Itulah Masalahnya

by - 23:04:00

Aduhai! korang pernah tak bila dah buka new post then typing ..pastu padam semula, type semula, then padam semula so sampai ke sudah tak berjaya nak siapkan full entry pun! Blurr nya shida malam ni korang! Idea ada dah banyak dalam list tapi satu pun tak tertype tapi nak type hat lain.

Ermmm tengok kucing dalam gambar ni comel pulak buat-buat malas atas keyboard tu hahahaa. Betul-betul macam situasi shida Itulah Masalahnya bila nak menaip dan dan hilang idea. Memang masalah besar macam ni korang hurmm Ada ubat tak untuk masalah shida ni??

Oh ya korang sebelum tu, shida ingat nak buat giveaway simple untuk korang dan cadangannya nak lancarkan esok petang. Apa-apa tunggu shida update esok ya, mana tahu tiba-tiba ada hal lain tak dapat nak update entri pulak kena lah tunda lain hari 😁

Semalam kan puas hati sebab dapat blogwalking kesemua senarai dalam BLOGLISTED shida, yes! semua korang! lega shida dapat membalas jejak! sampailah hujung-hujung penghabisan nak blogwalking tu sampai keluar secure word kena tick tick gambar tu takpe lagi tapi sampai bila dah komen tekan publish hilang hahaa kalau part ni terus shida stop blogwaking, meluat dah!

Sekarang ni pun shida masih belum blogwalking lagi sebab bila komen masih hilang hahahaa biar dulu lepas 24 jam dah hilang shida sambung blogwalking. Susah juga bila jadi macam ni, terbantut nak blogwalking lebih. Shida ni dah lah tak boleh nak blogwalking hari-hari sabar jelah!

You May Also Like

40 comments

  1. Samalah kita kak shida, masalah besar jugak lah bila menaip, pastu padam, taip lagi, padam lagi. Serba tak kena penyusunan ayat tuuuu >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe..kak shida pernah..delete entri yg dah publish sbb rasa tak kena 😁😁

      Delete
  2. pernah juga jadi macam tu pastu termenung je depan laptop..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tiara..tmenung dean laptop pn pernah 🀣🀣

      Delete
  3. Semoga berjaya kak buat giveaway!

    ReplyDelete
  4. Hahs selalu sgt jd kt kita.. Buka new post tp blur nk tulis apa haha... Tu yg kdg berhari xde new posting.

    Yeay kita tgu GA awak esk

    ReplyDelete
  5. Bila mood blogwalking sampai dan pastinya berakhir dengan I'm not robot. Geram betul kadang tu..
    Memang blur juga Shida bila idea tak de. taip padam taip padam. Sudahnya tiada entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun naniey..benda ni kerap berlaku sejak pkp ni hahahaa

      Delete
  6. Terima kasih singgah BW blog ammi. Penah gak mcm kita byk sgt komen pastu dia suruh kita verify gambar. Ehhh.. Aku manusia lah bukan robot.

    Tang idea terdekat tu biasa. Tu yg kadang2 blog diam lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ammi..InshaaAllah slagi ada ni..shida akan blogwalkg..

      Delete
  7. Selalu terjadi jugak Shida. Kalau dah penat, lepas tu takde idea tapi dalam masa yang sama nak jugak update. Tapi itulah bila penat dan takde idea tu lebih menguasai diri, jadi tak tertaip. kena betul betul mood okay baru seronok menaip entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fiza..lg2 mcm shida ni..mai letih dia..lg la..

      Delete
  8. Saya pun selalu macam ni, sampai bersawang blog saya hehe :-p

    ReplyDelete
  9. kena istiqamah dlm blogwalking tu. In Shaa Allah kehabisan idea akan dpt diatasi...

    ReplyDelete
  10. Uncle yg tulis pendek2 ni pun selalu hilang idea.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyaa jd uncle lg mudah kot 😁😁

      Delete
  11. sllu jgk jd camtu.. taip padam taip padam..
    last2 tutup laptop.. haha.. bg tenang2 dlu bru update entry..

    dh byk kali jd kat sy.. komen2 ilang..
    pastu kena tekan i'm not robot.. aduhai masalah betol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi im not robot tu ok lg ezy..yg komen2 hilang tu mmg saya panas..lastly saya tutup blog tu..

      Delete
  12. Ini antara salah satu cabaran seorang blogger. Tak tipu sebab kadang ini yang PC alami juga.

    ReplyDelete
  13. Sy pun komen lebih2
    Kena click robot tu

    ReplyDelete
  14. Memang cenggitu kadang-kadang, istilah 'writer-block' kalau dipanggil dalam penulisan. Apa pun tak jadi. Jadi... kena lek-lek dulu jalan-jalan baca... atau rehat-rehat bertenang... begitulah...

    saya kalau dalam menulis cerita seram bukan selalu idea datang... kena membaca blog orang lain juga barulah terbit sikit-sikit idea camne nak sambung tulis balik...

    jenuh jugak jadi penulis.. haha..

    tq kak sudi berkongsi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..cabaran jd penulis ni mmg berat..lg2 yg pegang satu content mcm rashid..mncabar ooo

      Delete
  15. saya biasa sangat dah rasa mcm tu.. last2 log out dan tutup terus laptop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..feedup rasanya bila jadi cmni..mood tah ke mana hala dahh

      Delete
  16. Selalu sangat. Ada waktu yg mood menulis datang, busy-busy pun boleh siap taip 4 entri dlm sehari utk schedule hari berlainan. Tapi bila malas, memang taip padam taip padam. Last sekali berhabuk blog sbb tak jenguk walaupun tak busy haha

    ReplyDelete
  17. Selalu sangat kak. Kadang-kadang tu syu senyap menyepi sebab malas & tak ada idea nak buat penulisan. Padahal tajuk dah bersusun dah dalam draft πŸ˜†. Kadang dah siap dah tulis. Cuma tak ada kekuatan nak post sebab blog sendu. Risau tak ada orang baca.

    ReplyDelete
  18. Haah kalau taip hilang, kita rehat dahulu. Itulah apabila bersemangat komen keluar perkara begitu.

    ReplyDelete
  19. Hahah comel kucing tu. Memang boleh relate sangat :)

    ReplyDelete

  20. Saya pun baru baru ni ada kena style gitu. Memang stop terus blogwalking kejap lepastu haha

    ReplyDelete
  21. Ada masanya Sha pun macam tu juga Shida..
    Comel kucing tu.. Yeah!! Giveaway..

    ReplyDelete
  22. mama penah jadi dulu masa buat post guna henpon.. mmg rasa nak nangis bila dia hilang gitu je huhu

    ReplyDelete
  23. hahaha rasa puas kan bila dapat blogwalking semua yang ada dalam bloglist tu

    ReplyDelete
  24. ccl pun dah dua hari termenung nak blogwalking blogger blogger lain , komen buat hal lagi , hari ni baru boleh ziarah blogger lain

    ReplyDelete
  25. selalu shida. kdg dah taip terpublish tanpa sedar. ms tu laa kelam kabut dibuatnyaπŸ˜†

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.