Siapakah Bakal Dinobatkan Geng Kuat Komen Tahun 2021

by - 16:28:00

Bertemu kembali korang! ermm harini shida cuti korang so dapatlah update petang-petang macam ni. Ni kalau niaga time ni shida baru habis makan tengahari jer. Esok pun cuti bahagia je rasa hahhaaa tapi! selasa dah niaga semula, dapat rehat dua hari Alhamdulillah ok sikitlah.

Cuti dua hari ni pun sebab encik husben demam, paksa dia cuti juga dua hari rehatkan badan. Hari-hari time ambil sayur dekat pembekal mesti time hujan dan hari-harilah dia kena hujan semalam tewas juga balik dari niaga teruk kiok demam + selsema + batuk.

Balik dari niaga tu shida terus ke farmasi beli segala jenis ubat dan juga 2 set RTK covid test tu. Semalam test alhamdulillah result negetif. Bukan apa risau juga, pekerjaan kami ni memang terdedah dengan pelbagai jenis penyakit, customer yang datang pun entah dari mana-mana kan.

Baiklah, berbalik pada tajuk utama Siapakah Bakal Dinobatkan Geng Kuat Komen bagi Tahun 2021? Secara rasminya shida akan guna lagi title ini bagi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Dalam setahun shida akan cari seorang blogger yang bertuah dan dia sendiri pun tak tahu dia adalah Blogger Pilihan Blog - Shida Radzuan Blog.

Maksudnya disini, bila hadiah sampai ke rumahnya dia sendiri kena beritahu pembacanya dia adalah Blogger Pilihan Shida. So sama-sama lah kita nantikan ya siapakah yang bertuah nanti. Tak sabar pula shida hahaaa. Jadi untuk Geng Kuat Komen fasa akhir nanti senarai akan shida keluarkan seperti berikut :

  • Geng Kuat Komen Tahun 2021
  • 12 Blogger (top komen) bagi fasa 4 (okt, nov, dis)

Untuk fasa empat ni shida dah buka 90 kuota (bilangan hari) di mana korang boleh nampak bilangan komen akan bertambah sepanjang tempoh 90 hari mengikut jumlah entri. Gambar yang telah shida screen short ini adalah jumlah setakat hari ini 5/12/2021. Alhamdulillah moga semua berjalan dengan lancar.

Jadi jumlah hadiah untuk pengeposan bagi geng kuat komen 2021 + top komen fasa 4 ada sebanyak 13 hadiah. Tahun depan kita akan rombak balik kuota komen tu ya shida 😊 So kalau sesiapa yang mahukan atau ingin berada dalam top komen korang bolehlah komen-komen dalam entri shida.

Sangat mengalu-alukan kedatangan blogger-blogger baru dan tahniah kepada blogger-blogger lama dan baru yang dah naik carta. Oh ya korang, dalam pertegahan bulan shida akan lancarkan satu giveaway lagi ya, harap dapat sokongan dari korang semua ya, okay thanks korang 💋

You May Also Like

27 comments

  1. wah..tahniah all..i dah tak kuat komen sekarang..hihi

    ReplyDelete
  2. Ada calon pilihan blogger rupanya. Siapakah orangnya? Jeng-jeng .

    ReplyDelete
  3. yang penting bukan saya hahaha tahniah kepada blogger yang terpilih. Semoga husband kak shida cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  4. siapakah pemenangnya? goodluck ye :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat bakal pengomen yang akan dinobatkan.

    ReplyDelete
  6. Good luck kepada semua pengomen…

    ReplyDelete
  7. Tahniahhhh... saya terkeluo carta dahhh..Lorh..Tak teerkejor...hehe

    ReplyDelete
  8. siapalah agaknyee yg dinobatkan nnt..dan semestinya bukan yanie heheee

    ReplyDelete
  9. Tahniah semua, sis tak pernah masuk carta. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Semoga husband Shida diberikan kesembuhan.. Aamiin..
    Siapalah agaknya yang bertuah terima hadiah agaknya..

    ReplyDelete
  11. Tahniah pada blogger yang terpilih.

    ReplyDelete
  12. Mudah-mudahan husband Shida dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Selamat berehat to both of you.

    Wah... wah... wah... siapalah yang bertuah jadi geng kuat komen tu? Akak selalu nak buat utk top commentators bulanan tapi asyik je lupa... Bila teringat, bilangan komen dah tak tele. Tahun depan nak pasang azam buat macam Shida dan rakan-rakan blogger lainlah :)

    ReplyDelete
  13. Wah! Banyak nama2 yg uncle biasa tengok!

    ReplyDelete
  14. semestinya bukan Naniey. hehe... tahniah buat pemenang.

    Maaf Shida baru larat nak BW ni..

    ReplyDelete
  15. Semoga cepat sembuh. Paranoid kalau demam ke apa musim covid ni. Syukur result negative. Kena berjaga jaga lah kita kan kerja hari hari jumpa orang ni. Wahh siapalah blogger bertuah pilihan Shida tu. Misteri sungguh nak tahu. Tak sabar. Apapun tahniah untuk semuanya.

    ReplyDelete
  16. tahniah utk semua yg tersenarai :)

    ReplyDelete
  17. Surprise sungguh Blogger Pilihan tu..

    ReplyDelete
  18. Rabia singgah ke sini

    Salam dari Madinah 🕋❤

    ReplyDelete
  19. tahniah kpd bakal pemenang. abe kie pun akan memilih 7 org pemenang bagi merebut trofi pengomen tegar 2021..

    ReplyDelete
  20. Alamak dah tertinggal jauh. Kena usaha lagi. Nervous ni hari-hari tunggu courier depan rumah nanti. Hehe

    ReplyDelete
  21. siapakah yg bertuah menjadi blogger pilihan shida tu.. xsabar nk tau.. hihi
    sy baru ade kesempatan nk komen2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  22. tahniah dan goodluck kepada semua

    ReplyDelete
  23. byk betul hadiah yang shida tawarkan semoga murah rezeki shida yang pemurah ni

    ReplyDelete
  24. 2022 tingktakan usaha lagi..ehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.