Kesan & Efek Bila Tukar Ke Domain Baru

by - 07:00:00

Kesan & Efek Bila Tukar Ke Domain Baru | Assalamualikum korang! Entri kali ini khas untuk shida sebagai blogger dan rakan-rakan blogger yang lain untuk mengambil tahu dan mengambil kira sekiranya blog bertukar domain baru atau bertukar url blog adalah perkara yang berbeza dan kesan juga berbeza. Disni shida menjelaskan beberapa perkara yang shida tahu dan ada juga bertanya kepada beberapa orang mahir dalam domain dan blogspot.

Masalah seperti shida, menukar domain sedia ada kepada domain baru di atas url blogspot yang sedia ada tanpa menukar url blogspot. Okay faham dak?? 😁😁 Kebiasaaan yang mempunyai masalah seperti shida menukar domain kepada domain di atas tapak blogspot yang sama tidak menjadi masalah dalam jangka masa yang panjang, mungkin mengambil masa untuk pulih sedia kala selepas penukaran dalam 12 ke 24 jam untuk domain baru berfungsi.

Akan tetapi efek atau kesan buruk tetap ada sebagai contoh dari segi trafik kebiasaan yang kita terima, ia akan mengambil masa untuk pulih kerana domain baru tersebut. Selain itu juga, jika ada menggunakan pengiklanan seperti Nuffnang ke, Innity ke yang menggunakan secara manual untuk edit code maka ia efek juga. 

Kesan-kesan lain seperti link-link dibahagian menu tab atau pun link-link yang kita kumpul seperti membuat satu page untuk tutorial atau tips yang menggunakan url domain lama jadi kena lah ubah juga secara manual. Jika dibiarkan nanti link - link tersebut tidak dapat diakses sepenuhnya. Rugilah kan kalau tak betulkan, jadi kena betulkan semula.

Lain pula kesan dan efek sekiranya korang tukar url blogspot kepada url blogspot yang lain. sebagai contoh duniashida.blogspot.com kepada shidaradzuan.blogspot.com. Okay kalau kes macam ni efek sangat besar tau! lebih baik fikir dalam-dalam sebelum nak tukar url blog korang. 

Kesan yang terbesar adalah trafik hilang terus, lebih sayang jika blog kita tu dah lama, beberapa entri kita dah masuk dalam Engine Carian Google. Kiranya blog ini boleh dikatakan dalam kategori blog baru. Kebiasaan blogger yang selalu akses blog pun tak dapat nak cari kita melainkan kita dah war-warkan tentang penukaran url blog tersebut.

Macam entri pula ada yang shida google boleh kita backup dan dimasukkan semula ke dalam blog baru kita. Untuk hal ini shida tak explore habis sebab tak sama dengan hal yang shida lakukan sekarang. Walau bagaimana pun bak kata sifu blogger kita "efek tetap akan ada" Jadi kalau kita dah buat keputusan untuk menukar maka kita dah bersedia sebarang kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini.

Terima kasih shida ucapakan kepada mereka Bro Hasrul Hassan, Siti Awadah & Diana Rashid yang ada menjawab dan menerangkan beberapa perkara di atas tindakan shida untuk menukar domain baru ini. Diorang ni kalau tanya apa-apa memang tak lokek ilmu untk share tau!

 

You May Also Like

34 Jari Ohsem

  1. Hehe betul kena fikir masak-masak kalau mahu tukar nama URL atau tapak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi jika nk menukar dr blogspot ke dot com xde masalah besar pun Na 😊

      Delete
  2. Ema nak tukar domain tahun lepas. Nampak "professional" sikit.

    Tapi, bila tngok blog dah lebih sedekad dan banyak post lama yang top search engine..sayang pulak.

    Cancel terus niat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ema kalau nk tukar ke domain dr blogspot xde masalah ema..

      Cuma blogspot ke blogsot je akan ade byk masalah.

      Delete
  3. :). Abang Hasrul Hassan memang terbaik di dalam dunia blogging ini. Naim banyak amik ilmu dari blog beliau. :)

    ReplyDelete
  4. Ya.. mgm nampak kesannya.. Sekarsng tengah fikir nak tukar domain.. sebab tak dapat post link lat fb.. dorang anggap saya SPAM.. hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kerap mmg akan aga spam..sehari sekali..atau jarakan masa bila nk byk kali dlm sehari.

      Delete
  5. Tq for sharing. Belum ada keberanian nak tukar domain.

    ReplyDelete
  6. Yes! Tukar url blogspot tu memang efek teruk pada saya. Sampai sekarang tak lepas Adsense. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..mybe perlu ke domain pula..lepas baru apply semula adsense..

      Delete
  7. Terima kasih perkongsian ini menarik!

    ReplyDelete
  8. Sha pn bru tukar dr dot my ke dot com..sendu ja pv ari2 tgk..tp kdg2 sehari dlm 5k xda pla dia mention dr mana pv tu..byk efek shida..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 yg jadi mcm tu sebab kes seo..terkena tempias..bestla kalau hari2 dpt 5k pv hehee

      Delete
  9. byk betul kena tau kalau nak jadi blogger yg berjaya kan .. bukan takat normal setup saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Atie..byk perkara perlu tahu tp jgn bimbang..blh tanya pakar2 jika nk tahu apa2 😊

      Delete
  10. wah cuya baru ingt nk tukar url..bila akk ckp mcm ni..tk jdi ler..uhukkks

    ReplyDelete
  11. Bab traffik menurun tu sedih. Tukar template pun traffik menurun. Inikan tukar domain. Tapi itulah kalau tak ada solution, terpaksa juga tukar kan. Blogger abg hasrul hassan, kak awa dan kak diana antara blogger otai. Bagus mereka membantu. Fza pun ada bertanya dengan abg hasrul dan kak awa, terjawab persoalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fiza..trafik turun dah satu hal..nk mgadap coding bila tukaq template lg sakit hati..pstu ada yg xkena pulak hahaa..adoii kena dh semua tu fiza 😅

      Delete
  12. Owh.. Ada kesan ye..
    TQ share Shida..

    ReplyDelete
  13. tulah... Mama Yan ingat nak balik pada url blogspot...tp dah 10 tahun pakai dot com ni... maunya kelaut terus trafik yg sedai suam suam kuku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau patah blk ke blogspot..shida cpasti pulak kak yan..blh cuba tnya sis awa nnt.

      Delete
  14. tu pasal sy nda tukar domain..kekalkn ja dengan blogspot. malas mau pikir itu ini hehhehe tapi link blog pun suda 3 kali tukar hahaha
    Alhamdulillah kali ketiga tukar bertahan lama sampai ke hari ni :D

    ReplyDelete
  15. kesan sementara takpe..hehe, tapi nasib baik ada auto redirect tu

    ReplyDelete
  16. Baru tau kesannya.. Terima kasih Shida..

    ReplyDelete
  17. patutlah tak naik latest entri shida kat bloglist.. rasa macam dah edit latest link lepas shida inform hari tu..

    done update..

    ReplyDelete
  18. tq for sharing. rabia tukar url blog terus. dari nama url blog robiahtul.blogspot.com tukar yg skrg ni rabiadawiyah21.blogspot.com

    sampai yg tnya kenapa tak boleh buka blog awak eh? taip url robiahtul tu keluar blog not found. barulah beritahu sy tukar url blog.susah jugak org nak cari

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.