Bagaimana Menjadikan Blog Mesra Pengunjung (Blog Kegemaran)

by - 22:27:00

Kalini shida share sedikit Bagaimana Menjadikan Blog Mesra Pengunjung (Blog Kegemaran), apa itu Blog Kegemaran? Blog kegemaran bagi shida sendiri ini lebih kepada blog yang mesra pengguna, blog yang tak sarat  dan serabut serta mudah. Kenapa shida kata begitu? Ramai yang berblog tanpa menghiraukan perkara-perkara penting yang patut dititikberatkan.

Blog kegemaran ni bukan kata blog tu femes kita jadikan ia blog kegemaran bukan. Maksud shida blog dimana menjadikan win win situation kepada kita dan pengunjung. Sebagai contoh lah jika shida memilih Blog Kegemaran haruslah berdasarkan keadaan di dalam blog itu sendiri contohnya.

  • Blog tersebut wajib ada blog archieve, macam shida sendiri suka blog yang shida biasa kunjungi mempunyai archieve post mereka sebab shida sendiri suka membaca post-post entri yang lama yang shida tak sempat nak baca pada waktu siaran.
  • Sekiranya tak ada blog archieve sekurang-kurangnya letak lah button next dan previous post, mudah untuk pembaca blog kita melihat lagi entri-entri lama.
  • Selain itu juga, shida gemar blog yang mempunyai related post ianya juga turut membina satu tarikan untuk pembaca membaca lagi post-post kita.

Penggunaan Theme Templates untuk blog juga memainkan peranan yang penting. Kadang-kadang blog yang sarat dan tak terurus yang membuatkan loading lambat juga memang buat mood spoil nak berkunjung. Pernah shida blogwalking satu blog ni dia menggunakan templated layout yang cukup canggih sehingga semua benda-benda penting tersorok.

Jenuh juga shida cari entri post  tak jumpa akhirnya shida tutup mungkin memang ada kebaikan dan keburukan menggunakan templated macam tu, nampak kemas dan canggih tapi tak berguna. Zaman sekarang orang google/search dan nak membaca tapi sayang bila masuk blog seperti itu tak dapat baca, orang pun fedup akhirnya tutup lah blog tersebut.

Mungkin selain itu, boleh juga susun atur sedikit bahagian post dan sidebar dibahagian kiri atau kanan beserta penggunaan beberapa widget yang yang penting dan tak penting. Blog yang berada di dalam keadaan baik dan seimbang juga mempengaruhi loadingnya sesebuah blog tersebut.

Lagi satu shida ada perhatikan, ada sesetengah blogger menggunakan satu software iklan dimana bila kita klik entry keluar iklan, tekan button komen keluar iklan. Blog macam tu memang shida pangkah terus sebab tak minat dengan cara seperti itu. Rimas kot, dah lah bila keluar iklan dia siap keluar warning virus lagi, kalau macam tu memang shida baned terus ya!

Penggunaan font juga berkait rapat dengan blog, jangan lah guna font yang terlalu fancy dan terlalu kecil. Shida sendiri pun sukar nak membaca jika font terlalu kecil dan fancy dimana font tersebut berbelit-belit sehingga tak dapat nak baca dengan baik entri tersebut.

Header atau bahagian utama blog (kepala blog)  perlu juga dititikberatkan juga. Janganlah buat header yang begitu besar sehingga menutupi bahagian-bahagian penting yang perlu ditonjolkan dahulu. Yang sederhana juga sudah mencukup untuk membuat blog kita nampak menarik dengan tonjolan header yang superb.

Memang wujud je blogger yang suka header besar-besar alam ni tapi kena ingat satu perkara, medium blog untuk orang datang dan baca jadi biarlah dia masuk blog kita nampak apa yang dia perlu bukan yang tak perlu.

Okaylah rasanya sampai sini saja shida share sedikit mengenai blog kegemaran. Jika diberi kesempatan shida share lebih lagi ya. Lagipun shida share berdasarkan pengalaman seusia menjadi blogger. Jika ada kawan-kawan lain yang nak tambah apa-apa boleh share diruangan komen ya. Terima kasih semua sudi membaca 😍

You May Also Like

32 comments

  1. terima kasih atas perkongsian , serba sedikit dapat tahu juga

    ReplyDelete
  2. Kan.. Ammi pun rimas bila masuk blog yg templatenya terlalu complicated. Fenin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canggih boleh tp jgn sorokkam.archieve post tu.kann

      Delete
  3. Betul akak suka ada fungsi arkib. Boleh klik tajuk menarik. Sebenarnya kalau blog walking suka baca pos 2-3 tulisan.

    ReplyDelete
  4. Suka blog ada blog archieve dan ada next, previous button. Mudah nak explore. Jenis klik ada keluar iklan macam tak best pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza..samalaa shida pun x sukee..ada je bbrpa blog yg guna servis tu..

      Delete
    2. itulah tu, kadang layankan je balas kunjungan.

      Delete
  5. terima kasih atas perkongsiannya.. siapalah tu blog kegeraman kak shida heheheh

    ReplyDelete
  6. Harap-harap blog saya ok dari pandangan kaca mata orang.. :)

    ReplyDelete
  7. Thanks untuk sharing ni.
    kena post-mortem blog balik ni bagi lagi friendly user.

    ReplyDelete
  8. saya pun tak suka kalau blog tu takde archive atau previous or next post. Kita sekali-sekala BW nak lah jalan lama-lama sikit

    ReplyDelete
  9. Betul tu, saya nak letak archieve tapi template saya kelaut archieve dia, so saya kena ajust dan coding sedikit. Tengah pack ni tak dan nak coding

    ReplyDelete
  10. Teringat masa mula mula blogging dulu. Segala benda nak letak. Lepas tu letak lagu lagi.. Hehe..
    Naniey rasa blog Naniey berat sikit tang gambar. Terpaksa guna original size sebab bila buka guna fon dapat fix dengan template. Kalau letak saiz lain gambar jadi lain..

    ReplyDelete
  11. tqqq shida
    info bagus

    nk tanya blg cik. nur ok x tulisan., senang tak nk. tgk

    ReplyDelete
  12. Kannsss...
    Setuju sangat dengan post ni

    ReplyDelete
  13. blog shidalah contohnya yg paling bagus :)

    ReplyDelete
  14. suka jgk blog yg simple tp kemas..
    part font tu mmg betol..
    sy kdg kalo blog font xmenarik mmg ssh nk baca..

    arap blog sy jd blog kegemaran shida.. kalo ade yg xkena tlg tegur ye.. ihik

    ReplyDelete
  15. Tips penting. Terima kasih Shida.
    Shida kalau blog PC ada yang perlu diperbaiki maklumkan ya.

    ReplyDelete
  16. saya pon berpendapat macam kak shida...

    ReplyDelete
  17. lagi satu saya suke bila pemilik blog menjawab setiap komen yang ditinggalkan. nampak lah pemilik blog menghargai pengunjung yang meninggalkan komen.

    ReplyDelete
  18. betul, tepat sekali pandangan Shida...font tu penting, kalau kecik sangat mmg payah nak baca..

    ReplyDelete
  19. Bahagian font tu akak setuju. Kalau jenis kecil, berselirat berangkai ... berpinar juga mata nak baca.

    ReplyDelete
  20. Blog kak Shida salah satu blog kegemaran saya nih, hehehehe, sebab tampilannya menarik dan bahasannya pun banyak.

    ReplyDelete
  21. Harap harap blog saya elok lah dipandangan orang lain. Risau jugak takut ada yang tak kena >.< Bahagian font tu saya setuju, kalau font berangkai, memang saya pangkah terussss sebab susah nak baca entri yang ditulis.

    ReplyDelete
  22. Saya sokong dgn post ni. tapi blog saya pun kelaut. ikut suka saya je letak apa pa tapi menyusahkan org huu

    ReplyDelete
  23. setuju semua, shida! blog achieve plg utama bg sy yg suka BW byk2 ni. mereka yg x letak next post or previous post perlu letak blog achieve supaya sng sy nk komen 1 1 hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.