• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Alhamdulillah, hari ini shida masih diberi kesempatan untuk menaip entri lagi untuk bacaan korang. Bulan kesibukkan dengan bermulanya musim cuti persekolahan ini masih ada ke yang masih buka blog dan blogging atau pun dah packing bag untuk pulang ke kampung atau bercuti.

Sekarang ni dah boleh merentas daerah dan negeri tanpa sebarang pengawasan jadi ramai je yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan, bercuti, pulang ke kampung dan ada juga yang hanya duduk rumah berehat.

Samalah seperti shida, elok rentas negeri di benarkan terus ada perancangan keluarga untuk berkenduri kendara serta terus bercuti. Ini orang panggil alang-alang dah cuti untuk kenduri kami plan terus untuk bercuti. Lama dah tak bergerak jauh-jauh dengan encik husben, puas hati dapat ke sana ke sini hahaa.

Sebenarnya Menu Masakan #shidamasakje ni pun yang lepas-lepas punya masakan yang shida masak belum sempat shida upload. Beginilah seorang shida kadang-kadang tu rajin nak upload kadang-kadang tu datang mood malas, gambar pun takde terus ceduk nasi makan jer hahaaa.

Menu paling awal ini shida masak Asam Pedas Ikan Pari resepi by mak shida. Lauk tambahan adalah Ayam Goreng untuk husben sebab tak makan ikan, Sayur Goreng Tiram dan Sayur Lemak Labu Kuning dari mak shida, kami bertukar juadah dengan asam pedas tu. Alhamdulillah kenyang makan asam pedas ikan pari, feveret shida juga tu.

Menu seterusnya ringkas-ringkas sahaja, Udang Masak Lemak Cili Api dan Sayuran Masak Lemak Putih. sayur ni lebih kepada shida makan sebab shida tak makan seafood alergik so shida gu kan masak lemak putih ni makan dengan Sambal Garing Bilis Pucuk Ubi fuh! sedap!

Dah tak reti mereka masakan. kita ulang je menu feveret shida hahaaa Ayam Masak Merah a.k.a Sambal Ayam lawan dia dengan Sayur Campur Goreng. Shida dan husben suka makan sayur macam ni dan semenjak shida masak untuk husben dia dah jadi penggemar sayur hahaaa (nampak sangat dulu tak makan sayur kan!)

Okay next masih masakan yang ber air-air orang kata hahaaa. Bosan dah nak masak apa sebenarnya shida buat Tomyam Sayur pula dengan Sotong Goreng Kunyit salut tepung sikit dengan Telur Dadar. Makan tomyam ni shida lebih suka buh sayur sahaja tanpa lauk. 

Menu yang terakhir ni boleh dikatakan set menu kegemaran encik husben shida. Gulai Daging, Sambal Belacan + Tempoyak , Ulam Bendi Celur dan Telur Masin. Kalau tengok husben makan menambah memang kena dengan selera dia hahaa. Shida ni kalau makan kari mesti gu dengan tempoyak tau!

Selesai lima menu masakan shida untuk entri kali ini. Manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk korang cipta menu nak masak tengahari nanti kan. Rasanya menu masakan shida ni semua orang pun makan senang kata tekak orang melayu juga, hehee. Okay korang shida blogwalking dulu ya! Happy reading!

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

Sebenarnya beberapa hari yang lepas husben shida demam korang. Alhamdulillah tiga hari stay dekat rumah berehat dan berubat encik husben semakin kebah tanpa perlu ke hospital. Bukan taknak dapatkan rawatan yang lebih pakar, cuma abang ipar shida selalu pesan kalau demam biasa rawat sendiri dirumah sahaja. 

Abang ipar shida ni M.A Hospital so dapatlah bantuan dari segi apa-apa keperluan seperti nasihat atau ubatan yang perlu dibeli sekiranya sakit demam kan. Sangat jarang kami sekeluarga pergi ke hospital sebenarnya kalau sakit-sakit kecuali sakit yang serius lah. 

Dengan musim covid19 sekarang ni hopsital pun dah jadi satu tempat penyebaran pelbagai virus so hindarilah jika perlu. Bukan shida kata hopsital tak elok tapi kalau dapat rawat sendiri dari rumah lebih bagus dengan musim seperti sekarang kan.

Shida hanya rawat husben sendiri dari rumah, makan ubat on time, masak yang dia nak makan dan berselera, selalunya selera orang sakit ni kan pelik pelik sikit heheee. Kadang tu masak menu yang sama saja ikut tekak dia hehee layan jelah orang sakit hehee.

Masa encik husben demam teruk tu, kami pun terpaksa tidur asing takut berjangkit tapi itulah nama pun virus cepat benar tersebar selang selepas encik husben kebah sikit shida pun dah terjangkit tapi taklah teruk cuma shida selesema sahaja. Makan ubat on time shida pun Alhamdulillah sihat dah!

Buat juga covid test untuk husben dan shida juga, Alhamdulillah kemi dua-dua negetif. Selepas husben buat test, hari ke tiga shida buat juga bila rasa badan tak berapa sedap dan mula selsema pula. Terima kasih Ya Allah kerana melindungi kami dengan setiap hari berjumpa dengan ramai orang.

Entahlah sebenarnya Masih Dibelenggu Ketidakselesaan, terkejut juga bila encik husben demam tiba-tiba sebab dia orang paling susah nak sakit demam ni dan akhirnya tewas huhuu. Takpe sakit penghapus dosa orang kata, Allah tarik sedikit nikmat dunia dalam beberapa hari. 

Walau apa pun shida masih bersyukur masih dipanjangkan usia dan masih sihat tubuh badan untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Shida pun berharap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah swt.

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Pengantin Baru ni dah sebulan usia perkahwinan mereka tau, Selamat Pengantin Baru Zahir dan Niena | Tahniah shida ucapkan kepada mereka berdua. Ohya! lupa shida nak memperkenalkan kepada korang ini adalah majlis kenduri adik ipar shida di Pineng. 

Korang ingat tak shida pernah tunjuk yang shida buat Hidden Hantaran untuk adik ipar shida tu, so untuk majlis yang ini lah shida buatkan. Alhamdulillah cantik kejadian hantaran bila bergabung bersama perhiasan dari pelamin semua.

Shida hanya dapat version gambar tepi-tepi je dari fotographer hahaaa. Okaylah boleh buat kenangan kan. Semasa majlis berlangsung antara keluarga sahaja yang hadir, orang luar pun cuma sahabat handia beberapa orang dari rakan pengantin. 

Masa tu negeri Pulau Pinang masih belum lagi diberi kebenaran untuk membuat majlis secara terbuka, makan-makan beradab pun dalam rumah walaupun sederhana meriah sangat! Masih terasa seperti kenduri suasananya, dengan pelaminnya, hiasan meja makan beradab dan dekorasi lain-lain cantik!

Lama sangat dah shida peram entri ni, so harini ambil kesempatan untuk publish dibuat kenang kengan bersama-sama keluarga mertua. Oh ya! shida lupa lagi hahaaa adik ipar shida adalah lelaki ya (Zahir) bersama pasangan pilihan hatinya Niena, sama cantik sama padan.

Gambar mempelai bersama mama dan abah (mertua shida). Shida doakan kepada kedua-duanya Selamat melayari bahtera berumahtangga, walaupun usia mereka masih muda tetapi shida yakin dengan sikap matang mereka akan dapat menjalani kehidupan lebih bahagia dan bertanggungjawab.

Selesai saja kenduri pada 5 November 2021 (Jumaat), keesokkannya shida dan husben terus gerak balik ke taiping tetapi biasalah kalau dah ke pineng mana boleh tak singgah Ikea Batu Kawan hahaaa. 

Borong beberapa barangan untuk hadiah giveaway nanti dan barang deco deco rumah. Tetapi sampai saja rumah di Taiping malam tu juga kami start dengan plan bercuti yang kami dah plan so mana kami pergi? Next entri lah heheee.

Inshaa Allah lagi beberapa hari shida akan lancarkan giveaway yang dijanjikan tu tapi tunggu tau shida masih mencari masa dan tarikh yang betul-betul sesuai untuk shida lancarkan, harap dapatlah sambutan yang baik dari korang semua kesayangan shida ni 💋

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Bertemu kembali korang! ermm harini shida cuti korang so dapatlah update petang-petang macam ni. Ni kalau niaga time ni shida baru habis makan tengahari jer. Esok pun cuti bahagia je rasa hahhaaa tapi! selasa dah niaga semula, dapat rehat dua hari Alhamdulillah ok sikitlah.

Cuti dua hari ni pun sebab encik husben demam, paksa dia cuti juga dua hari rehatkan badan. Hari-hari time ambil sayur dekat pembekal mesti time hujan dan hari-harilah dia kena hujan semalam tewas juga balik dari niaga teruk kiok demam + selsema + batuk.

Balik dari niaga tu shida terus ke farmasi beli segala jenis ubat dan juga 2 set RTK covid test tu. Semalam test alhamdulillah result negetif. Bukan apa risau juga, pekerjaan kami ni memang terdedah dengan pelbagai jenis penyakit, customer yang datang pun entah dari mana-mana kan.

Baiklah, berbalik pada tajuk utama Siapakah Bakal Dinobatkan Geng Kuat Komen bagi Tahun 2021? Secara rasminya shida akan guna lagi title ini bagi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Dalam setahun shida akan cari seorang blogger yang bertuah dan dia sendiri pun tak tahu dia adalah Blogger Pilihan Blog - Shida Radzuan Blog.

Maksudnya disini, bila hadiah sampai ke rumahnya dia sendiri kena beritahu pembacanya dia adalah Blogger Pilihan Shida. So sama-sama lah kita nantikan ya siapakah yang bertuah nanti. Tak sabar pula shida hahaaa. Jadi untuk Geng Kuat Komen fasa akhir nanti senarai akan shida keluarkan seperti berikut :

  • Geng Kuat Komen Tahun 2021
  • 12 Blogger (top komen) bagi fasa 4 (okt, nov, dis)

Untuk fasa empat ni shida dah buka 90 kuota (bilangan hari) di mana korang boleh nampak bilangan komen akan bertambah sepanjang tempoh 90 hari mengikut jumlah entri. Gambar yang telah shida screen short ini adalah jumlah setakat hari ini 5/12/2021. Alhamdulillah moga semua berjalan dengan lancar.

Jadi jumlah hadiah untuk pengeposan bagi geng kuat komen 2021 + top komen fasa 4 ada sebanyak 13 hadiah. Tahun depan kita akan rombak balik kuota komen tu ya shida 😊 So kalau sesiapa yang mahukan atau ingin berada dalam top komen korang bolehlah komen-komen dalam entri shida.

Sangat mengalu-alukan kedatangan blogger-blogger baru dan tahniah kepada blogger-blogger lama dan baru yang dah naik carta. Oh ya korang, dalam pertegahan bulan shida akan lancarkan satu giveaway lagi ya, harap dapat sokongan dari korang semua ya, okay thanks korang 💋

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

Geng Kuat Komen 2021 - Shida Radzuan Blog | Allahu bila baca tajuk entri kali ni shida rasa sedih dan bersalah sangat huhuu. Maafkan shida dah dua bulan shida tak dapat nak penuhkan full entri dalam sebulan. Bukannya susah untuk menulis, tidak! cuma kekangan masa dan tenaga itu saja halangan shida.

Okay sudah, sudah asyik-asyik nak merungut saja shida ni kan!!! Maaf ye korang! Untuk entri harini shida nak umumkan satu perubahan Geng Kuat Komen bagi fasa akhir iaitu fasa ke 4 ini merangkumi bulan oktober, november dan disember. Shida akan buka kuota bilangan komen selama 90 hari untuk fasa akhir ini.

Memandangkan dua bulan entri pun ciput kita kira untuk tiga bulan terus so dua bulan entri untuk oktober dan november akan shida gabung sekali pada bulan disember daannnnn INSHAA ALLAH shida cuba penuhkan entri untuk bulan ini, moga dipermudahkan dan shida terus istiqomah, Amin!

Jadi dua bulan ni memang takde top komen yang shida keluarkan ya. Harapan shida ni pun sat sat okat sat sat jadi tak okay dan shida berharap hanya okay sahaja bukan apa bila tak okay apa pun tak boleh buat lagi-lagi bila kena tang mood kelauut diaaa hahahaa.

Okay korang, walau macam mana sekali pun shida berterima kasih kepada korang semua sebab masih sudi support shida walau blog shida ni macam chipsmore kejap ada kejap takde huhuu. Shida cuba sedaya boleh untuk terus bersama blog kesayangan shida ini 💕 lovee korang semua!

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Sebenarnya entri ini untuk semalam tapi ada saja hal semalam, terus jadi draft je aduhai! Harini dah masuk bulan december di mana bulan terakhir dan bulan penutup tirai untuk tahun 2021. Banyak suka dan duka shida dan husben lalui sepanjang tahun ini.

Mengenangkan masa mac lepas shida keguguran, rasa down dan sangat-sangat sedih. Nak pulih dari semua ini pun mengambil masa yang lama. Kehidupan seharian yang penuh cabaran, shida sentiasa mengalami gejala keletihan yang melampau!

Memang ada yang perasan setiap kali naik entri baru isu letih + penat tak pernah lekang mesti ada terselit walau tak penuh entri tapi type juga. Tetapi memang itulah kebenarannya korang, lepas cucuk vaksin lagi bertambah-tambah berat nanang orang panggil.

Inshaa Allah jangn risau ya, shida sentiasa mahu ke depan, sentiasa nak pulih, sentiasa positif dan sentiasa mahu bahagia selamanya. Bila nak semua ni ianya perlukan kesabaran dan mengambil masa juga, doakan untuk shida agar semuanya baik-baik saja.

Tahun ini juga, negara kita masih dibelenggu corona virus, macam-macam varian yang muncul. Kita juga menjadi susah kerana virus ini dengan hilang sumber pendapatan, hilang kerja, berpisah dengan keluarga, stress juga bila mengenangkan.

Walau apapun semoga kita semua di lindungi Allah swt, semoga Allah swt mengankat virus ini dari bumi. Semoga kita semua dapat kehidupan yang normal dan sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan percaya semuanya ada hikmah. 

Bulan Disember Penutup Tirai 2021, harapan shida untuk tahun baru mahukan sesuatu yang lebih sempurna, menggembirakan dan rezeki yang tak putus-putus, Amin. Shida doakan untuk korang juga, semoga hajat dan impian korang tercapai di tahun baru!


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia | Fuh! rasa dah lama tak join giveaway macam selalu haa. Bukan apa asyik sibuk nak buka laptop pun tak nyempat korang. Ini kebetulan penganjur invite shida melalui komen untuk turut serta giveaway ini, terima kasih Blogger Nurin!

Ayuh ayuh jangan membuang masa, shida join kerana syarat yang mudah dan senang diikuti so korang boleh juga join sementara tarikh tamat giveaway lebih kurang seminggu lagi pada 8 Disember 2021. Kita pakat bagi meriah giveaway dari penganjur.

Shida pun ada terniat nak buat giveaway juga rasanya tapi kalini giveaway bersempena bulan anniversary shida dan husben juga hari ulangtahun kelahiran shida. Memandangkan shida pun dah terlalu lama meninggalkan blog tanpa terisi dengan penulisan-penulisan shida boleh la kita on giveaway dulu 😍

So semoga berjaya kepada yang menyertai giveaway ini dan jangan lupa menang share dengan shida ya hahaaa Korang nak join klik banner atas ya siap shida pautkan ke entri giveaway penganjur. Ok korang byeeeeee korang jumpa next entri bulan baru pula ya!

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Dalam kehidupan seharian kita dengan kesibukan menjalani norma baharu ini, penampilan diri adalah merupakan sedikit sebanyak memainkan peranan yang sangat penting. Penampilan diri bukan sahaja bergantung kepada fesyen dan cara pemakaian kita, kecantikan juga salah satu penampilan diri yang wajib dititikberatkan.

Kebanyakan orang selalu mengambil berat tentang penampilan diri mereka tidak kira usia muda mahupun tua, lelaki mahupun wanita. Penampilan diri merupakan perkara utama yang wajib kita ambil peduli.

Tidak hairanlah jika memang ada sesetengah orang yang sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan lebih menarik, lebih cantik dan sebagainya. Kebiasaannya tertumpu kepada penampilan untuk menjadi lebih berkeyakinan.

Safi Youth Gold - Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24k Serum Cleanser.

Dengan kesibukan menjalani rutin seharian tanpa kita sedar penuaan juga mula menampakkan tanda-tandanya seperti kulit makin kendur dan kurang anjal terutamanya pada wajah dan leher. Dagu semakin berlapis, kulit pada leher juga menjadi kendur dan tidak halus.

Apabila usia semakin semakin meningkat terutama kepada kaum wanita yang berumur antara 30 - 55 tahun, penghasilan kolagen dalam kulit semakin berkurangan dan membuat kita nampak lebih tua dari usia sebenar kita.

Tapi korang jangan risau dengan adanya SYG - Safi Youth Gold rangkaian baru antipenuaan dan menganjalkan dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold.

Dengan gabungan kedua-dua rangkaian produk  bakal membuatkan kita kelihatan lebih muda dari usia, kulit lebih anjal, mengurangkan dagu berlapis, rucing dan tirus. Bagaimana ia membantu kita :

  • Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.
  • Bantu kurangkan 50% dagu berlapis sepantas 15 minit sahaja!
  • Diformulasi dengan teknologi Golden C-Lift iaitu Vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K agar lebih berkesan.
  • Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus.
  • Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.
  • Diperkaya dengan Duo Age-Correction Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide.

7 Dimensi Pemulihan Keremajaan Kulit

  1. Melindungi kulit dari pengoksidaan
  2. Menjadikan kulit lebih lembut
  3. Meningkatkan kelembapan kulit
  4. Mengurangkan garis halus dan kedutan
  5. Memulihkan kulit rosak
  6. Menganjalkan
  7. Meningkatkan keanjalan & keelastikan kulit   °Berdasarkan ujian saintifik & klinikal.


Jadi apa tunggu lagi! dua rangkaian SYG ini boleh juga di dapati di semua cawangan farmasi seperti Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang  rasmi Wipro Unza di shopee & Lazada.

Nak kuruskan muka? Korang nak dagu lebih runcing dan muka tirus? 

Boleh beli sekarang!! sekarang juga!!

Lifting Golden C Duo Serum (RM 59.00) - https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser (RM 19.80) - https://bit.ly/3FpssEj

BUTIRAN LEBIH LANJUT BOLEH TERUS HUBUNGI & FOLLOW :

Instagram - @safimalaysia 
Facebook - @SAFI.My 
Twitter - @SAFImalaysia 
Youtube – SAFI Malaysia

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Assalammualaikum semuanya kesayangan shida, Allahuu mohon Maaf terlalu lama shida meninggalkan blog tanpa sebarang coretan huhuu. Rasa bersalah pula korang, hurmm apa khabar korang? harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja ya. Masih Ada Yang Rindu? 😊

Dalam seminggu dua selepas balik dari bercuti memang agak kesibukan kerana perjanjian yang harus ditunaikan. Sebenarnya shida ni sibuk dengan Kedai Baru kakak shida, banyak menguruskan hal itu ini selepas balik dari majlis adik ipar dan bercuti.

Disebabkan sebuah perjanjian itulah terpaksa abaikan bermingu-minggu blog kesayangan ini. Oh lupa pula Kedai Baru kakak shida tu sebenarnya sebuah kedai vendor. Bagi yang tahu mungkin faham konsep kedai vendor macam mana kan.

Sibuk dari segi buat kerja-kerja disebalik tadbir saja, kerja-kerja admin dan sekarang alhamdulillah dah dapat sorang staf so boleh la shida lepas tangan bagi staf baru pula sambung buat kerja. Ajar lah mana yang patut untuk dia tahu.

Disebabkan Pusat Tuisyen bersambung pula buka kedai vendor ini. Harap dapat kekal lama dengan izinnya. Shida hanya bekerja dengan kakak seminggu sekali sahaja iaitu pada hari isnin sebab cover staf cuti setiap isnin hari lain-lain seperti biasa tolong encik husben kat pasar. 

Korang bagi masa sikit ya untuk shida perbetul balik dari segi masa dan lain-lain. Inshaa Allah tak culas dah lepas ni hahaaa 😁 Inshaa Allah kerja-kerja blog akan berjalan seperti biasa selepas ini, moga shida terus istiqomah dengan kerja-kerja blog.

Terima kasih korang yang sudi singgah dan bagi kata-kata semangat bila shida down, bila shida susah hati dan sebagainya. Moga Allah swt membayar kesemua kebaikan korang pada shida selama ini, biu biu biu 💕

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Rasa serba salah dengan blog kesayangan ni dan rasa lebih bersalah dengan geng-geng shida radzuan blog huhuu maafkan biarkan blog bersawang tidak berupdate. Selepas dengan majlis kenduri adik ipar shida terus pergi bercuti dengan encik husben. Maafkan saya =.="

Nanti shida berkongsi cerita lagi ya, sementara tu dalam shida blogwalking tadi ternampak satu giveaway yang mudah untuk di turut serta dan parahnya tarikh tamat lebih kurang sehari lagi hahaa iaitu pada 18 November 2021 nasiblah sempat join.

Kalau sempat korang boleh la join juga, cepat-cepat type entri ya! Ramai juga dikalangan blogger yang shida kenali mengambil part dalam giveaway ini. Nampak persaingan sihat disitu tak sabar nak tahu siapa diantara 3 pemenang bertuah yang dicari oleh Penganjur.

Nak join korang boleh klik banner yang di atas tu ya. Cepat-cepat join tau! mana tahu ada tuah jadi antara 3 pemenang yang dicari. Kepada penganjur Blogger Lady Dini semoga giveaway berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Thanks 💋

 

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Harini dengan berlapang dada shida nak join Mummy Ayu's Birthday Giveaway. Syarat superb mudah korang! rugi sangat tak join giveaway ini. Memandangkan shida baru membuka mukadimah jadinya kita start dulu dengan giveaway ini, dengan lafaz bismillahirahmanirahim shida join ya!

Korang yang nak join juga boleh klik banner di atas yang shida backlink kan terus ke blog penganjur. Giveaway akan tamat pada 8 November 2021 dimana bulan kelahiran penganjur juga. Selamat Hari Kelahiran in advance kepada Mummy Ayu.

Bilangan pemenang berdasarkan penyertaan peserta kemungkinan besar lagi ramai join lagi banyak hadiah disedikan kepada bakal pemenang. Yang pastinya satu hadiah telah disediakan oleh penganjur iaitu sebuah "PLANNER 2022". Comel dan cute plannernya bercirikan kewanitaan gitu hehee.

 

Jangan lupa join ya! Good Luck semua!


Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

Hello November, Alhamdulillah dapat lagi kita semua bertemu dalam bulan yang baru dan lembaran baru. Hari ini setelah sekian lama menyepi shida dapat update lagi blog. Maaf kali ini shida tinggal sekali lagi blog dalam tak berupdate tanpa sengaja.

Bila badan bercampur penat ni shida memang takleh melawan lagi terpaksa rela untuk berhenti seketika. Yes! masih sama, shida masih dibelenggu kepenatan. Sejak-sejak akhir ni badan cepat betul letih dan tak boleh kawtim lagi sekarang, bila letih flat terus!

Bila mana badan memerlukan rehat yang cukup panjang maka shida redha. Alhamdulillah 1 November shida bangkit menulis semula. Betul korang selama tak update shida hanya berehat sahaja. Nampak katil terus nak lena saja tanpa fikir perkara lain. Maafkan saya!

So lebih lima hari shida tak update blog! korang apa khabar? harap-harap sihat hendaknya ya. Shida  2 3 harini selain berehat terkena pula setiap malam alergik tiba-tiba. Lepas mandi pasti naik entah apa masalahnya pula sabar jelah! Roll on yang selalu shida sapu tu pun dah nak kena restok, asyik sapu sapu sampai ringan dah!

Nampak gaya kena makan ubat semula lah bila tengok elergik seakan hampir setiap hari naik huhuu. Kadang-kadang tu berpeluh sakan pun shida tak tahan dah sekarang mesti naik gatal-gatal badan. Semakin tua semakin sensitif pula shida rasa hurmmm.

Okay lah korang shida pun dah lama tak blogwalking, dah banyak cerita dari blog korang shida tak membaca rindu pula rasa. Tunggu ya shida blogwalking blog ke blog. Semoga hari indah korang disaluti kegembiraan bersama keluarga tercinta, stay safe 💕

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Sudah dua hari shida gagal lagi update, setakat entri hari ini baru ada 18 entri, padahal dah masuk 26 haribulan dah. Aduhai, takpelah santai-santai saja lah kalini. Taknak push sangat nanti shida mulalah rasa serba salah dan stress saja lagi susah ada perasaan macam tu.

Ohya! korang ingat tak pada entri sebelum ni yang shida telah di amanahkan oleh mertua untuk membuat hantaran perkahwinan adik ipar shida. Hidden Hantaran Trend Masa Kini adalah pilihan adik ipar dan shida cuba untuk melaksanakannya.

Bagus sebenarnya idea untuk balut ke semua hantaran yang ada bukan apa bila open hantaran mulalah banyak makcik bawang rangers yang mula membawang pasal hantaran itu hantaran ini. Apa yang kita letak pun tak jadi masalah nanti.

Kalau shida pun suka juga hantaran macam ni, simple dan nampak lebih kemas. Shida percaya rata-rata semua pun setuju jika hantaran seperti ini menjadi pilihan bakal pengantin sekarang. Selain menjimatkan boleh mengurangkan kos-kos membeli barang untuk dijadikan hantaran.


Okay ini adalah dulang hantaran kayu yang shida balut kelilingnya menggunakan renda berwarna putih. Dulang kayu ni pun shida recycle menggunakan dulang side encik husben guna time kami kahwen tahun 2018. Tempat lapik rumput dengan polistren masih elok dan kita guna sahaja, just beli renda.

Untuk hidden hantaran adik ipar shida request untuk menggunakan kain batik sahaja. Memandangkan mertua memang banyak kain batik baru dan kebetulan pula warna dan corak hampir sama, jadi bolehlah diguna pakai. Kalau tak nak kena beli pula kain kosong jenis satin tapi pasti kos jadi lebih tinggi, kain satin kan mahal.


Inilah dia hasilnya korang, bunga-bunga pun shida recycle juga mana yang ada dan nasiblah cukup untuk 5 dulang hidden hantaran ni. Macam mana korang okay tak? Dalam kotak ni memasing memang dah terisi barang hantaran. Dalam tu shida deko juga sikit-sikit taklah terlalu heavy sebab dia duk dalam kotak kan.

Untuk box pula yang paling sesuai mengikut dulang hantaran korang tu. Macam dulang kayu shida guna ni bersaiz 29x29 cm dan kotak yang shida guna bersaiz 25x25 cm dengan ketinggian kotak 10cm jadi memang cun lah. Nak cantik hantaran tu saiz kotak kena sama je semua baru elok dan kemas.

Isian dalam 5 kotak ini ada sepasang dress, 5 helai tudung/shawl, set body mist victoria secret, 4 pasang sock dan handsock dan small handbag polo. Jadi kalau korang nak juga letak barang takmau kosong je kotak tu jadinya kena pilih barang-barang yang sesuai dan ngam masuk dalam kotak tersebut serta tak terlalu berat.

Mulanya bunga warna turqoise tu shida nak replaced dengan warna light pink tapi kira bunga-bunganya dah tak cukup so guna juga warna light turqoise ni combined pula dengan warna bunga cream ni cantik juga hasilnya.

Zaman dulu pun sebenarnya dah gunakan jenis hidden hantaran ni cuma baru sekarang trend ni muncul balik tetapi dengan sentuhan dan dekorasi lebih menarik dan cantik. Jika shida diberi peluang shida nak juga buat hidden hantaran ni untuk majlis shida hehee.

 

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

Hai korang, shida kembali dengan entri baru, korang masih ingat tak pada entri ini Blogger Pilihan. Haaa ingatkan so minggu yang sudah shida Terima Hadiah Dari Blogger Aselawati. Alhamdulillah shida terima dengan selamat dan dalam keadaan yang baik.

Masa dapat tahu yang Kak Aselawati memilih shida sebagai Blogger Pilihan Blog beliau shida rasa terharu sangat. Atas apa penilaian dibuat shida sendiri pun tak pasti tetapi ini satu perkara yang menggembirakan untuk shida dan blog.

Bukan senang nak tambat hati orang lagi-lagi yang memilih kita untuk sesuatu perkara. Ini boleh juga dijadikan satu kenangan yang manis dalam hidup shida dalam dunia bloging. Selama hampir 12 tahun shida dalam dunia blog.. ini adalah anugerah terindah.

Korang tengok, apa yang shida terima dari Kak Aselawati so nice hehee tak sangka dapat tudung dari SABELLA.Tiga warna dan corak yang berbeza dan yang paling shida suka adalah tudung yang pertama tu waena biru kesukaan shida tau!

Terima kasih tak terhingga kepada Kak Aselawati, masa terima ni shida pun tak tahu dari siapa sebenarnya lepas macam syak sangat dari Kak Aselawati sebabnya ada blogger yang menang GA dari blog Kak Aselawati ada update parcel dari DHL.

Selepas contact Kak Aselwati memang betul parcel dari DHL tu dari beliau cuma konfius masa tu sebab tiada maklumat sender so risau jugalah kan kita terima barang tak tahu dari siapa. Alhamdulillah shida 💗 sangat bertambahlah koleksi tudung pi niaga shida hehee.

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Alhamdulillah sudah beberapa hari yang lalu rasanya dah seminggu lebih shida terima parcel ini. Terima Kasih Blogger Syazni Rahim dengan pemberian Hadiah Top Comment September Blog Syazni Rahim. Hadiah bersempena menjadi top komen blog syaz pada bulan september yang lalu. 

Shida juga dah beberapa kali menjadi top komen blog syaz dan hadiah juga dah macam-macam yang shida terima. Sebelum ni shida terima payung, termos mini dan cawan starbuck, tudung dan banyak lagi. Terima kasih syaz untuk pemberian ini, shida sangat teruja menerimanya.

Bulan oktober ni tak pasti lah boleh kejar ke tak komen-komen sebabnya shida pun baru pulih semangat nak up balik atau biar orang lain dulu mengambil alih sementara hehee. Walau bagaimanapun datang menyinggah dan komen tetap dilakukan seperti biasa cuma secara berkala.

Top Commentator Blog Syazni Rahim SEPTEMBER 2021

Hadiah yang shida terima adalah sebuah tote bag berlogo channel warna cream dan black. Cantik tote bag ni dalam kepala dah fikir apa nak digunakan nanti haaa. Terima kasih sangat-sangat syaz, shida suka dan love sangat pemberian syaz ni.

Semoga syaz dimurahkan rezeki dan diberi rezeki melimpah ruah atas pemberian ini. Korang yang mana belum kenal dengan syaz boleh lah menjengah blog syaz yang penuh dengan penceritaan harian dengan aktiviti keluarga dan anak-anak.

Okay korang, shida nak blogwalking sekejap ke beberapa blog. Kita jumpa next entri pula ya! update pasal hadiah juga dari sorang blogger ni, Alhamdulillah bulan ni bulan rezeki terima hadiah dari kawan-kawan blogger. Sayang korang semua 😘

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Pejam celik pejam celik dah lima hari shida tak update blog dan hari ini Setelah Lima Hari Berlalu shida cuba dan push diri untuk update juga! Sebenarnya nak berehat lagi tapi cukuplah lima hari tak buka laptop. Bila lalu lalang kat ruang tamu ni duk intai la laptop kat bawah meja tu.

Lepas duk fikir dan bercakap dalam hati bilalah nak update blog, bila nak update itu ini perasaan tu hanya tuhan je tahu apa rasa dia! Harini dah 5 hari shida lengkap vaksin korang dan dah 5 hari shida pergi dine saja encik husben kata "sayang berehat dulu tak perlu masak, kita dine in sampai sayang rasa nak mula masak" huhuu thanks abang <3

Dia seorang yang sangat memahami shida, kadang-kadang cakap dengan dia letih tapi tak tahu letih apa. Sejak-sejak vaksin apa yang dia nampak shida letih lain macam sampai satu time mudah sangat mengantuk dan tidur, shida pun perasan je perkara ni.

Inshaa Allah shida sedang cuba nak berganjak nak melangkah dan melakukan aktiviti seperti biasa. Mungkin terlalu penat dan shida perlu ruang. Lega dapat rest sikit dalam 5 hari tak masak, tak bloging, hanya tumpu satu kerja rasa lebih baik sikit, korang.

Oh ya, sebelum terlupa shida dah pun pos kesemua hadiah untuk pemenang Giveaway by Shida Radzuan dan juga kepada Geng Kuat Komen Fasa 3 | Julai,Ogos, Sept 2021 Shida Radzuan Blog. Lega selesai semuanya dan kita tunggu untuk Geng Kuat Komen Fasa 4 iaitu pada Okt, Nov & Dis dan juga Blogger Pilihan 2021 nantikan ya!

Yang menggunakan kurier laju mungkin semalam mereka dan terima, harap suka lah dengan kotak misteri yang shida kirimkan tu. Macam-macam ada shida bagi untuk dorang guna pakai harap sukalah ya. Inshaa Allah jika ada rezeki shida akan lancarkan lagi giveaway mengejut macam tu hehee.

Okay korang jumpa next entri nanti ya,lupa pula kotak hitam tu bukan hadiah tau tapi projek untuk hidden hantaran adik ipar shida yang diamanahkan oleh mertua untuk buat. Inshaa Allah minggu depan baru start buat time shida cuti berniaga nanti shida share ya. Thanks korang 💋

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Bila Kepenatan Menguasai Diri | Sebenarnya shida rasa kadang-kadang nak stop bloging tapi memandangkan banyak dah shida labur untuk come back jadi decide untuk teruskan juga. Ikutkan plan asal sebelum covid19 melanda lain tau tapi apakan daya aturan Allah swt sebaik-baik perancang.

Shida tak menyesal pun dengan keputusan yang shida buat sekarang ni cuma shida kena belajar hidup seperti sekarang walau mengambil masa yang lama, belajar tetap belajar. Masing-masing punya bahagian rezeki kan tak sama dan mungkin ini bahagian shida.

Eh shida bukan mengeluh cuma biasalah bila penat lebih menguasai diri shida jadi stress sebab susah sangat nak bahagi masa dengan baik tapi shida cuba. Ya betul ramai je yang menasihati shida sebelum ni "takpe shida berehat dulu ketepikan yang lain" tapi shida tak boleh buat macam tu sebab demi "sebuah impian" lama dah.

Takpe shida cuba abaikan dulu, perbetulkan dulu mana yang tak betul dan cuba untuk jadi yang lebih baik dan bijak dalam menguruskan masa. Betul korang letih shida ni lain macam, rasa macam tak pernah berhenti letih ni dari bujang dulu sampai sekarang ni.

Shida pernah tau, tengah menaip entri last last shida tertidur depan laptop, nasib encik husben tolong tutup semua dan biarkan shida tidur. Pernah juga shida tertidur dari sebelah petang lepas asar sampai terlajak terlepas maghrib encik husben terkejut dia ingat shida dah bangun rupanya masih elok tidur atas katil.

Macam tu lah penat shida korang, kadang-kadang terfikir sendiri ini belum ada anak lagi. Dah ada anak penat macam mana pula shida nak tempuh. Perkara paling best bila pergi bercuti, cuti dari segala benda yang shida duk buat hari-hari tapi hanya sementara saja.

Okaylah korang, shida asyik membebel sampai terluah pula dalam entri ni hahahaa dapat lah terbit satu entri malam ni kan. Okaylah shida stop dulu, esok cuba untuk plan nak update hadiah yang shida dah terima ni. Jumpa next entri gaiss daaa 💋

 

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments

Dalam tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi shida nak lengkap dos vaksin. Tak sabar rasanya nak lengkap dos sebabnya bila masuk mall banyak bahagian dalam mall tu shida tak dapat masuk disebabkan tak lengkap dos rasa tersisih pula bila nampak notice pada setiap kedai dalam mall hanya lengkap dos sahaja dibenarkan masuk.

Inshaa Allah hari ahad nanti shida lengkap dos dah, encik husben kata apa " ni kalau dah lengkap abang nak seminggu dine in " hahahaa aduihh tepuk dahi shida dengar. Dia punya excited nak dine in. Takpa lah dia tengah semangat nak lengkap dos, kadang tu cakap je macam tu karang tengok orang ramai mesti dia ajak balik 😂

Oh ya korang! Hadiah Giveaway & Geng Kuat Komen Sedang Dikemaskini. Shida nak update tentang hadiah untuk pemenang giveaway dan geng kuat komen shida. Hadiah dah pun tersedia dah pack tinggal nak pos cumanya ada seorang saja lagi belum email shida butiran.

PEMENANG GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN

3 KOTAK MISTERI

  1. Syazni Rahim
  2. Ezy Fia
  3. Cik TK

1 ENTRI PILIHAN

  1. Bola Katok


GENG KUAT KOMEN - JULAI,OGOS,SEPT 2021

  1. AZHAFIZAH MN - 62 komen
  2. ATIQAH NAJIHAH -  61 komen
  3. NA - 56 komen
  4. AFEEZZ - 43 komen
  5. DEAR ANIES - 43 komen
  6. NONA SANI - 42 komen
  7. SHA MOHAMED - 42 komen
  8. FARRAH MF - 41 komen
  9. RABIAHTUL ADAWIYAH - 34 komen
  10. NANIEYDOTCOM - 29 komen

 

Harap boleh selesai dalam minggu ini juga kesemua hadiah ini. Bukan apa shida sibuk sedikit dalam bulan ni kerana shida diberi amanah untuk membuat hantaran untuk adik ipar shida yang bakal nikah pada awal bulan november nanti.

Tak sabar sebenarnya nak pos kesemua hadiah ni sebenarnya, lama dah shida pegang belum pergi pos lagi. Inshaa Allah selesai sahaja shida update pada korang yang bakal menerima kesemua hadiah ini ya. Bukan apa korang nak pos nak kena beratur satu hal jadi taknak lah pergi dua tiga kali ke pejabat kurier tu semata-mata nak pos satu hadiah kan.

Okay korang tak ada apa nak celoteh malam-malam ni, shida cuma nak sambung blogwalking sebab semalam tengah syok blogwalking tiba-tiba keluar "iam not robot" kena klik-klik gambar so terus malas dah sambung harini. Okay korang jumpa next entri pula nanti ya!

Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

Menu Masakan #Shidamasakje | Hai korang! dah selesai masak ke tu? Entri ini adalah entri auto publish tau dah shida set untuk publish waktu tengahari, itu yang tanya masak apa tu? Seperti biasa dalam entri ini dikeluarkan shida masih belum pulang dari berniaga.

Untuk entri menu yang shida masak ni shida dah tukar title ya, tidak lagi menggunakan lockdown sebabnya kita dah pun masuk ke fasa endemik. So menu-menu yang korang tengok ni shida dah masak dalam beberapa hari yang lepas.

Macam tu la korang, kadang-kadang rajin masak, kadang tu mai malas dia shida pun gantung periuk. Masa cuti cucuk vaksin pun shida gantung periuk 3 hari. Berderet makan tapau sahaja dikedai yang sama dan makan ditempat yang sama (berkelah kat taman tasik).

Jom intai-intai menu apa yang shida masak kalini dan semestinya menu berulangan hahhaa. Normal lah korang nama pun manusia mana ada yang sempurna dan shida juga bukanlah pakar sangat dalam bab-bab memasak ni lagi pula ada beberapa masakan yang encik husben tak berapa suka.

Jarang sangat dah shida masak menu ni sebabnya kalau berniaga hampir hari-hari orang sedekah menu ni kat kami berdua. Menunya adalah Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Ayam Goreng Berempah dan Sayurnya seperti biasa Ulaman Timun. 

Dalam menu ni Shida tak serta telur rebus atau goreng sebabnya bahan yang ada dah cukup heavy sambal ikan bilis dan ayam goreng. Sambal pula shida buat style kering sebabnya nak menyicah malam karang dengan roti hehee.

Okay menu next, shida buat Sayur Campur Masak Lemak Putih + Kari Sotong + Sambal Belacan dan Ikan Bilis Goreng Bawang shida campur juga dengan cili kering yang ni untuk shida sebab shida tak makan sotong just ceduk kuah kari sahaja pun sedap menambah-nambah aduhai korang 😂

Menu seterusnya pula, shida masak atas keinginan sendiri yang ni shida tak tanya pun big bos nak makan apa hahahaa. Shida beli pucuk paku ni pun dia tak perasan sabar jelah! Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api, Tempe Goreng untuk encik husben dan Ikan Goreng untuk shida.

Masak pucuk paku ni shida buat pedas jadi tak perlulah sediakan sambal belacan sebab encik husben ni suka makan sambal belacan a.k.a pedas-pedas jadi senang kerja buat kuah pedas terus. Itu pun menambah nasi shida tengok walau kena dengan tempe je 😆

Okay next menu, Shida Meriah sikit lah ada macam-macam semua shida masak sendiri biasa yang order shida tak upload laa hehee. Kari Ayam + Sayur 3Beradik Tumis Kicap + Ayam Goreng potong kecik + Sambal Belacan dan Sambal Tempoyak (fav shida).

Menu yang terakhir, menu ni shida baru masak semalam korang. Kalau ada yang perasan shida biasa kalau masak akan uplod dalam ig dan fb story. Daging Masak Kicap + Sayur Campur dalam masak daging kicap tu semasa menumis shida pecah cili api dalam 5pcs bagi pedas sikit.

Okay korang setakat ini sahaja menu yang shida update untuk entri kalini. Inshaa Allah ada lagi shdia upload ya, bolehlah korang buat rujukan untuk menu yang korang nak masak nanti. Taklah ehbat mana tapi bolehlah kenyang bila makan korang siap menambah lagi!

Penampilan menu-menu shida juga ada kelainan sikit, siapa perasan apa yang lain? hahahaa mesti ramai dapat jawab mana yang rajin mengikuti entri memasak shida kan. Okay bab tu nanti shida update dalam entri haul shida. Banyak barang tertunggak nak update ni hehe okay korang, stay safe!

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Drama Tahyul TV3 | Slot Samarinda | Baru shida tengok tadi drama ni untuk episod pertama bagi shida okay boleh tahan jalan cerita dia awal-awal dah ada babak seram. Kalau genre macam ni memang faveret shida korang, seram ke berhantu ke action ke dan shida kurang sikit kalau cintan cintun.

Dalam drama ni ada Cik B pula hahaa drama ke dua cik B belakon selepas drama lelaki lingkungan cinta. Okay notbad juga lakonan cik b makin lama makin berbakat cik b ni good luck untuk next carier cik b shida ucapkan.

Antara pelakon yang menghangatkan drama tahyul ini adalah Cik B, Aniq Suhair, Wani Kayrie, Adly Sofwan, Shah Khan, Rozita CheWan, Tania Hudson, Aidit Noh dan ramai lagi yang membantu menjayakan drama Tahyul ini.

SINOPSIS DRAMA TAHYUL

Drama Tahyul ini mengisahkan sekumpulan remaja yang aktif membuat content creator untuk laman media sosial mereka yang diberi nama "Tales Of Tahyul" dengan merakan aktiviti - aktiviti paranormal di sebuah banglo usang.

Dalam meraih tontonan yang banyak sekumpulan remaja ini mereka lakonan tentang paranormal yang dijalankan sehingga dalam tidak sedar lokasi tersebut sememang berlaku perkara mistik. Rancangan mereka bertukar menjadi tragedi apabila mereka terperangkap di dalam banglo usang tersebut dan diganggu oleh makhluk halus.


Info Drama Tahyul

  • PENULIS SKRIP : Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil
  • PENGARAH : Che Mie
  • PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
  • MULA TAYANGAN : 12 Oktober 2021
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • BILANGAN EPISOD : 16 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis (10 malam)
 
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Comment Instagram Dah Okay | Shida sangat-sangat lega korang masalah semalam dah selesai yang shida hadapi hampir dua minggu. Kadang-kadang shida perhatikan rules socmed ni kadang-kadang tu semakin pelik pula. Yerlah tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba block kita sedangkan tak tahu apa permasalahannya.

Rasa bernasib baik shida update dalam entri semalam, ada juga blogger yang mengalami dan memberi pendapata kemungkinan permasalahan tersebut. Terima kasih shida ucapkan kepada Blogger Rabia kerana isu ini telah selesai semalam setelah rabia memberi arahan untuk membuang url blog pada bio.

Dalam dua tiga harini ada laa encik husben cuba untuk selesaikan, tapi tak berjaya itu yang shida cuba juga untuk update dan bertanya pada kawan-kawan blogger kot ada yang pernah alami masalah macam shida ni. Hairan juga sebab di bahagian edit profile juga meminta mengisi laman website tapi itu yang tak boleh letak sebenarnya.

Shida melihat bio kawan-kawan yang lain ada juga yang letak url blog tapi setakat ni takde masalah naik seperti shida. Hurmmm Takpelah maybe nak terkena kat shida kan kita redhooo jelah! Asalkan komen dah okay dan berjaya diselesaikan. 

Lepas ni bolehlah berbalas-balas komen dengan baik, risau pula ada yang bertanya-tanya dalam komen tapi shida tak respon nanti ada yang kata sombong pula. Satu perkara yang merungsingkan shida telah selesai hahaa Fuh! harap takde masalah lain pula yang timbul.

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Alhamdulillah harini dapat lagi shida update korang, ada yang rindu? Hehehe maaflah shida agak sibuk plus penat. Harini dan esok shida cuti maka bolehlah shida bermanja dengan blog kesayangan ni. Nak draf entri dan blogwalking ke rumah korang.

Tangan dah gatal nak komen-komen nak baca apa aktiviti korang harini memandangkan harini 11 Oktober dah boleh merentas negeri dengan syarat lengkap dos sahaja. Lega sangat bila dengar dapat merentas dah memandangkan kami sekeluarga dengan belah encik husben ada majlis pada bulan november nanti.

Sebenarnya shida ada masalah sikit dengan acc instagram shida, bahagian Comment Instagram Buat Hal pula. Dah seminggu lebih shida tak dapat nak komen kat sesapa punya acc macam pelik sangat. Lagipun shida komen-komen ni kurang aktif lebih kepada like atau kasi love sahaja.

Okay paparan atas ni yang selalu keluar bila shida nak membalas komen, shida komen-komen dalam isntagram pun jarang tiba-tiba jadi macam ni. Ada sesiapa yang ada pengalaman macam ni yang boleh bantu shida? Hanya masalah komen sahaja, yang lain okay setakat ini.

Kesian Blogger CCL tak dapat nak balas komen dia tau dan thanks to Blogger Rabia yang sudi membalasnya untuk shida. Tapi dun worry shida dah update juga dalam blog tentang pertanyaan CCL haritu dalam entri Surat Dari Google AdSense - Personal Identification Number (PIN). 

Takpelah sementara tak boleh komen tu shida guna je instagram tu tapi kalau korang komen shida tak reply tu bukan sombong tau cuma komen kena block so tak dapat nak reply komen korang huhuu sabar jelah! Account bukan femes pun masih nak block bagai, sabar jelah!

 

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

September Performance Shida Radzuan Blog - Google Search Console | Allahu dah dua hari shida tak update blog, ermm semalam shida letih ya amat sampai ketiduran punya lama dari lepas maghrib tidur sampailah ke paginya. Sedar-sedar bunyi alarm pukul 6 pagi.

Tanya encik husben kenapa tak kejut shida, katanya tengok shida tidur dalam keletihan kesian nak kejutkan katanya. Macam tu lah encik husben shida, kalau shida tidur dia tak pernah ganggu biar sahaja shida tidur. Pagi-pagi lagi perut dah lapar sebabnya shida tak makan nasi pun semalam.

Begini lah korang, kerja macam kami laki bini memang penat sungguh, sampai jer rumah dah flat rasa nak baring berehat sahaja. Shida kalau sehari tu banyak kerja buat memang tak boleh nak mengadap blog, letih sangat mata sehingga boleh tidur depan laptop huhu.

Alhamdulillah hari ni shida ada free time boleh update dan blogwalking beberapa blog yang sempat. Okaylah shida sebenarnya nak update sikit Blog Performance bagi bulan September yang lalu. Rasanya tiada peningkatan yang banyak bagi bulan september orang kata hanya cukup-cukup makan saja.


Jika nak compare dari bulan-bulan sebelumnya ini adalah statistik yang paling baik tetapi dari segi pageview memang jatuh teruk gara-gara masalah apa shida sendiri belum kenal pasti tetapi nampaknya ia berlarutan ke bulan ini juga, hurmm shida perlu lakukan sesuatu.

Sebenarnya nak kekal momentum bukan suatu perkara yang mudah lagi-lagi blogger separuh masa seperti shida. Nak kekal momentum blog kena kuat lagi dan kena banyak berkorban dari segi masa dan tenaga.

Alhamdulillah lega tengok carian di google masih mendapat tempat entri-entri shida ini. Ada saja yang dicari dalam google tu, kalau tengok keyword yang terkait kadang-kadang terfikir memang ada orang search carian seperti  Periuk Dessini Tak Ori, Periuk Dessini Tak Kualiti, Periuk Dessini Mudah Pecah dan macam-macam lagi.

Rasanya tiap-tiap bulan pun keluar carian yang sama mungkin inilah kekuatan blog shida sebenarnya. Setiap carian yang meningkatkan pageview shida setiap hari dan hari-hari berikutnya. Memang Periuk Dessini penyumbang terbesar trafik bagi blog shida.

Sebab tu lah templated blog juga memain peranan penting dalam trafik, korang boleh lihat devide dari mobile setiap bulan mengungguli carta. Sekarang zaman smartfone jadi tak hairan lah mobile juga salah satu peyumbang trafik untuk masa kini.

Gunalah templated yang mesra mobile agar carian dan bacaan menjadi lebih mudah dan lancar, silap-silap naik earn google adsense tu haaa heheee. So kalau korang nak tahu ape itu templated mesra mobile boleh la google ya,dah banyak templated-templated free version yang dikeluarkan.

Ok korang, setakat ini sahaja bebelan shida, nanti tunggu next entri shida nak update beberapa barang dari shopee yang shida beli dan ada beberapa hadiah yang shida terima dari rakan blogger. Thanks korang sudi baca bebelan shida dalam entri ini 💋

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Geng Kuat Komen September - Shida Radzuan Blog | Alhamdulillah,tak sabar sebenarnya nak keluarkan carta top komen tegar blog shida ni sehingga boleh jadi Geng Kuat Komen blog shida sendiri. Setakat harini shida asyik mendapat khabar berita yang baik, lega!

Bukan apa, masa bulan yang lepas shida rasa bulan yang kurang baik bagi shida. Ada saja masalah yang menimpa diri ini, bukan sahaja masalah sendiri malahan blog juga lepas satu satu yang keluar masalahnya. Tapi lega semakin beransur baik dan lebih baik.

Oh ya! Pasal number PIN semalam yang shida terima telah selesai shida laksanakan. Segalanya berjalan dengan baik dan semoga semuanya dipermudahkan. Banyak lagi shida kena belajar tentang Google AdSense ni. Inshaa Allah jika ada ilmu shida sharing ya untuk newbie user, sharing is caring kan 😊

Baik, jangn membuang masa lagi shida nak share dengan korang iaitu Top Komen Bulanan bagi bulan september. Mereka-mereka ini seperti biasa sentiasa mengungguli carta bulanan shida. Syabas dan Tahniah shida ucapkan kepada mereka-mereka ini. 

Mereka yang tersenarai ini sangat-sangat hebat tau! shida rasa korang juga patut berkenanlan dengan mereka-mereka ini sebab mereka juga friendly dan supportive tau tak percaya boleh follow mereka okay! Farrah MF, dear anies, Azhafizah MN, Sha Mohamed, afeezz, SalbiahM, ezy.fia, NA, Atiqah Najihah dan Rabiahtul adawiyah.

Sebelum shida terlupa, shida keluarkan juga 10 Nama Blogger yang menjadi Geng Kuat Komen untuk Fasa 3 (Julai, Ogos, Sept) dan mereka ini akan menerima sedikit hadiah kecil ikhlas daripada shida sebagai tanda penghargaan kerana selalu berkunjung ke blog shida.

  1. AZHAFIZAH MN - 62 komen
  2. ATIQAH NAJIHAH -  61 komen
  3. NA - 56 komen
  4. AFEEZZ - 43 komen
  5. DEAR ANIES - 43 komen
  6. NONA SANI - 42 komen
  7. SHA MOHAMED - 42 komen
  8. FARRAH MF - 41 komen
  9. RABIAHTUL ADAWIYAH - 34 komen
  10. NANIEYDOTCOM - 29 komen

Kepada 10 penama di atas diminta untuk email (sidebar - contact me) shida butiran untuk penghantaran hadiah ya. Bagi yang pernah beri shida alamat sekiranya tidak bertukar alamat shida masih simpan ya dalam email shida tu. 

Kepada korang! terima kasih tak terhingga kerana selalu bersama dengan blog shida, berkunjung dan meninggalkan komen dikala kadang-kadang tu entri yang terkeluar segala emosi sedih la, happy la, stress la dan macam-macam lagi tapi korang layankan ajer 😂

Semoga korang semua shida doakan diberi segala kemudahan dalam urusan kerja harian dan berbahagia bersama keluarga tersayang, diberi kesihatan yang baik dan lindungi Allah swt. Amin! happy happy happy ajalah! eh ternyanyi pulak!

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • Blog Begins At Forty
    April 2, 2023
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    Kisah Weekend SA...
    2 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Jualan Gudang DBP Cawangan Sabah
    3 hours ago
  • Tiara Saphire
    Mencari Mardhatillah (TV Okey) | Sinopsis Telefilem
    3 hours ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Bagaimana Nak Tahu Berat Badan Ideal Untuk Wanita? Bukan Sekadar Kira BMI Sahaja
    4 hours ago
  • Mia Liana
    Kata-Kata Madah (471)
    4 hours ago
  • //Perdu Cinta
    DEMAM DIBULAN RAMADAN MEMANG SANGAT MENCABAR
    5 hours ago
  • Titian Perjalanan
    Malam Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur
    9 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Mengapa Perlu Menyimpan Wang Untuk Hari Persaraan
    11 hours ago
  • thesuraya
    Scarlet by Syu Ariani
    18 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Menu Berbuka 10 Ramadan : Ayam Goreng Berlado Dan Butterhead Lettuce
    18 hours ago
  • Jari Jemari Menari
    Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Air by Khairul Nizam Khairani
    19 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    10 Ramadan: Setahun Berlalu
    1 day ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Kopee Paste Buffet Ramadhan 2023 Terbesar Di Manjung
    1 day ago
  • A M M I
    Anak bulu nan sekor
    1 day ago
  • Yaya Azura
    INLAB Senz Projector - Projektor Home Cinema Terbaik
    1 day ago
  • KasihkuAmani
    Goodreads | Mac 2023
    1 day ago
  • Ako Tetap Ako
    TOP COMMENTATORS - MARCH 2023
    1 day ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Segmen Hello Blogger Jom Blogwalking By MommyLizz
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Throwback: Happy Birthday To Me!
    1 day ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Bertaubat Dan Jadilah Orang Yang Tunduk Patuh Pada Agama
    2 days ago
  • orangbukit
    Iftar Day 7 : Nasi Kerabu Tumis
    2 days ago
  • Anies♥You
    As-Suwais, Mesir: Ahmed Hamdi Tunnel (Terusan Suez) dan military check point
    2 days ago
  • DANA
    RESEPI SAYUR LODEH SEDAP
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Berhati-hati bila membeli tayar kereta
    2 days ago
  • Monolog Kakmim
    Cuti Rehat Kerana Tak Sihat
    2 days ago
  • Mediana
    SEKALI AKU BAHAGIA TV3 EPISOD 1
    2 days ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Nasi mandy hamzah
    2 days ago
  • kisah aienienka
    Mee Basah Lejen Tak jadi
    3 days ago
  • From FAMF Tower
    Makanan Arab untuk Berbuka Puasa
    3 days ago
  • cik sukα taip
    Gel Mandian Good Virtues Co
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    4 kuih lama yg kena buat di bulan Ramadhan
    4 days ago
  • aziankhalil.com
    Selera Pindang Komtar JBCC
    4 days ago
  • Farhana Jafri
    Unboxing ANAS Mystery Box
    5 days ago
  • Blog Sal
    Back from a hiatus - Salam Ramadan semua!
    1 week ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    1 week ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Lunch hari ni sebelum start puasa esok
    1 week ago
  • Aisya Ismail
    Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.
    1 week ago
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
    1 week ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    2 weeks ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH DAN KUTIPAN DANA SURAU BANDAR PUTRA, MAK LAGAM
    2 weeks ago
  • TiaraNovella
    Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang
    2 weeks ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Wordless Saturday
    2 weeks ago
  • EJULZ
    Dapat hadiah dari www.raydahalhabsyi.com
    2 weeks ago
  • nanieybarnieylurviey
    Impak Covid 19 Dalam Pembelian Hartanah
    2 weeks ago
  • SayaNaia
    Samjin Company English Class - Korean Film
    2 weeks ago
  • NaSa
    Fun educational games to help improve children's financial literacy
    2 weeks ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi Tahun 2023
    3 weeks ago
  • kaellaaaa's
    Entering 2023 With New Life
    3 weeks ago
  • insan marhaen
    Singgah Di Petronas Tanah Liat
    3 weeks ago
  • Blog Adianiez
    Saudagar Nanas Agrofarm, Kajang | Kafe di ladang nanas yang berkonsepkan agrotourism
    3 weeks ago
  • fairusmamat.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    5 weeks ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1022 : Damailah Engkau Di Sana
    5 weeks ago
  • IbuCida
    Happy Birthday My Beautiful Daughter (2023)
    1 month ago
  • blog
    sofia grad pra 5 tahun!
    1 month ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    1 month ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Sepagi Bersama Bonda Prof Muhaya
    1 month ago
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022
    1 month ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    2 months ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    3 months ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    5 months ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    october 2022 sudahhhhh
    5 months ago
  • JiwarOsak
    Pembentangan Bajet 2023 Malaysia PENUH
    5 months ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    6 months ago
  • Zarida Ishak
    PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN
    8 months ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    9 months ago
  • The_ramaramapendek
    The Day I Become Someone's Wife | Solemnization 11.03.2022
    11 months ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    1 year ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    1 year ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    2 years ago
  • Cikgu Badarudin
    2 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Roro Bin
    2 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ▼  2021 (251)
    • ▼  December 2021 (6)
      • Menu Masakan #shidamasakje
      • Masih Dibelenggu Ketidakselesaan
      • Selamat Pengantin Baru Zahir dan Niena | Tahniah!
      • Siapakah Bakal Dinobatkan Geng Kuat Komen Tahun 2021
      • Geng Kuat Komen 2021 - Shida Radzuan Blog
      • Disember Penutup Tirai 2021
    • ►  November 2021 (6)
      • Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia
      • Tampil Lebih Muda Dengan Kulit Lebih Anjal, Halus...
      • Masih Ada Yang Rindu?
      • Giveaway by Lady Dini 1.0
      • Mummy Ayu's Birthday Giveaway
      • Hello November
    • ►  October 2021 (18)
      • Hidden Hantaran Trend Masa Kini
      • Terima Hadiah Dari Blogger Aselawati
      • Terima Kasih Blogger Syazni Rahim | Hadiah Top Com...
      • Setelah Lima Hari Berlalu
      • Bila Kepenatan Menguasai Diri
      • Hadiah Giveaway & Geng Kuat Komen Sedang Dikemaskini
      • Menu Masakan #Shidamasakje
      • Drama Tahyul TV3 | Slot Samarinda
      • Comment Instagram Dah Okay
      • Comment Instagram Buat Hal
      • September Performance Shida Radzuan Blog - Google ...
      • Geng Kuat Komen September 2021 - Shida Radzuan Blog
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog