Menu Lockdown #shidamasakje

by - 11:00:00

Allahu korang baru harini dapat update dengan aman, maaf lah shida sibuk dua tiga hari yang lepas. Banyak betul hal dan perkara perlu diselesaikan. Ermm..Baby Taim dah balik ke rumah dia di Sepang, now rindu rinduan dekat dia bau masham dia hahaaa. Geram bila bau dia!

Sekarang ni adik shida lagi sorang pula dah masuk wad tunggu hari je nak bersalin dah. Berganti pula orang yang berpantang dekat rumah mak tu, mak pula dah macam sistur pula duk melayan la kerenah anak-anak dia berpantang ๐Ÿ˜„

Shida? Hahahaa seperti biasa kerjanya hanya disamping encik husben melayan kerenah baby besor sorang ni. Hari-hari kerja shida memasak saja, sampai tak tahu dah nak masak apa feninn! Macam biasalah bila tanya dia nak makan apa, balik-balik tanya kita pula lagi jemm macam ni ๐Ÿ˜‚

Menu Lockdown #shidamasakje yang seterusnya seperti biasalah menu haruslah yang berulangan dan ada juga yang baru. Teruk dah sekarang ni, tak tahu nak masak apa lagi korang bila si husben shida ni tak makan ikan. 

Kadang-kadang tu shida teringin juga nak makan ikan beli jugalah tapi mesti kena tapau ke emak juga yang selebihnya tu sebab shida takkan nak beli ikan sekor dua je kan, haihh fenin ๐Ÿ˜… Aaa jomlah tengok apa yang shida masak kalini.

Menu yang pertama ini shida masak Sup Sawi & Karet + Sambal Ikan Bilis + Udang Goreng Tepung (guna tepung bestari) Udang tu shida suka celup tepung nipis saja tak suka tepung yang heavy macam kat kedai siam tu. Sup sayur tu shida ada add on suhun dan telur, masak tanpa minyak sedap!

Lauk pauk kalini ada menu ikan, yes!! tapi pecah peluh nak masak sampai tiga menu berat ini. Pesan dengan mak jangan masak banyak sebab shida akan tapau dua menu pada mak. Time ni shida masak Udang Masak Lemak Ciliapi + Ikan Otek Masak Lemak Ciliapi + Sayur Tumis Kicap 3 Sekawan (tauhu,tauge dan kucai). 

Ikan Otek ni shida beli 5 ketoi tau, shida makan seketoi je yang lain tapau bagi mak dengan sayur sikit, terpaksa macam ni bila shida nak makan ikan tapi sebelum tu kena inform mak awal supaya mak jangan masak apa-apa.

Kalau dah jumpa menu macam ni maksudnya dah bosan sangat makan nasi korang! Jemu hari-hari makan nasi so kita tukar style buat western pulak. Pasta Bolognese Bersama Meatball pilihan encik husben shida, memang faveret dia kuah bolognese ni. Tak habis-habis puji sedapnya sayang ๐Ÿ˜

Menu ringkas ini disebabkan ketandusan idea nak masak apa korang! Repeat lagi pucuk paku sebab jiran beri tiga ikat, terus cakap dengan encik husben buat Pucuk Paku Masak Lemak Ciliapi lah! terus dia setuju tanpa sesalan. Cuma kalini lawan dia dengan Ikan Masin Bulu Ayam goreng bagi garing rangup je, sedap!

Sebenarnya menu ada banyak je yang shida masak cuma ini saja yang sempat shida snap gambar. Kalau tak snap tu ada dua benda, sama ada tengah kelam kabut nak masak dan makan atau diri sendiri  yang malas hahaha!!

Entah lah korang! sejak-sejak bergelar isteri sepenuh masa ni kerja jadi berat dan banyak pula sedangkan sebelum ni bekerja pun masih buat kerja rumah kan tak pula rasa seberat ini. Hurmm mungkin kerja sekarang dah tak sama dengan yang sebelum ni. 

Sekarang bukan sahaja suri rumah tetapi ada jawatan tambahan setiausaha merangkap pembantu perniagaan encik husben maka kerja makin menambah nambah. Moga Allah swt permudahkan segalanya urusan shida dan diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kerja-kerja seharian, Amin!

You May Also Like

15 comments

  1. Hehe suami tidak makan ikan sebab sudah terhad untuk masak.
    Spgeti bolognese pun akak suka. Makan berulang-ulang kali.

    ReplyDelete
  2. hari2 masak kdg dtg ari xde idea lgsg nk masak ape. sabar jela..
    perah otak pk menu.. haha

    sume sedap2! rajin sgt shida masak.. =)

    ReplyDelete
  3. Sedap2 semuanya, handal memasak rupanya shida ni ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  4. Kira gigih jugak Shida masak even penat balik kerja tolong husband tu. Tulah tu, kalau husband tak makan macam macam kita jadi macam tak tahu nak masak apa dah. Kalau nak makan kena masak sikit sikit je. Ikan otek tu first time dengar Shida.

    ReplyDelete
  5. udang tu kalau tebal tepungnya jadi confuse..makan udang ke makan tepung ni..

    nanti re-follow ammi ye shida (https://nestumsusu.blogspot.com/). blog lama kene pedajal dengan blogger

    ReplyDelete
  6. Macam adik ipar kakak saya tak makannn ikan, memang makan ayam ajeee. Udang sotong semua pun tak makan. Terliur pulakkk tengok pucuk paku tuuuu! Sedapnyaaaaa.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan Shida. Memang tak dinafikan suri rumah sepenuh masa ni mmg penat. + jadi pembantu perniagaan lagi..

    ReplyDelete
  8. Moga terus tabah.. sedap sedap menu tuuuu

    ReplyDelete
  9. Simple tapi mengenyangkan..kiranya banyak jugaklah lauk yang awak masak..

    ReplyDelete
  10. sedap betul pucuk paku masak lemak cili api tu. Dah lama tak makan sebab susah nak jumpa. Kalau ada pun yang layu. Makan dengan nasi panas memang bertambah la cerita dia

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Sedap-sedap belaka menu yang dikongsikan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.