TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
Assalamualaikum, peace upon you.
ETIKA & ADAB KETIKA TEMUDUGA
- datang awal sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit awal ke tempat temuduga untuk sesi persediaan anda.
- sebelum ke tempat temuduga pastikan anda sarapan dahulu sekiranya waktu temuduga adalah waktu pagi. Yang penting lapik perut supaya kelihatan cergas dan bertenaga
- berpakaian kemas baik lelaki atau perempuan dan berkasut sarung
- bersikap positif dan sentiasa senyum. sekiranya ada rakan setemuduga tidak salah jika anda berkenalan antara satu sama lain. sikap ini juga membolehkan anda mengurangkan rasa gemuruh dan takut
- memastikan sijil-sijil keperluan dan resume serta salinan sijil-sijil atau dokumen yang lain lengkap
- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga
- Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah
- seeloknya anda menunggu penemuduga mula dahulu untuk ditemuduga
- Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat, benar dan betul, tidak berbohong.
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
- Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar
- membuat sedikit ulangkaji atau persediaan bagi bidang perkerjaan yang dipohon seperti tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
LARANGAN KETIKA TEMUDUGA
- dilarang sekiranya anda lewat ke tempat temuduga. masa atau janji adalah sangat penting dalam sesi temuduga. ia juga merangkap dalam kategori disiplin pekerja dalam menepati masa
- dilarang membiarkan perut kosong ketika temuduga sekurang-kurang lapik perut, ini boleh mengakibatkan anda lemah kerana lapar, muka tidak bermaya dan tidak mampu berfikit dengan sempurna.
- dilarang berpakaian menjolok mata bagi perempuan dan lelaki berseluar pendek ketika temuduga
- dilarang bersikap sombong dan angkuh ketika ke temuduga, ini membolehkan anda terbawa-bawa sikap ini sehingga ke sesi temuduga anda
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian
- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh.
- dilarang meletakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu
- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu
- dilarang goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar.
- dilarang bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
- dilarang menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- dilarang berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- dilarang sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- dilarang sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
ETIKA BERPAKAIAN KETIKA TEMUDUGA
noted: setakat ni saja shida boleh kongsi, kalau ada shida akan share lagi. sumber kebanyakkan shida search google dan atas dasar pengalaman sendiri juga :) Selamat beramal ^_^
29 comments
huhu..apik take note
ReplyDeletehoh, mekaseh share yer.. =)
ReplyDeleteyup yg ni jijah amalkan masa mula mintak join nursing ada interview. Alhamdulilah berjaya :) kepada yg lain amalkan tips ni keyh..
ReplyDeletebagus tipsnya sida ..hehe..
ReplyDeletesemoga berguna pada orang lain yang nak cari pekerjaan...good job shida
ReplyDeletelast aku g inteview time nak apply kerani jusco..itu pun saja2 je... tak formal langsung, and result.. rejected.. lol
ReplyDelete:D
Thank..
ReplyDeleteGud info..
Berguna sangat-sangat..
Hehehe~~
Tips yang berguna..
ReplyDeleteSis byk kali gak pegi interview kerja kerajaan..tapi susahnye nak dapat..interview kat swasta sekali jer dah dapat..tapi sekarang Dok kat rumah jer layan Qis.. ;p
thanks 4 sharing. :)
ReplyDeletenonie xpernh lg ade penglman interview....btw thanks shida info ni yer...^_^
ReplyDeletekalau formal bagi pompuan better pakai je baju kurung kan..
ReplyDeletebetween banyak tips, penganggur kena take note..hehe
Thanks shida untuk tips ni..^_^
ReplyDeletenice sharing ^^
ReplyDeletepayah sungguh kalau org yg jenis menggelabah..mesti kucar-kacir je interview uhuk! kena praktis
ReplyDeletesemua yang mas g interview b4 this semua nya simple.xde hard core sangat.siap leh gelak2 gurau2 jugak.dapat gak keje tapi mesti mas selalu terpaksa cancelkan coz jarak jauh/kawasan sekeliling.
ReplyDeleteohh ye nak tahu,kenapa xbgi unjuk salam tgn dulu ye?de setengah tak suka ek?
boleh x pkai bju warna gelap utk i/view?
ReplyDeletep/s: dh buat alexa review utk blog ni. hit me back yer...
temuduga dgn temudagu tu sama ke shida???
ReplyDeletebaguslah tips ni shida :)
ReplyDeleteaku xpraktis dah tips ni shida, tggjawab skg jaga suami dan rysha je heheee..
ReplyDeletenice la sis..hee
ReplyDeletesuka blog ni...banner dia mmg tenang je nengok...:)
ReplyDeletenice!
ReplyDeletetp MG blum penah ada experience itiview betul2 ag :)
haaa siapa yg nak gi interview ni sesuai baca... kdg2 KM tgk ramai yang selamba je pakai tak ikut etika.
ReplyDeleteNice.... thank you sharing ye.....
ReplyDeletesinggah bace tips interview. boleh guna untuk interview nanti, heheh
ReplyDeleteTerima kasih :)
ReplyDeleteInfo tang bagus.. teringat dulu² masa ditemuduga.. memang gementar tapi jawab dengan tenang.. akhirnya Alhamdulillah dapat keja hinggalah sekarang ...😊
ReplyDeleteBermanfaat. Tq untuk entri ini.
ReplyDeletebagus tipsnya. teringat masa iv spp dulu, berdebar nak mati haha
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.