Tarikh Dos Kedua Vaksin AstraZeneca Diawalkan

by - 23:01:00

Tarikh Dos Kedua Vaksin AstraZeneca Diawalkan | Haaa betul korang, dua hari lepas shida dapat notifikasi dari MySejahtera untuk semakan temujanji untuk dos kedua. Sebenarnya selepas dari cucuk vaksin pertama, shida dah kurang semak status vaksin dalam apps MySejahtera shida. 

Selepas cucuk vaksin shida sendiri dah dimaklum tarikh untuk vaksinasi kedua yang tertera pada kad yang diberi semasa dos pertama. Semasa menerima sms dari MySejahtera shida terus buka apps, rasa macam nak buka dan check. 

Agak keliru pula sebab tarikh dah berubah dan diawalkan 11 hari dari tarikh sebelumnya. Kalau nak ikutkan dari kad yang dapat semasa dos pertama pada 13 Oktober 2021 tetapi tarikh baru yang shida terima dalam apps MySejahtera ialah 2 Oktober 2021. Shida dan encik husben sama tarikh baru juga jadi dua-dua keliru lalu kami call PPV centre.


Selepas call dan buat semakan, kami diarah mengikut tarikh di dalam MySejahtera yang telah dikemaskini. Selang beberapa jam kami terlihat posting dari Facebook Zon Taiping tentang hebahan yang diwar warkan berkenaan perubaha tarikh vaksin dos ke dua bagi Vaksin AZ di Adtec. Maka terjawab sudah kekeliruan yang melanda kami.

Akhirnya, dapatlah shida divaksin lebih awal, pertengahan oktober nanti shida dah pun lengkap dos Alhamdulillah. Tak sabar rasanya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk vaksinasi dos kedua shida tak silap minggu depan. 

Harap ia berjalan dengan baik dan dipermudahkan, semoga shida dan suami sihat tubuh badan sebelum divaksinasi untuk dos kedua, Amin. Ohya korang sebelum tu Giveaway by Shida Radzuan masih berjalan sehingga 2 Okt 2021 iaitu tarikh shida divaksin jadi shida mengalu-alu rakan blogger untuk join ya! Thanks korang 😍

 

You May Also Like

26 comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan pengambilan vaksin dan moga sihat selalu.

    ReplyDelete
  2. Semoga dimudahkan vaksin kedua, kak Shida. Sihat selalu ☺

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tarikhnya dipercepatkan. semoga dipermudahkan urusan, kak shida :)

    ReplyDelete
  4. Org Kementerian Kesihatan baca blog shida la tu.. Tu yg dia kasi date sama dgn tarikh akhir GA haha

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah diawalkan pulak kan untuk AZ vaksin. Apa apapun semoga Allah permudahkan segala urusan vaksinasi Shida dan husband. Aaaminn...

    ReplyDelete
  6. Harap ia berjalan dengan baik dan dipermudahkan!

    ReplyDelete
  7. diawalkan alhamdulillah. semoga dipermudahkan ye shida
    family (kakak) kat taiping pun dah lengkap 2 dos

    ReplyDelete
  8. lama juga tempoh utk dos kedua ni ye. semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  9. semoga semuanya baik baik aje...dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Masa dengar berita ni semalam terus teringat Shida. KJ nak cepat-cepat tu capai target 90%.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, moga moga dipermudahkan segala urusan kak shida :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Semoga Shida dan husband sihat sebelum menerima vaksin.. :)

    ReplyDelete
  13. Moga dipermudahkan urusan kalian..Amin..Best tuu nak dapat second dose..hehe

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan. lepas vaksinasi jangan plak lupe SOP ye

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah , semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  16. Banyak hari dipercepatkan. Alhamdulillah. Haah kan mesti keliru sebab dah diberi tarikh pada kad temujanji.

    ReplyDelete
  17. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan utk shidaπŸ‘

    ReplyDelete
  18. Harap semuanya berjalan dengan lancar :) InshaAllah

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga tarikh utk 2nd dose. :)

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan semua urusan Shida.. Aamiin..

    ReplyDelete
  21. AZ biasanya dos kedua tunggu 9 minggu. mujur juga diawalkan takperlu tertunggu2 kan

    ReplyDelete
  22. Lama juga ya nak tunggu dos kedua

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.