tak tahu macam mana dia angkat! eh dia ada tangan ke hahaa >.<
ini pula kisah spinning pen yang sekarang jadi kegilaan remaja sekolah. Tak kira sekolah menengah mahupun rendah. Apa seronoknya hanya "sebatang pen" jom tengok video ni. Esok lusa shida bagi gambar-gambar student-student shida pula ok ^_^ mereka semua kaki "spinning pen" tersebut. sampai nak UPSR pun dalam kelas asyik pusing pen tu...haiihh ^_^
