Habis Basah Baju

by - 21:31:00

Gambar tak ada kaitan pun dengan entri 😂😁 cuma seronok tengok depa ni main hujan. Lately ni tempat shida setiap hari hujan, hujan pula di pagi hari bila tidur teramat lah sejuk sekali lantai sejuk korang. Macam mana cuaca ditempat korang?

Harini shida nak berceloteh sikit mengenai kerja dapur dirumah. Bagi rumah shida ni kerja-kerja rumah 100% shida yang buat, kemas dan kerjakan.Bukannya encik husben tak membantu cumanya dia tiada masa untuk membantu sama dalam menjalankan kerja-kerja di dalam rumah. 

Tetapi walaupun begitu encik husben yang menguruskan kerja-kerja diluar rumah seperti memastikan kawasan luar rumah depan dan dapur dalam keadaan kemas dan juga membuang sampah setiap hari juga adalah kerja encik husben hahaaaa rasanya normal lah kan kerja tu.

Jika kerja di dapur memang shida yang control semua, bermula dari mengemas, mendeko serta memasak. Lagi pun dapur shida ni kecil dan memanjang jadi tak susah untuk kemas sendiri. Sejenis shida ni bila sesuatu bahagian memang dari awal shida yang control dan kemas memang tak suka orang lain yang sentuh.

Bab mencuci pinggan pula, haaaa yang ni baru terkait dengan tajuk entri kita. Tak tahu lah shida kalau memasak dan mencuci semula selepas memasak kan mesti Habis Basah Baju shida. Betul dari bujang lagi shida perasan perkara ni.

Kadang-kadang tu encik husben sampai pening tengok shida kalau duk dapur memasak dan mencuci mesti sampai lencun bajunya. Encik husben ada mencadangkan shida menggunakan apron ketika memasak tapi shida tak guna pun, tak reti dan rimas. 

Shida dah biasa seperti itu, memasak dan mencuci selepas memasak sampai lencun baju ni, bukan sikit-sikit tau tapi hampir seluruh bahagian bawah baju hahahaa Korang kalau masuk dapur memasak mencuci seperti shida ke? Aduhai segan pulak dah macam bersukan pulak duduk kat dapur tu korang! 

 

Jemput join giveaway yang masih berlangsung sehingga 2 Oktober 2021.

👉 GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN 👈

You May Also Like

36 comments

  1. mencuci pinggan ganas sgt kot, patut la smpi basah lencun baju. cube basuh slow2 and sopan gituh.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah xde maknanya nk sopan2...belasah aje hahhaaa..

      Xlah afeezz mmg begini cara saya..mungkin sinki rendah..dan air senang ken baju..tgn basah pn dh biasa lap pada baju..hhahaa aduhau

      Delete
  2. Jangan sampai lantai dapur pun basah lencun
    Kena pakai apron plastiklah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni wak..xdela dapur banjir..cuma baju je banjir hahaa

      Delete
  3. Biasa nya ramai tidak ada skill multi tasking di dalam melakukan dua pekerjaan di dalam satu masa hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa begitu ya..bg perempuan xperlu tu semua..hahaa hentam saja laaa labu..

      Delete
  4. Kalau setakat basuh pinggan sikit takdelah sampai basah lencun. Shida bukak air laju ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basuh sikit2 tak sal..kalau time memasak je..mybe sinki rendah..pastu shida jenis basuh mmg rapat dgn sinki..mgkin tu la puncanya..

      Delete
    2. oh..kalau sinki rendah memang basah lencun la. takpe, pas ni pakai apron ye. shopee banyak jual. hehehe

      Delete
  5. Hehe . Pakai apron lah sebagai penyelamat baju lencun tu .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba pkai tp sama jela apron juga yg basah..dh jns apron pn kain hahaa

      Delete
  6. kalo mak xnk basah baju smpi lencun sila ambil bibik sbg psmbantu rumah ye.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kata pulak xnk lencun hehehee wak ni..babap kang!

      Delete
  7. sama, selalu kalau plan nak masak, akan pakai baju yang dah buruk sikit, lepas selesai masak semua, terus mandi dan salin baju ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu syaz..sama dgn shida..masak pkai baju yg buruk2 je haha

      Delete
  8. uncle kalau tolong aunty basuh pinggan... memang satu dapur uncle basah kan... Buan apa... lepas tu dia dah tak mintak tolong uncle basuh pinggan lagi... heehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle itu dsengajakan..xkira tu..saya harap aunty baca komen uncle 🤣🤣

      Delete
  9. Sekali basah dengan peluh juga kan Shida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluh tu lain cita lah..mmg habis bhgian bahu baju duk lap 🤣🤣

      Delete
  10. Samalah baju sama badan sampai bertahi lalat bawah depan baju. Hehe apa boleh buat kena basuh pinggan mangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerap pkai baju yg sma..YA kak NA mmg smpai begitu lah..😂😂

      Delete
  11. kena cari apron yg waterproof atau adjust pili supaya air tak merecik...

    kalau cuaca sejuk, bertambah sejuk badan..

    ReplyDelete
  12. Tengok orang lain buat live masak masak kat dapur elok je pakai apron, baju tak kotor. Naniey kalau masak kena kunyit la, cili la kat baju. Apron memang tak pernah pakai.

    ReplyDelete
  13. sama la kite klo basuh pinggan sampai basah baju..ehh ade GA ke..ala nk join..harap sempat la

    ReplyDelete
  14. Saya pun sanggup berbasah baju drpd pakai apron 🤣

    ReplyDelete
  15. Ammi pun sama..letaklah kain penghadang antara sinki dan kita berdiri tu... Tetap basah.

    Lagi satu mungkin sbb paip kat sinki ammi tinggi. Husband ammi tinggi jadi kalau dulu paip tu rendah dia kata sakit belakang dia kalau tiba giliran dia yg memasak

    ReplyDelete
  16. kadang jadik macam tu jugak Shida. Mungkin sinki rendah dan rapat sangat dengan sinki kot. Tapi kalau masak yang kena berlamaan kat sinki memang rajin pakai apron. Samalah kita, kerja suami kemas luar.

    ReplyDelete
  17. Hahahah ini akak boleg relate sebab akak pun sama begitu. Kadang-kadang ambil wudhu pun boleh sampai lencun. Selain daripada faktor seperti singki rendah, air laju ... akak suspek tangan akak pendek laaa....

    ReplyDelete
  18. Hahaha hati² masuk angin, kak Shida

    ReplyDelete
  19. air paip laju sangat kot itu yang sampai ke baju basah. cuba pakai apron half yang ikat kat pinggang tu maybe selesa sikit..hehe

    ReplyDelete
  20. Samalah kita kak shida, memang lencun baju dekat bahagian perut tuuuuu kalau basuh pinggan. Kakak abang selalu tanya, adik basuh pinggan ke mandi kat sink HAHAHAHA. Even ambik air wudhuk dekat sink pun, memang lencun >.<

    ReplyDelete
  21. kalau bsh pinggan x sgt tp kalu membilas baju, ya. so nk elak lencun, sy pakai tuala. lps tu mandi trs. kalau mengemas, lencun dgn peluh je

    ReplyDelete
  22. Hahaha sama kak. kita geng. ika fikir ika sorang je jadi macamtu. kdg mcm mandi hahahahaha. husband selalu tanya berapa kali sehari mandi haha

    ReplyDelete
  23. yanie ppun sama kak..camtulah..saya pun

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.