Kalini shida share sedikit Bagaimana Menjadikan Blog Mesra Pengunjung (Blog Kegemaran), apa itu Blog Kegemaran? Blog kegemaran bagi shida sendiri ini lebih kepada blog yang mesra pengguna, blog yang tak sarat dan serabut serta mudah. Kenapa shida kata begitu? Ramai yang berblog tanpa menghiraukan perkara-perkara penting yang patut dititikberatkan.
Blog kegemaran ni bukan kata blog tu femes kita jadikan ia blog kegemaran bukan. Maksud shida blog dimana menjadikan win win situation kepada kita dan pengunjung. Sebagai contoh lah jika shida memilih Blog Kegemaran haruslah berdasarkan keadaan di dalam blog itu sendiri contohnya.
- Blog tersebut wajib ada blog archieve, macam shida sendiri suka blog yang shida biasa kunjungi mempunyai archieve post mereka sebab shida sendiri suka membaca post-post entri yang lama yang shida tak sempat nak baca pada waktu siaran.
- Sekiranya tak ada blog archieve sekurang-kurangnya letak lah button next dan previous post, mudah untuk pembaca blog kita melihat lagi entri-entri lama.
- Selain itu juga, shida gemar blog yang mempunyai related post ianya juga turut membina satu tarikan untuk pembaca membaca lagi post-post kita.
Penggunaan Theme Templates untuk blog juga memainkan peranan yang penting. Kadang-kadang blog yang sarat dan tak terurus yang membuatkan loading lambat juga memang buat mood spoil nak berkunjung. Pernah shida blogwalking satu blog ni dia menggunakan templated layout yang cukup canggih sehingga semua benda-benda penting tersorok.
Jenuh juga shida cari entri post tak jumpa akhirnya shida tutup mungkin memang ada kebaikan dan keburukan menggunakan templated macam tu, nampak kemas dan canggih tapi tak berguna. Zaman sekarang orang google/search dan nak membaca tapi sayang bila masuk blog seperti itu tak dapat baca, orang pun fedup akhirnya tutup lah blog tersebut.
Mungkin selain itu, boleh juga susun atur sedikit bahagian post dan
sidebar dibahagian kiri atau kanan beserta penggunaan beberapa widget yang
yang penting dan tak penting. Blog yang berada di dalam keadaan baik dan
seimbang juga mempengaruhi loadingnya sesebuah blog tersebut.
Lagi satu shida ada perhatikan, ada sesetengah blogger menggunakan satu software iklan dimana bila kita klik entry keluar iklan, tekan button komen keluar iklan. Blog macam tu memang shida pangkah terus sebab tak minat dengan cara seperti itu. Rimas kot, dah lah bila keluar iklan dia siap keluar warning virus lagi, kalau macam tu memang shida baned terus ya!
Penggunaan font juga berkait rapat dengan blog, jangan lah guna font yang terlalu fancy dan terlalu kecil. Shida sendiri pun sukar nak membaca jika font terlalu kecil dan fancy dimana font tersebut berbelit-belit sehingga tak dapat nak baca dengan baik entri tersebut.
Header atau bahagian utama blog (kepala blog) perlu juga dititikberatkan juga. Janganlah buat header yang begitu besar sehingga menutupi bahagian-bahagian penting yang perlu ditonjolkan dahulu. Yang sederhana juga sudah mencukup untuk membuat blog kita nampak menarik dengan tonjolan header yang superb.
Memang wujud je blogger yang suka header besar-besar alam ni tapi kena ingat satu perkara, medium blog untuk orang datang dan baca jadi biarlah dia masuk blog kita nampak apa yang dia perlu bukan yang tak perlu.
Okaylah rasanya sampai sini saja shida share sedikit mengenai blog kegemaran. Jika diberi kesempatan shida share lebih lagi ya. Lagipun shida share berdasarkan pengalaman seusia menjadi blogger. Jika ada kawan-kawan lain yang nak tambah apa-apa boleh share diruangan komen ya. Terima kasih semua sudi membaca 😍


























