• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Yes! yes! yes! Tinggal Empat Hari Lagi giveaway yang shida anjurkan bakal tamat. Alhamdulillah peserta yang dapat shida kumpul setakat hari ni hampir 40 peserta. Terima kasih kepada semua yang turut serta join aktiviti blog shida kali ini ya.

Harapan shida dapatlah bertambah lagi peserta untuk cukupkan 50 peserta. Hadiah bakal ditambah sekiranya mendapat 50 peserta. Jadi sekiranya gagal dalam mencapai target 3 kotak misteri kekal sebagai hadiah kepada baka pemenang nanti.

Pada tamatnya Giveaway by Shida Radzuan pada 2 Oktober 2021 juga shida akan menerima cucuk vaksin yang ke dua. Berdebar debar juga rasanya sebab tak tahu lah macam mana efek untuk dos ke dua ni nanti, harap baik-baik saja korang, doakan ya!

Semalam ada lah shida sembang-sembang dengan encik husben, shida minta pada dia untuk cuti 3 hari bersempena cucuk vaksin ni. Memandangkan encik husben juga cucuk pada hari yang sama nanti jadi dia bersetuju untuk cuti 3 hari, lega!

Tapi bukan itu sahaja yang shida minta ada lagi hahaha. Permintaan ini lagi tak sangka keluar dari mulut shida korang. Shida minta untuk gantung periuk selama bercuti, hanya nak berehat sahaja hahaa. Encik Husben kata okay boleh takde masalah, terus senyum kambing hahahaa.

So bagi korang yang belum join lagi giveaway shida ni, boleh klik gambar di atas ya. Syarat-syarat yang cukup mudah untuk korang ikuti. Shida percaya rata-rata pun dah follow socmed shida jadi ia akan lebih memudahkan. All the best ya korang!

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

Blogger Pilihan | Hai korang, maaf lah lambat pula update harini. Macam biasalah kesibukan yang melanda shida dengan nak berniaga lagi, balik masak, urusan rumah, fuh! penat! Kadang-kadang shida kantoi juga korang, selesai semua shida dah flat terpaksa berehat dulu dari buka blog.

Dalam berehat tertidur sudah, kalau buka laptop tidur sekali dengan laptop. Dulu masa kerja dekat tusiyen shida tak pernah tidur petang tapi sejak bertukar waktu bekerja disebelah awal pagi mesti petang tu dah mula rasa mengantuk. Mungkin disebabkan kerja yang menggunakan banyak tenaga.

Ohya! lupa pula shida pada topik utama entri kali ini. Blogger pilihan ni sebenarnya shida nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Blogger Aselawati dari Blog Shiela Inspire yang memilih shida sebagai blogger pilihan blog beliau.

Siang tadi shida terima massager di facebook dari Kak Aselawati yang meminta detail untuk penghantaran hadiah kerana terpilih sebagai Blogger Pilihan. Mulanya baca gitu-gitu je dan terus reply dekat Kak Aselawati yang kemungkinan dia tersalah orang sebab shida semak dua kali entri pemenang giveaway dari kak aselawati memang takde nama shida.

Lepas Kak Aselawati mention yang ini adalah untuk Blogger Pilihan blog beliau. So shida faham disitu memang takde update dalam senarai pemenang giveaway. Perasaan terus rasa gembira bila terpilih antara semua blogger. Terima kasih Kak 😍

Teringat dulu masa shida aktif bloging, shida juga ada membuat aktiviti yang sama iaitu memilih seorang blogger pilihan setiap tahun. Rasanya ada 1 2 blogger yang dapat gelaran itu di blog shida antaranya Blogger Azhafizah.

Mungkin aktiviti ini bakal shida teruskan untuk tahun ni kan. Seronok juga, berkongsi rezeki kepada blogger yang banyak membantu kita dan blog sepanjang tahun. Tak kisahlah dari segi komen ke, bantuan lain-lain ke. Inshaa Allah 😊

 

Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

Alhamdulillah, aktiviti memasak Menu Lockdown #shidamasakje masih berjalan dengan baik. Laa ni shida boleh dikatakan hari-hari masak, kiranya dalam seminggu shida tak masak kalau encik husben ajak keluar petang tu. Kalau dak masak lah hari-hari sampai naik jem kepala fikir.

Kebiasaan lah kalau masak mesti tanya encik husben apa dia nak makan, kadang-kadang je shida suggest dia nak follow selalunya ikut lah dia nak makan apa kita masakkan saja. Menu seperti biasa mesti kena ada dua satu lauk satu sayur memang wajib!

Selama hampir tiga tahun perkahwinan kami ni shida dah tahu apa lauk kegemaran encik husben. Shida tengok encik husben suka lauk yang berkuah macam dua menu ni memang kegemaran sangatlah iaitu masak kari dan masa lemak ciliapi, dua menu ni ada memang bertambah makannya.

Macam shida pula, kalau korang yang memang follow shida dari awal shida ni peminat sambal so kadang-kadang rasuah juga laki sendiri minta masak sambal hahaa kadang-kadang dia ikut je cuma kalau tak dapat racun memang dia taknak makan sambal 😂

Menu time ni shida masak Sambal Ikan Masin + Sayur Campur + Tempe Goreng. Sambal Ikan Masin ni shida yang teringin nak makan, mulanya encik husben kata okay je makan janji masak garing sikit tapi tetap tak boleh telan sebab tu buat tempe goreng juga.


Menu seterusnya Ayam Masak 3BG (tiga budak gemuk) dan Sayur Campur juga, shida dah encik husben memang suka sayur campur seperti ini jadi tak hairan lah sayur ni hari-hari shida masak.


Kan shida dah kata, menu sambal lagi kalini aksi membodek berjaya 😁 Menu kalini shida buat Sambal Telur Goreng dan Kacang Botol Tumis Sos Tiram. Lama shida tak makan kacang botol, ini pun mak bagi shida sebab dia tahu shida suka makan kacang botol ni.


Menu ni jarang-jarang muncul, kalau ada orang request baru shida buatkan. Kan shida kata encik husben suka makan kari, sekali sekala dia akan minta shida buatkan Mee Kari Kuah Pekat bagi dia so terhasil lah mee kari dan tak makan nasi lah pada haritu.

Ikan masin dah, ayam dah, telur pun dah, now giliran sotong pula hahaa, begitu la shida rotate menu setiap hari kena kira dulu 😁😂. Time ni shida masak Sotong Masak Lemak Cili Api + Sayur Campur + Ikan Goreng dan Sambal Tempoyak untuk shida hehee.


Last last hahaa, kang ada kata terliur tengoknya haaa aduhai sorry la korang shida kena update juga buat rujukan untuk hampa semua haaa 😂 Menu last ni shida masa Ayam Goreng Sambal Viral + Sayur Bayam Tumis. 

Shida tertengok satu tiktok dia masak ayam versi ni hanya guna bawang merah kecil dan cili kering (shida derhaka juga pada resepi) sebab idea asal bagi shida tak berapa kena tekak pastu oter ikut versi sendiri hahaa (abaikan minyak membulat tu 😅) nak menumis sambal memang tak boleh kedekut minyak ye!

So inilah antara menu menu yang shida masak, ermm tak lah melazatkan tapi kenyang bila makan Alhamdulillah. Tak berapa pandai sangat variasi menu macam-macam sebab encik husben ada saja yang dia makan dan tak makan. Jadi inilah dia menu #shidamasakje.

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

Tinggal Enam Hari Lagi | Betul pejam celik pejam celik lagi enam hari giveaway shida akan tamat. Alhamdulillah setakat hari ini shida dah collect sebanyak 31 peserta dalam giveaway kali ni, syukur! 

Harapan shida dapat lah mencapai sebanyak 50 peserta sebabnya hadiah atau kotak misteri yang shida sediakan bakal ditambah sekiranya mencapai 50 peserta.

Niat shida memang nak tambah hadiah untuk korang, so please sesiapa yang belum join tu pakat-pakat join ya! Hadiah dalam kotak misteri bukan lah satu hadiah tetapi lebih dari satu mungkin dua, mungkin lima, sangat menarik! rugi sangat korang tak join giveaway kali ni. 

Kalau korang nak join boleh tekan link dibawah ya, shida dah backlink kan ke entri Giveaway by Shida Radzuan. Ermm tak sabar nak tamat giveaway ini dan umumkan pemenang yang bertuah nanti.

Korang tau, tarikh akhir giveaway adalah tarikh shida cucuk vaksin untuk dos kedua. Alhamdulillah lega dapat tarikh awal jadi shida akan lengkap dos dalam bulan yang sama nanti, yeeehuuuu 😁😁

Giveaway by Shida Radzuan

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

Dalam sedar tak sedar korang, shida dah mempunyai anak saudara Tiga Belas Semuanya, semua comel-comel belaka. Dari di mana mereka kecil sehinggalah dah besar semuanya mereka-mereka ini masih comel bagi shida. Memang tak boleh lupa melayan kerenah mereka dari mereka masih bayi sampailah dah besar panjang sekarang ni.

Cucu sulung mak dan ayah shida sekarang berusia 14 tahun ada dua orang, sorang anak kakak sulung sorang lagi anak kakak yang nombor dua, sorang lahir bulan feb sorang lagi bulan jun. Dalam tahun tu dapat dua orang anak saudara masa tu yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh kami sekeluarga.

Korang tahu anak-anak saudara shida kebanyakannya bulan kelahiran dorang ni pada bulan september. Untuk bulan september sahaja shida dah pun meneriam dua orang anak buah selain TAIM lahir pada 9/8/21. Sekarang taim pun dah sebulan 15 hari. Comel sangat dia tapi taim dah balik ke rumah asalnya di Sepang.

Shahrul Aniq Eidlan (kiri) Muhammad Adeel Haq - Taim (kanan)

Harini kebetulan sangat taim balik ke rumah mak kerana adik ada temujanji vaksinasi tapi shida tak berkesempatan nak jumpa dia sebab kesibukan terlampau tak sempat singgah rumah mak. Shida masih ada dua berita gembira untuk korang pada 12/9/2021 adik shida telah selamat melahirkan baby boy, Alhamdulillah. 

Manakala pada 22/9/2021 pula adik ipar shida pun selamat melahirkan cucu pertama untuk mertua shida dan juga baby boy, Syukran! Shida sangat gembira dengan berita ini. Tahniah kepada Abun & Diyana atas kelahiran anak pertama mereka. See korang meriah rasanya, andai dapat berkumpul berjumpa seronoknya lahai!

Shida ada 5 orang anak saudara yang lahir pada bulan september termasuk Aniq dan anak adik ipar shida yang masih belum tahu lagi nama sebenarnya. So tahun depan kena ready lah untuk 5 hadiah sekali gus hahahaa. Ermm tahun depan masing-masing dan semakin membesar, harap mereka membesar dengan baik dalam pandemik covid19.

Gambar ni semasa Majlis Perkahwinan Shida pada tahun 2018

Masa ni anak-anak saudara shida pun masih kecil tengok lah yang shida ribakan tu si Maryam masih ingat tak cerita shida tentang maryam yang dah pindah dan kami merindui dia sangat-sangat. Sekarang dia pun dah tiga tahun. Kalau tunjuk gambar ni sah-sah dia tak kenal katanya tu adik dia si Aniq tu hahaa. Tak cukup forum dalam gambar ni, Nur tak ada anak abang shida (tengah tidur masa ni).

Ya Allah! ya tuhanku! semoga engkau lindungi permata-permata (anak-anak saudaraku) yang tidak ternilai harganya ini dari segala penyakit dan musibah. Berikanlah permata-permata ini kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Semoga juga mereka dapat melalui hari-hari membesar mereka dengan baik dan dipermudahkan urusan, Amin.

 

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Tarikh Dos Kedua Vaksin AstraZeneca Diawalkan | Haaa betul korang, dua hari lepas shida dapat notifikasi dari MySejahtera untuk semakan temujanji untuk dos kedua. Sebenarnya selepas dari cucuk vaksin pertama, shida dah kurang semak status vaksin dalam apps MySejahtera shida. 

Selepas cucuk vaksin shida sendiri dah dimaklum tarikh untuk vaksinasi kedua yang tertera pada kad yang diberi semasa dos pertama. Semasa menerima sms dari MySejahtera shida terus buka apps, rasa macam nak buka dan check. 

Agak keliru pula sebab tarikh dah berubah dan diawalkan 11 hari dari tarikh sebelumnya. Kalau nak ikutkan dari kad yang dapat semasa dos pertama pada 13 Oktober 2021 tetapi tarikh baru yang shida terima dalam apps MySejahtera ialah 2 Oktober 2021. Shida dan encik husben sama tarikh baru juga jadi dua-dua keliru lalu kami call PPV centre.


Selepas call dan buat semakan, kami diarah mengikut tarikh di dalam MySejahtera yang telah dikemaskini. Selang beberapa jam kami terlihat posting dari Facebook Zon Taiping tentang hebahan yang diwar warkan berkenaan perubaha tarikh vaksin dos ke dua bagi Vaksin AZ di Adtec. Maka terjawab sudah kekeliruan yang melanda kami.

Akhirnya, dapatlah shida divaksin lebih awal, pertengahan oktober nanti shida dah pun lengkap dos Alhamdulillah. Tak sabar rasanya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk vaksinasi dos kedua shida tak silap minggu depan. 

Harap ia berjalan dengan baik dan dipermudahkan, semoga shida dan suami sihat tubuh badan sebelum divaksinasi untuk dos kedua, Amin. Ohya korang sebelum tu Giveaway by Shida Radzuan masih berjalan sehingga 2 Okt 2021 iaitu tarikh shida divaksin jadi shida mengalu-alu rakan blogger untuk join ya! Thanks korang 😍

 

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

Dalam sedar tak sedar kita dah masuk ke penghujung september gais, sepanjang bulan september juga banyak juga  liku liku kehidupan yang berlaku yang suka dan duka. Cuma berharap semua berjalan dengan baik dan dipermudahkan, Inshaa Allah.

Untuk entri kalini shida nak turut serta dalam Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda by Blogger Suria Amanda atau senang digelar Kak SA. Giveaway dianjurkan bersempena ulang tahun kelahiran anaknya iaitu Dania.

Pejam celik dah besar anak dara Kak SA ni, dulu masa kak sa rajin cerita tentang dania masa tu kekanak lagi orangnya tapi dalam usia seperti sekarang dah macam adik beradik je mereka dua ni tau. Kalau keluar bersama mesti orang kata adik beradik bukan anak beranak hahaaa. kan kak SA.

 

Si Cantik Manis Ainnul Dania Huda - Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiranmu. Semoga berbahagia disamping keluarga dihari bahagiamu. Doa kak shida moga dania bergembira dengan kehidupan dan menjadi anak yang solehah dunia akhirat. Semoga berjaya dalam apa jua yang dania ceburi.

 

Okay dalam syarat giveway kalini korang perlu mengarang seberapa rangkap sajak untuk dania. Terus terang shida ni tak berapa tahu sangat bersajak kalau pantun tu boleh lah hahaa. Dulu time sekolah pun shida "budak art" bukan sastera 😄 Takpe sis cuba ya!

 

Dania pembuka kasih sayang tak ternilai

Membesar bahagia bersama keluarga dicintai

Membesarlah menjadi anak yang ditaati

Agar hidup lebih diberkati Illahi

Oh Dania..

Rupa paras yang menawan hati

Jagalah ia seperti mencintai diri sendiri

Belajar berdikari agar tak susah nanti

Wahai Dania..

Ilmu dikandung harus diamati

Agar digelar pelajar berprinsip

Cemerlang gemilang ke menara gading

Menjadi kebanggaan diakhir nanti


Maaflah sekiranya ada kekurangan dalam sajak ni, aduhai rasa segan pula bagi korang baca hahaa tak mencapai piawai langsung kahkah. Korang jangan gelak ye! serius shida tak kreatif dalam sasterawan ni tapi shdia cuba untuk adik dania kita. So korang yang nak join boleh klik banner dania di atas ya! Good luck juga untuk giveaway ini ya Kak SA.


Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

GIVEAWAY #1 by AisyahNizam | Shida mengambil kesempatan untuk turut serta giveaway pertama dari Blogger Aisyah Nizam yang merupakan seorang bakal usahawan berjaya ni. Giveaway telah bermula pada 5 September lagi dan bakal tamat pada 30 September 2021 pada hujung bulan ini. 

Tak lama je lagi lebih kurang 8 hari saja lagi bakal tamat. Segala syarat yang dikenakan telah shida lunaskan dengan baik seperti follow blog, instagram dan juga facebook Aisyah Nizam, semuanya beres! 

So korang yang nak join boleh klik banner cantik di atas ya! menarik shida tengok banner kreatif dari Aisyah Nizam. Disebabkan ini giveaway pertama Aisyah maka jom lah kita sama-sama support ok.

Apa yang membuat shida tertarik dengan giveaway ini adalah kerana hadiahnya berupa IKAN BILIS SALTED EGG. Ikan bilis kot disalut salted egg hurmmm bunyi menarik apatah lagi rasa dia kan. 

Shida juga sememangnya penggemar ikan bilis, tak pernah lagi rasa ikan bilis dengan salted egg, macam manalah agaknya rasa gabungan dua bahan ini. Andai menang boleh lah rasa gabungan dua bahan yang superb ni kan 😍


Facebook Shida Radzuan | Instagram Shida Radzuan


Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Gambar tak ada kaitan pun dengan entri 😂😁 cuma seronok tengok depa ni main hujan. Lately ni tempat shida setiap hari hujan, hujan pula di pagi hari bila tidur teramat lah sejuk sekali lantai sejuk korang. Macam mana cuaca ditempat korang?

Harini shida nak berceloteh sikit mengenai kerja dapur dirumah. Bagi rumah shida ni kerja-kerja rumah 100% shida yang buat, kemas dan kerjakan.Bukannya encik husben tak membantu cumanya dia tiada masa untuk membantu sama dalam menjalankan kerja-kerja di dalam rumah. 

Tetapi walaupun begitu encik husben yang menguruskan kerja-kerja diluar rumah seperti memastikan kawasan luar rumah depan dan dapur dalam keadaan kemas dan juga membuang sampah setiap hari juga adalah kerja encik husben hahaaaa rasanya normal lah kan kerja tu.

Jika kerja di dapur memang shida yang control semua, bermula dari mengemas, mendeko serta memasak. Lagi pun dapur shida ni kecil dan memanjang jadi tak susah untuk kemas sendiri. Sejenis shida ni bila sesuatu bahagian memang dari awal shida yang control dan kemas memang tak suka orang lain yang sentuh.

Bab mencuci pinggan pula, haaaa yang ni baru terkait dengan tajuk entri kita. Tak tahu lah shida kalau memasak dan mencuci semula selepas memasak kan mesti Habis Basah Baju shida. Betul dari bujang lagi shida perasan perkara ni.

Kadang-kadang tu encik husben sampai pening tengok shida kalau duk dapur memasak dan mencuci mesti sampai lencun bajunya. Encik husben ada mencadangkan shida menggunakan apron ketika memasak tapi shida tak guna pun, tak reti dan rimas. 

Shida dah biasa seperti itu, memasak dan mencuci selepas memasak sampai lencun baju ni, bukan sikit-sikit tau tapi hampir seluruh bahagian bawah baju hahahaa Korang kalau masuk dapur memasak mencuci seperti shida ke? Aduhai segan pulak dah macam bersukan pulak duduk kat dapur tu korang! 

 

Jemput join giveaway yang masih berlangsung sehingga 2 Oktober 2021.

👉 GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN 👈

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

Kalini shida share sedikit Bagaimana Menjadikan Blog Mesra Pengunjung (Blog Kegemaran), apa itu Blog Kegemaran? Blog kegemaran bagi shida sendiri ini lebih kepada blog yang mesra pengguna, blog yang tak sarat  dan serabut serta mudah. Kenapa shida kata begitu? Ramai yang berblog tanpa menghiraukan perkara-perkara penting yang patut dititikberatkan.

Blog kegemaran ni bukan kata blog tu femes kita jadikan ia blog kegemaran bukan. Maksud shida blog dimana menjadikan win win situation kepada kita dan pengunjung. Sebagai contoh lah jika shida memilih Blog Kegemaran haruslah berdasarkan keadaan di dalam blog itu sendiri contohnya.

  • Blog tersebut wajib ada blog archieve, macam shida sendiri suka blog yang shida biasa kunjungi mempunyai archieve post mereka sebab shida sendiri suka membaca post-post entri yang lama yang shida tak sempat nak baca pada waktu siaran.
  • Sekiranya tak ada blog archieve sekurang-kurangnya letak lah button next dan previous post, mudah untuk pembaca blog kita melihat lagi entri-entri lama.
  • Selain itu juga, shida gemar blog yang mempunyai related post ianya juga turut membina satu tarikan untuk pembaca membaca lagi post-post kita.

Penggunaan Theme Templates untuk blog juga memainkan peranan yang penting. Kadang-kadang blog yang sarat dan tak terurus yang membuatkan loading lambat juga memang buat mood spoil nak berkunjung. Pernah shida blogwalking satu blog ni dia menggunakan templated layout yang cukup canggih sehingga semua benda-benda penting tersorok.

Jenuh juga shida cari entri post  tak jumpa akhirnya shida tutup mungkin memang ada kebaikan dan keburukan menggunakan templated macam tu, nampak kemas dan canggih tapi tak berguna. Zaman sekarang orang google/search dan nak membaca tapi sayang bila masuk blog seperti itu tak dapat baca, orang pun fedup akhirnya tutup lah blog tersebut.

Mungkin selain itu, boleh juga susun atur sedikit bahagian post dan sidebar dibahagian kiri atau kanan beserta penggunaan beberapa widget yang yang penting dan tak penting. Blog yang berada di dalam keadaan baik dan seimbang juga mempengaruhi loadingnya sesebuah blog tersebut.

Lagi satu shida ada perhatikan, ada sesetengah blogger menggunakan satu software iklan dimana bila kita klik entry keluar iklan, tekan button komen keluar iklan. Blog macam tu memang shida pangkah terus sebab tak minat dengan cara seperti itu. Rimas kot, dah lah bila keluar iklan dia siap keluar warning virus lagi, kalau macam tu memang shida baned terus ya!

Penggunaan font juga berkait rapat dengan blog, jangan lah guna font yang terlalu fancy dan terlalu kecil. Shida sendiri pun sukar nak membaca jika font terlalu kecil dan fancy dimana font tersebut berbelit-belit sehingga tak dapat nak baca dengan baik entri tersebut.

Header atau bahagian utama blog (kepala blog)  perlu juga dititikberatkan juga. Janganlah buat header yang begitu besar sehingga menutupi bahagian-bahagian penting yang perlu ditonjolkan dahulu. Yang sederhana juga sudah mencukup untuk membuat blog kita nampak menarik dengan tonjolan header yang superb.

Memang wujud je blogger yang suka header besar-besar alam ni tapi kena ingat satu perkara, medium blog untuk orang datang dan baca jadi biarlah dia masuk blog kita nampak apa yang dia perlu bukan yang tak perlu.

Okaylah rasanya sampai sini saja shida share sedikit mengenai blog kegemaran. Jika diberi kesempatan shida share lebih lagi ya. Lagipun shida share berdasarkan pengalaman seusia menjadi blogger. Jika ada kawan-kawan lain yang nak tambah apa-apa boleh share diruangan komen ya. Terima kasih semua sudi membaca 😍

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

Alhamdulillah masuk hari ke dua giveaway dilancarkan dah dapat kumpul Senarai Peserta Giveaway by Shida Radzuan, syukur sangat! Giveaway ini masih berjalan ya korang, so korang yang nak join masih dialu-alukan ya kerana shida menanti 50 senarai untuk menambah lagi hadiah misteri untuk korang.

Tapi apa yang membuatkan shida terharu, kejutan dari Blogger Syazni Rahim yang turut serta dalam giveaway shida. Selama shida kenal syazni dia tak pernah lagi join mana-mana giveaway atau segmen dengan alasan "tak sanggup bila tak menang" katanya hahahaa 😂

Terima kasih syazni atas penglibatan dan support shida ya! Inshaa Allah jika ada rezeki tak kemana pasti tak salah alamat juga! Shida ucapkan Good Luck kepada semua ya. Ermm sambil type entri ini sambil menonton cerita dekat tv3 Train To Busan, Allah berlinang juga ayaq mata ni shida bukan boleh tengok orang menangis mula lah terikut 😌

Senarai Peserta juga akan shida update dari masa ke semasa ya, jika ada link entri salah atau tak ada boleh maklum dalam komen. Oklah jangan membuang masa lagi jom kita lihat senarai peserta atau blogger yang turut serta dan mereka yang awesome adalah..

 

SENARAI PESERTA GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN :

  1. Ako Retna
  2. Rabiahtul Adawiyah 
  3. IbuCida 
  4. Syu Deris
  5. Mialiana 
  6. Muhammad Naim 
  7. Syazni Rahim 
  8. Ammi 
  9. Suria Amanda 
  10. Sii Nurul 
  11. Bola Katok
  12. Tiara Sapphire 
  13. Sha Mohamed
  14. Fairus 
  15. Nurul Aqidah Azahar
  16. Farhana Jafri
  17. Unichi YJ 
  18. Nadzirah Salahuddin 
  19. MSS - NA
  20. Fariha Jafri 
  21. Ziana Eunos 
  22. Ikashoid 
  23. Shikin Razali
  24. Farrah MF
  25. Jannah Ramli 
  26. Mama Sara Nur 
  27. SalbiahM 
  28. Azhafizah MN
  29. Syuhada Salleh
  30. MamaPP
  31. Azian Khalil 
  32. Atiqah Najihah
  33. Nanieydotcom 
  34. Ezy.Fia 
  35. Nona Sani
  36. NorHidana
  37. Zarida Ishak
  38. Nina Mads
  39. Dear Anies
  40. Eza Boom Boom
  41. Cik TK

 

UPDATE : kemaskini terakhir 2/10/2021

Seronok tengok para blogger yang join dan support, dah masuk dua hari dah dapat collect 10 blogger dan 10 blogger yang tersenarai dengan awal ini juga adalah nama-nama besar dalam dunia blogging, thanks korang terharu!! 😇

Korang yang nak join boleh tekan link dibawah ye, setakat ini tiada hadiah akan diupdate kerana hadiah merupakan kotak misteri dimana pemenang sendiri akan mengulas hadiah misteri apa yang bakal mereka terima. Inshaa Allah hadiah bakal ditambah jika peserta mencapai 50 bilangan ya. Jom korang support shida!

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
 
Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung | Memakai tudung bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan tentang kesihatan rambut kita. Malah, gadis-gadis bertudung perlu lebih menjaga rambut kita yang terlindung. 
 
Kesilapan dalam penjagaan rambut boleh menyebabkan masalah-masalah seperti rambut rosak, berbau dan kulit kepala berkelemumur. Paling teruk rambut juga boleh rosak dan putus sekiranya tidak dijaga dengan baik.
 
Ingat, penampilan dalaman haruslah dijaga rapi walaupun ia bertutup okay. So ada beberapa Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung untuk korang cuba dan praktikkan, jangan lupa share juga kepada kawan-kawan yang bertudung. 

1. Cuci rambut secara berkala.
Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadinya. Pemilihan syampoo untuk rambut juga memainkan peranan yang penting.

2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.
Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang. Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut dan membantu rambut agar lebih bersinar.

3.Gunakan cara semulajadi
Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa. Pilih juga syampu dengan bahan semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala anda. Jangan lupa gunakan kondisioner juga !

4. Memakai hijab ketika rambut kering
Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering sebelum ia dilitupi. 
 
Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk perlindungan rambut !


5. Longgarkan ikatan rambut
Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran. Jika anda sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.

6. Lepaskan rambut
Bebaskan ikatan rambut anda jika anda berada di rumah atau di tempat-tempat bila mana anda tidak berhijab. Rambut yang sering diikat akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.

7. Pilih pengikat rambut yang betul
Kami sarankan anda memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung. Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.

8. Trim rambut secara berkala
Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung rambut pada setiap beberapa bulan sekali.

9. Pilih tudung dari material selesa
Pastikan anda memakai hijab atau tudung yang diperbuat dari bahan yang selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala anda panas dan berpeluh, hal ini akan menyebabkan ia tidak bernafas dan menjurus kepada masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan sebagainya.


10. Manjakan rambutmu
Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang optimal
.


sumber : nurdotmy
Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

Giveaway by Shida Radzuan | Seperti yang dijanjikan entri kelmarin shida nak lancarkan satu giveaway untuk korang! Tak ada angin tak ada ribut tau-tau shida nak buat giveaway pula. Untuk giveaway kalini tiada sebab atau bersempena pun cuma shida nak berkongsi rezeki sebenarnya.

Rezeki tu lebih kepada hadiah misteri ya, shida akan beri hadiah/kotak misteri ini kepada 3 pemenang giveaway ini. Cara pemilihan mudah sahaja, menggunakan cabutan nama so selepas giveaway ini tamat cabutan akan dilakukan dan pengumuman pemenang juga diumumkan melalui blog ini.

Giveaway akan bermula hari ini 18 September 2021 dan akan tamat pada 2 Oktober 2021 (15 hari sahaja) sekiranya penyertaan melebihi 50 penyertaan hadiah akan ditambah ya. So dengan lafaz bismillahirahmanirahim shida melancarkan giveaway ini. Jom follow syarat-syarat giveaway.

 

SYARAT-SYARAT GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN

  1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway by Shida Radzuan
  2. Follow Socmed shida : Blog + Facebook + Instagram + Twitter
  3. Letak banner giveaway dan backlink kan ke entri giveaway
  4. Cerita sikit dalam entri : Apa yang korang suka tentang blog shida
  5. Selesai semua, publish dan submit link entri ke ruangan komen entri ini

#update tentang giveaway :  

Andai korang tak ada salah satu socmed yang shida ada, tak ada masalah just follow yang ada saja okay! Ohya! semua yang join nanti akan shida masukkan dalam BLOGLISTED shida asalkan korang aktif ya 😊

 SENARAI PESERTA GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN

Itu sahaja setakat ini, so korang kalau kekeringan idea marilah join giveaway ini dan memeriahkan lagi. Semoga dapatlah mencapai 50 penyertaan kerana hadiah bakal ditambah! Jangan lupa share dan ajak kawan-kawan blogger lain turut serta ya.

Semoga giveaway ini dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan untuk shida berkongsi rezeki dengan bakal pemenang nanti. Apa sahaja mengenai giveaway ini akan di update dari masa ke semasa, okay Good luck korang!

Share
Tweet
Pin
Share
62 comments

Aduhai! korang pernah tak bila dah buka new post then typing ..pastu padam semula, type semula, then padam semula so sampai ke sudah tak berjaya nak siapkan full entry pun! Blurr nya shida malam ni korang! Idea ada dah banyak dalam list tapi satu pun tak tertype tapi nak type hat lain.

Ermmm tengok kucing dalam gambar ni comel pulak buat-buat malas atas keyboard tu hahahaa. Betul-betul macam situasi shida Itulah Masalahnya bila nak menaip dan dan hilang idea. Memang masalah besar macam ni korang hurmm Ada ubat tak untuk masalah shida ni??

Oh ya korang sebelum tu, shida ingat nak buat giveaway simple untuk korang dan cadangannya nak lancarkan esok petang. Apa-apa tunggu shida update esok ya, mana tahu tiba-tiba ada hal lain tak dapat nak update entri pulak kena lah tunda lain hari 😁

Semalam kan puas hati sebab dapat blogwalking kesemua senarai dalam BLOGLISTED shida, yes! semua korang! lega shida dapat membalas jejak! sampailah hujung-hujung penghabisan nak blogwalking tu sampai keluar secure word kena tick tick gambar tu takpe lagi tapi sampai bila dah komen tekan publish hilang hahaa kalau part ni terus shida stop blogwaking, meluat dah!

Sekarang ni pun shida masih belum blogwalking lagi sebab bila komen masih hilang hahahaa biar dulu lepas 24 jam dah hilang shida sambung blogwalking. Susah juga bila jadi macam ni, terbantut nak blogwalking lebih. Shida ni dah lah tak boleh nak blogwalking hari-hari sabar jelah!

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

Alhamdulillah, hari ini adalah hari dimana semua sektor mendapat pelepasan untuk bercuti bersempena Hari Malaysia - 16 September 2021. Kalau shida masih bekerja sekarang ni pun, hari ini shida juga turut bercuti, walau dapat sehari saja seronok dia macam dapat cuti seminggu dua hahaa. punya seronok dapat cuti kan.

Sempena cuti ini dapatlah korang yang bercuti hari ini bersantai, melepak bersama keluarga tercinta. Ke mana je korang cuti harini? Kalau dapat bawa family pergi jalan-jalan pun best juga kan kalau bukan kerana pendamik ni mesti penuh dah hot hot spot kawasan sekitar tempat korang kan.

Shida tak sabar nak tunggu bulan oktober nanti untuk vaksin dos kedua bagi #AZCLAN aduhai geram juga orang lain yang dapat pfizer dan sinovac sebab dah boleh bergerak jauh sikit hehee. Encik Husben pun dah pesan awal, lepas vaksin lengkap nak ajak balik kampung husben.

Dah lama kami tak balik kampung sejak raya puasa lagi, hanya berbekalkan video call saja dapat melepaskan rindu. Memang tak dinafikan shida agak rapat dengan keluarga mertua boleh dikatakan dengan seluruh keluarga memandangkan shida menantu sulung mereka.

Sabar-sabar masa itu akan tiba! berharap semua pun berada di dalam keadaan baik, sihat dan bahagia. Harapan shida juga bila dah masuk Fasa 3 semua pun beransur pulih tetapi Pusat Tuisyen tiada lagi dalam kamus shida. Selamat tinggal semuanya, sedih rasa sebab dapat bertahan sehingga ogos yang lalu.

Walau bagaimanapun kehidupan tetap harus diteruskan, berniaga mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Moga Allah swt memberi jalan yang baik, memperluaskan rezeki kami berdua dalam mengejar apa yang dihajati oleh kami. Doakan untuk shida ya korang! moga dibalaskan seribu kebaikkan kepada yang mendoakan kesejahteraan dan hajat kami, Amin 💕 Selamat Hari Malaysia!

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

Bagaimana MySejahtera membantu kita tangani covid19. Dengan aplikasi ini MKN dapat mengesan lebih ramai orang yang dijangkiti dan terjangkiti. MySejahtera adalah salah satu inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan bagi memudahkan proses mengenal pasti individu yang terkena jangkitan covid19 oleh individu lain yang membawa dan bergejala.

Dalam masa yang masa juga, kerajaan telah menaik taraf sistem aplikasi ini dengan menangani isu sijil lengkap vaksin yang disalahgunakan oleh individu lain yang tidak mengambil vaksin. Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu ini sangat pantas dan cepat.

Sistem Check-in dan Check-out MySejahtera yang di upgrade oleh kerajaan juga sangat menarik perhatian shida. Kalini shida rasa lebih mesra pengguna dan individu lain tidak lagi boleh menipu dan menyalahgunakan. Shida juga dah update MySejahtera yang terkini untuk mendapatkan paparan yang terbaru di dalam MySejahtera.

Bila korang dah update, paparan home page MySejahtera jadi seperti dalam gambar di atas. Paparan home page tu menunjukkan kawasan berisiko dan juga status vaksinasi. Sekiranya sudah lengkap dos akan tertera Fully Vaccinated.

Sekiranya korang check-in dimana-mana premis jangan lupa untuk check-out pula ya. Macam shida sendiri lepas check-in terus lock handfone, bila dah selesai urusan unlock handfone terus check-out pula, mudah kan? Apa yang susahnya, susah tu bila sendiri tak prihatin.

Bagus juga ada sistem macam ni, sekiranya berlaku kontek rapat jadi bila ada check-in dan check-out ia lebih memudahkan proses saringan yang patut dibuat terhadap individu. Ada sebab yang munasabah bila kerajaan buat pembaharuan seperti ini jangan lah pula kita pertikaikan.

Ingat ya korang! walaupun dah fully vaccin tak bermakna kita kebal, SOP masih lagi perlu kita patuh. Lagi pula sekarang kerajaan dah melonggarkan banyak sektor, Inshaa Allah ekonomi pula akan kembali pulih tetapi kita patut ada rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain dengan menjaga SOP.

Kesian KA entah apa dia buat sampai 12 tgh malam kat kedai tu 😂😂

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

Lebih kurang pukul8 tadi encik husben request nak makan maggi kari, so kita pun carilah maggi kari ada ke tidak. Hah! nasib masih ada 2 bungkus lagi so boleh la masak untuk encik husben kita ni. Kalau style shida bila nak buat or masak maggi shida suka rebus atau masak maggi tu atas api, tak suka rendam macam tu je.

Kalau style encik husben pula, tak kisahlah maggi apa jenis pun dia rendam saja hahaaa orang laki begitu lah! bila kita kata rebuslah maggi tu, katanya pula alah sama je rebus ke rendam hahaaa 😂. Bagi shida tetap tak sama, shida lebih suka rebus baru maggi jadi maggi yang betul hahahaa 😁

Berbalik topik asal kita, kali ni shida nak share satu resepi yang mudah tapi berbaloi bila masak sebab sangat sedap rasanya. Lagi-lagi kalau maggi kari shida lebih suka menumis dulu then boleh letak sayur dan bahan-bahan lain dalam tu baru ummmphh! jom tengok resepinya.

 Resepi Maggi Kari Tumis Sedap & Mudah

 

BAHAN-BAHAN MEMASAK :

  • 2 bungkus maggi kari (Any brand)
  • 2 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • Sebiji bawang besar saiz kecil - hiris
  • 2 biji bawang putih - hiris
  • Cili Padi 4 biji diketuk, kalau nak pedas letak lebih
  • 10 biji fishball belah dua
  • 2 pokok sayur sawi potong kasar asingkan batang dan sayur
  • Telur dua biji
  • Secukup rasa/garam sedikit, rasa dah okay tak perlu letak
  • Air secukupnya (800ml)
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK :

  • Mulanya masukkan minyak dalam periuk korang dan mula menumis bawang besar dan putih, dah layu masukkan serbuk kari tambah air sikit supaya rempah kita tak hangit. Dah pecah minyak tambahkan air dan serbuk kari yang dalam paket maggi tu ya, kacau rata. Kuah kalau nak banyak atau sikit korang adjust sendiri.
  • Tunggu sehingga kuah mendidih korang boleh masukkan batang sawi  dan fishball (terpulang jika nak tambah lauk lain boleh je) bila kuah dan bahan dah mendidih warna batang sawi dah bertukar boleh masukkan kepingan maggi.
  • Bila maggi dah sedikit lembut boleh terus pecahkan telur ya (pecah telur dalam kuah ya jangan atas maggi pula) curah-curah kuah atas telur lepas dah masak telurnya boleh masukkan daun sawi dan cili padi yang diketuk, kacau-kacau rata tutup api. 
  • Sedia untuk dihidangkan, cadangan resepi untuk 2 ke 3 orang makan ya. Selamat Mencuba!

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

Sayur ni simple saja, mudah dimasak dengan beberapa step mudah. Orang yang baru belajar nak masak pun boleh ikut. Korang tau Sayur Goreng ni antara sayur yang paling kerap shida msak sebab sayur-sayur ni diantara sayur yang tahan lama bila simpan dalam fridge. Simpan seminggu pun masih elok digunakan.

Sayur goreng ni sama ada goreng biasa atau goreng tiram, goreng kunyit juga sedap. Bahan pun mudah dicari dan disediakan, siapa suka makan sayur seperti ini? Shida juga sejenis pemakan sayur memang boleh makan pelbagai jenis sayur dan tak kisah cara masakannya sup, goreng atau rebus.

 

Resepi Sayur Campur Goreng Kunyit Bersama Telur

 

BAHAN-BAHAN MEMASAK :

  1. Bawang holand sebiji - hiris nipis
  2. Bawang Putih 2 biji - hiris nipis
  3. Karet sebatang (saiz kecil) buang kulit dan potong memanjang
  4. Kacang Buncis 10 batang dibuang urat dan potong serong
  5. Cili masak/merah sebiji potong serong (buang biji)
  6. Telur sebiji
  7. Serbuk kunyit sedikit
  8. Serbuk secukup rasa atau garam
  9. Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK : 

  • Tuang minyak ke dalam kuali lebih kurang dua sudu besar, sementara tunggu kuali panas sayur yang korang dah potong dah cuci bersih dan tos. Ambil sayur letak dalam besen yang  besar dan gaul dengan serbuk kunyit.
  • Minyak dah panas masukkan bawang holand dan bawang putih, goreng sekejap lepas tu masukkan sayuran yang dah digaul dengan kunyit, kacau rata sehingga sayur masak. Masukkan pula cili merah gaul rata kemudian perasakan dengan secukup rasa atau garam. 
  • Macam shida masak sayur hanya guna secukup rasa tapi terpulang kepada masing-masing ya nak guna secukup rasa atau garam.
  • Lepas dah gaul rata korang rata kan sayur ketepi pecahkan telur atas kuali ya bukan atas sayur. Kacau-kacau telur sehingga masak then baru korang mix together semua bahan. Gaul-gaul rata beberapa minit tutup api dah boleh hidang. 
  • Cadangan hidangan masakan ini untuk 2 ke 3 orang makan. Selamat mencuba korang!

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

Semalam shida Terima Email Dari Google AdSense, masa naik notification dari google adsens ni shida dah nervous lain macam. Dalam fikiran asyik berfikir, salah apa pula aku buat kalini encik GA dah hantar email, takut-takut juga nak buka email masa tu, takut tak boleh terima kenyataan.

Biasa kalau terima email dari google adsense ni mesti ada yang tak kena yang kita buat dalam blog atau iklan. Selepas membukanya Alhamdulillah rupanya shida terima mail dari google adsense mengenai Verify your address to receive payments from Google Adsense.

Team adsense telah menghantar kepada shida surat PIN atau Personal Identification Number pada 12 September 2021 dan pastinya shida menanti surat tersebut dengan penuh kesabaran. Mudah-mudahan selamat sampai ke tangan shida, Allah tak sabarnya korang!

Masa mula-mula baca macam tak berapa faham, shida cuba contact Azhafizah untuk bertanyakan tentang ini memandangkan fiza lebih berpengalaman. Jadi betullah apa yang shida cuba faham apa yang disampaikan dalam email tersebut. 

Rasa semangat datang bila terima email ini, berkobar-kobar rasanya 😁 terima kasih juga kepada korang yang selalu support shida dan blog ini dari mula shida comeback hingga sekarang thanks! biu biu biu 💋

Share
Tweet
Pin
Share
52 comments

August Performance Shida Radzuan Blog - Google Search Console | Lambat pula shida update performance blog bulan ogos. Email dari GSC ni dah diterima tak silap dah 3 hari yang lepas, saja shida lambat update nak bagi dulu laluan entri lain-lain diupdate.

Untuk bulan ogos shida rasa jatuh sikit dari bulan sebelumnya, bulan julai pageview hampir 70k masuk bulan ogos down sikit hanya dapat hampir 50k sahaja pageview. Kurang update killer content kalau dak boleh dapat sehari view 2k ke 3k setiap entri.

Tak mengapalah slow and steady sahaja cukup, nak kejar apa lah sangat kan. Asalkan ada peningkatan dari segi prestasi dan kualiti cukup! Alhamdulillah berita gembira dari Google Adsense pun dah sampai email tadi, korang boleh teka apa tak? hahahaa


Impressions jatuh sikit berbanding bulan lepas (81.7K) takpe takpe kita cuba lagi untuk bulan Inshaa Allah. Shida kena kerap lagi update entri dan blogwalking. Bulan ni sibuk juga awal-awal bulan ni duk buat party celebration dengan family. Ramai pula ahli keluarga yang menyambut bithday september.


Entri Periuk Dessini masih mengungguli carta top performance diikuti entri Salam Jumaat dan entri Etika Temuduga. Untuk bulan lepas shida dah dapat entri entri terbaru yang sedang muncul untuk menjadi top performance bulanan, Alhamdulillah! bukan senang entri baru nak masuk carta.

Antara entri yang orang duk cari juga, terkena lah dari entri Setem Denda, Fakta Anak Keempat dan Resepi Sup Sayur Tanpa Minyak, sedap resepi ni korang! Baru perasan dah lama shida tak update entri untuk resepi, entri resepi juga sedikit sebanyak membantu dalam menjana trafik yang tinggui juga.

Perkara biasa bila prestasi ada turun dan naik, ini orang kata pengalaman dan perjalanan sesebuah blog picisan yang mana tiada ilmu bloging yang dibina sekadar pengalaman menjadi seorang blogger. Betul shida kelas bloging pun tak join, kira blogging ikut selera sendiri sahaja 😂

Inshaa Allah satu hari akan join mana-mana pertubuhan atau group yang boleh membantu minat shida dalam dunia bloging. Kalau minat kena ada target dan impian baru dapat sasaran yang kita nak tu kan. Inshaa Allah satu hari nanti, entah bila hahaa.

 


Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

Allahu korang baru harini dapat update dengan aman, maaf lah shida sibuk dua tiga hari yang lepas. Banyak betul hal dan perkara perlu diselesaikan. Ermm..Baby Taim dah balik ke rumah dia di Sepang, now rindu rinduan dekat dia bau masham dia hahaaa. Geram bila bau dia!

Sekarang ni adik shida lagi sorang pula dah masuk wad tunggu hari je nak bersalin dah. Berganti pula orang yang berpantang dekat rumah mak tu, mak pula dah macam sistur pula duk melayan la kerenah anak-anak dia berpantang 😄

Shida? Hahahaa seperti biasa kerjanya hanya disamping encik husben melayan kerenah baby besor sorang ni. Hari-hari kerja shida memasak saja, sampai tak tahu dah nak masak apa feninn! Macam biasalah bila tanya dia nak makan apa, balik-balik tanya kita pula lagi jemm macam ni 😂

Menu Lockdown #shidamasakje yang seterusnya seperti biasalah menu haruslah yang berulangan dan ada juga yang baru. Teruk dah sekarang ni, tak tahu nak masak apa lagi korang bila si husben shida ni tak makan ikan. 

Kadang-kadang tu shida teringin juga nak makan ikan beli jugalah tapi mesti kena tapau ke emak juga yang selebihnya tu sebab shida takkan nak beli ikan sekor dua je kan, haihh fenin 😅 Aaa jomlah tengok apa yang shida masak kalini.

Menu yang pertama ini shida masak Sup Sawi & Karet + Sambal Ikan Bilis + Udang Goreng Tepung (guna tepung bestari) Udang tu shida suka celup tepung nipis saja tak suka tepung yang heavy macam kat kedai siam tu. Sup sayur tu shida ada add on suhun dan telur, masak tanpa minyak sedap!

Lauk pauk kalini ada menu ikan, yes!! tapi pecah peluh nak masak sampai tiga menu berat ini. Pesan dengan mak jangan masak banyak sebab shida akan tapau dua menu pada mak. Time ni shida masak Udang Masak Lemak Ciliapi + Ikan Otek Masak Lemak Ciliapi + Sayur Tumis Kicap 3 Sekawan (tauhu,tauge dan kucai). 

Ikan Otek ni shida beli 5 ketoi tau, shida makan seketoi je yang lain tapau bagi mak dengan sayur sikit, terpaksa macam ni bila shida nak makan ikan tapi sebelum tu kena inform mak awal supaya mak jangan masak apa-apa.

Kalau dah jumpa menu macam ni maksudnya dah bosan sangat makan nasi korang! Jemu hari-hari makan nasi so kita tukar style buat western pulak. Pasta Bolognese Bersama Meatball pilihan encik husben shida, memang faveret dia kuah bolognese ni. Tak habis-habis puji sedapnya sayang 😍

Menu ringkas ini disebabkan ketandusan idea nak masak apa korang! Repeat lagi pucuk paku sebab jiran beri tiga ikat, terus cakap dengan encik husben buat Pucuk Paku Masak Lemak Ciliapi lah! terus dia setuju tanpa sesalan. Cuma kalini lawan dia dengan Ikan Masin Bulu Ayam goreng bagi garing rangup je, sedap!

Sebenarnya menu ada banyak je yang shida masak cuma ini saja yang sempat shida snap gambar. Kalau tak snap tu ada dua benda, sama ada tengah kelam kabut nak masak dan makan atau diri sendiri  yang malas hahaha!!

Entah lah korang! sejak-sejak bergelar isteri sepenuh masa ni kerja jadi berat dan banyak pula sedangkan sebelum ni bekerja pun masih buat kerja rumah kan tak pula rasa seberat ini. Hurmm mungkin kerja sekarang dah tak sama dengan yang sebelum ni. 

Sekarang bukan sahaja suri rumah tetapi ada jawatan tambahan setiausaha merangkap pembantu perniagaan encik husben maka kerja makin menambah nambah. Moga Allah swt permudahkan segalanya urusan shida dan diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kerja-kerja seharian, Amin!

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Setiap Orang memiliki Ujian Yang  Berbeza dengan orang lain. Yes! shida setuju bab tu, kerana ujian datang kepada kita tak sama kerana tahap kekuatan kita berbeza. Allah uji kita kerana kita mampu hadapinya. Kesemuanya ada hikmah disebaliknya, hikmah yang kita sendiri tak sangka akan terima dari Allah swt.

Dengan ujian yang kita hadapi hendaklah kita terima dengan redha dan tangani dengan baik. Setiap ujian pasti akan ada hikmah disebaliknya. Ujian pula datang dengan berbeza-beza dengan orang lain sebagai contohnya yang biasa berlaku didepan mata kita.

 

Ada yang mendapat pasangan yang baik namun kekurangan harta.

Ada yang memiliki ramai anak namun Allah menjemput dulu pasangannya.

Ada yang memiliki harta melimpah namun sulit mendapat keturunan.

Ada yang Allah uji dengan kesendirian yang tak kunjung berakhir.

Ada yang boleh menikah namun mendapat pasangan nirakhlak.

Ada yang dikurniai keturunan namun Allah uji dengan penyakit berat.

Ada yang anaknya sihat namun menjadi anak derhaka.


Banyak lagi sebenarnya, namun setiap manusia itu diciptakan dengan cobaan masing-masing untuk menguji keimanannya. Saat kita melihat kenikmatan orang lain, mulakan berfikir sejenak "boleh jadi dia punyai ujian lain yang aku tak sanggup memikulnya".

Marilah kita sama-sama berhenti meratapi kekurangan yang kita miliki, mulalah merasai jutaan kesyukuran nikmat yang Allah swt beri kepada kita. Semoga kita semua sentiasa berada didalam kesyukuran dan gembira dengan nikmat yang ada, sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Alhamdulillah shida masih berkesempatan untuk update blog lagi. Seronok sebab setakat ini shida belum skip lagi untuk update setiap hari, Alhamdulillah moga terus istiqomah korang! doakan untuk shida ya mudah-mudahan mood kelaut pergi ke laut terus jangan singgah ke shida lagi hahahaa.

Entri kalini nak bercerita tentang Kejutan Hadiah Dari Blogger Shikin Razali. Lama dah shida dapat hadiah ini sebenarnya rasanya dah 4 5 hari juga. Masa dapat tu sebelah pagi oleh abang J&T, masa tengah berniaga tu terdengar bunyi call, biasanya kalau no tak save tu tau dah mesti J&T.

Selepas angkat dan bersembang memang tepatlah abang J&T yang call katanya ada parcel tapi shida tiada dirumah. Seperti biasa abang-abang J&T ni dah kenal shida dah tahu waktu pagi memang tak ada dirumah jadi mereka akan masuk kerana pagar luar tu tak berkunci dan simpan parcel tersebut di dalam rak kasut shida yang warna putih tu.

Nak jadikan cerita lagi, balik rumah shida boleh lupa pasal parcel dalam rak kasut tu. Selang dua hari baru encik husben beritahu kenapa tak ambil parcel dalam rak kasut. Ya Allah shida lupa korang! patutlah rasa tak senang duduk tapi tak tahu kenapa, rupanya parcel terperam dalam rak kasut tu hahaa.

Maafkan saya shikin! malam tu terus wasap shikin beritahu parcelnya dah diterima selama 2 hari hahaaa. Aduhai sekarang ni shida cepat betul lupa! nak kata kuat makan semut tak juga (tepuk dahi sendiri) 😂😂 Terima kasih sekali lagi shikin sudi memberi hadiah bersempena Top Komen Bulan Ogos.

Bila terima parcel tu baru tahu shida adalah salah seorang blogger top komen bulan ogos blog shikin. Tak tersangka pula nama shida naik dalam carta tersebut. Hadiah yang shida terima adalah sebuah box organizer serbaguna dengan dua saiz, facial face mask dan eyes, Alhamdulillah rezeki!

Inilah dia box organizer serbaguna dengan dua saiz yang shida terima. Terima kasih shikin saya suka sangat dengan box ni boleh simpan barang-barang atau hadiah yang saya terima dari blogger. Ada juga gunanya dengan pemberian dari shikin ni. Shikin,semoga awak sentiasa murah rezeki dan berbahagia bersama suami tercinta, Amin!

Share
Tweet
Pin
Share
45 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • Mediana
    CARA MENGENALI KASUT KULIT DARI KULIT BABI
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Menu Berbuka 2 Ramadan : Ikan Kembung Goreng, Kacang Panjang Rebus Dan Sambal Geprek
    6 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Google Search Console
    6 hours ago
  • KasihkuAmani
    Vietnam | Furies (2022)
    6 hours ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Buffet Ramadan Bawah RM50: Taste of Johor di Dewan Pekaka, Taman Perling, Johor
    7 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    March 24, 2023
    9 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Tiru Macam Saya!
    12 hours ago
  • SURIA AMANDA
    Ke Sam Grocery's Mencari Bahan Berbuka
    12 hours ago
  • Farhana Jafri
    ZEE5 and Viu Now Available on Both Astro Ultra and Ulti Boxes
    13 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Teruskanlah Taubat Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun
    14 hours ago
  • kisah aienienka
    Flavor of Nusantara di Legoland Hotel jadi tarikan Tema LEGO
    15 hours ago
  • Anies♥You
    Iskandariah → Kaherah, Mesir: ENR train dan 'kena sidai' dengan ustaz
    15 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    aneka bubur kegemaran@ pengat untuk berbuka puasa
    17 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Kes remeh hingga bercerai
    17 hours ago
  • //Perdu Cinta
    TELUR BURUNG PUYUH
    18 hours ago
  • DANA
    RESEPI MASAK LEMAK LABU
    18 hours ago
  • Tiara Saphire
    Kesempatan Kedua (TV Alhijrah) | Sinopsis Drama
    18 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Hadiah untuk Raydah Blogger
    20 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
    1 day ago
  • Mia Liana
    Salam Ramadhan 2023 / 1444H
    1 day ago
  • Ako Tetap Ako
    1 RAMADHAN 2023
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday - 1 Ramadhan Zaman PKP
    1 day ago
  • cik sukα taip
    Makan Di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Penang
    1 day ago
  • orangbukit
    Ramadhan Kareem...
    1 day ago
  • From FAMF Tower
    Selamat Datang, Ramadan
    1 day ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
    2 days ago
  • Bola Katok
    Review filem anime The First Slam Dunk.
    2 days ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Lunch hari ni sebelum start puasa esok
    2 days ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Dah Ready Ke Nak Ramadhan?
    3 days ago
  • thesuraya
    Legally Blonde [2001]
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    Cerita Baju Raya
    3 days ago
  • Jari Jemari Menari
    5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan
    3 days ago
  • Aisya Ismail
    Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.
    4 days ago
  • A M M I
    Aku takut
    4 days ago
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
    5 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    6 days ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH DAN KUTIPAN DANA SURAU BANDAR PUTRA, MAK LAGAM
    6 days ago
  • TiaraNovella
    Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang
    6 days ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Wordless Saturday
    1 week ago
  • EJULZ
    Dapat hadiah dari www.raydahalhabsyi.com
    1 week ago
  • nanieybarnieylurviey
    Impak Covid 19 Dalam Pembelian Hartanah
    1 week ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Doakan Ustaz Azhar Idrus
    1 week ago
  • Yaya Azura
    Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Terengganu 2023/1444H
    1 week ago
  • aziankhalil.com
    Masak Lemak Cili Padi Telur Itik
    1 week ago
  • SayaNaia
    Samjin Company English Class - Korean Film
    1 week ago
  • NaSa
    Fun educational games to help improve children's financial literacy
    1 week ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi Tahun 2023
    2 weeks ago
  • kaellaaaa's
    Entering 2023 With New Life
    2 weeks ago
  • insan marhaen
    Singgah Di Petronas Tanah Liat
    2 weeks ago
  • Blog Adianiez
    Saudagar Nanas Agrofarm, Kajang | Kafe di ladang nanas yang berkonsepkan agrotourism
    2 weeks ago
  • fairusmamat.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1022 : Damailah Engkau Di Sana
    4 weeks ago
  • IbuCida
    Happy Birthday My Beautiful Daughter (2023)
    5 weeks ago
  • blog
    sofia grad pra 5 tahun!
    5 weeks ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    5 weeks ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Sepagi Bersama Bonda Prof Muhaya
    1 month ago
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022
    1 month ago
  • Blog Sal
    Better late than never - Hadiah dari Ako Retna
    1 month ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    1 month ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    4 months ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    october 2022 sudahhhhh
    5 months ago
  • JiwarOsak
    Pembentangan Bajet 2023 Malaysia PENUH
    5 months ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    6 months ago
  • Zarida Ishak
    PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN
    7 months ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    9 months ago
  • The_ramaramapendek
    The Day I Become Someone's Wife | Solemnization 11.03.2022
    11 months ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    1 year ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    1 year ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    2 years ago
  • Cikgu Badarudin
    2 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Roro Bin
    2 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ▼  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ▼  September 2021 (29)
      • Tinggal Empat Hari Lagi
      • Blogger Pilihan
      • Menu Lockdown #shidamasakje
      • Tinggal Enam Hari Lagi
      • Tiga Belas Semuanya
      • Tarikh Dos Kedua Vaksin AstraZeneca Diawalkan
      • Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran ...
      • GIVEAWAY #1 by AisyahNizam
      • Habis Basah Baju
      • Bagaimana Menjadikan Blog Mesra Pengunjung (Blog K...
      • Senarai Peserta Giveaway by Shida Radzuan
      • Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung
      • Giveaway by Shida Radzuan
      • Itulah Masalahnya
      • Selamat Hari Malaysia - 16 September 2021
      • Check-in dan Check-out MySejahtera
      • Resepi Maggi Kari Tumis Sedap & Mudah
      • Resepi Sayur Campur Goreng Kunyit Bersama Telur
      • Terima Email Dari Google Adsense
      • August Performance Shida Radzuan Blog - Google Sea...
      • Menu Lockdown #shidamasakje
      • Setiap Orang Memiliki Ujian Yang Berbeza
      • Kejutan Hadiah Dari Blogger Shikin Razali
      • Birthday GiveAway Sheila Inspire
      • SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA
      • Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100
      • Comment Awaiting Moderation - Elak Spam Pada Komen...
      • Geng Kuat Komen Ogos 2021 - Shida Radzuan Blog
      • Hello September!
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog