Kifarah Cinta Mengejar Bahagia - Takdir Yang Tertulis

by - 00:53:00

Kifarah Cinta Mengejar Bahagia - Takdir Yang Tertulis | Fuh! Akhirnya tamat juga kisah suka duka air mata dalam drama slot samarinda ini. Pasti ramai yang menonton drama ini dengan penuh emosi dan terkesan dihati yang menonton. Shida tak nafikan, dah melekat dari episod yang pertama pastu tertungu-tunggu untuk episod yang seterusnya. Rasa lega dapat tengok hingga episod akhir.

Akhirnya azlan tahu juka yang mika  bukan anak dia, mika adalah anak daripada ean dan ruhila pada mulanya tapi tiba-tiba di scene akhir tu si Hakim (peguam) tu pula yang muncul sebagai ayah sebenar kepada mika, memang tak dijangka sungguh! Rasanya macam ada Takdir Yang Tertulis 2 je ni hahahaa Jika betul ada pasti cerita dia lagi menarik kan!

Bila dah tonton habis banyak sebenarnya nilai-nilai pengajaran yang kita boleh pelajari dan ambil iktibar dalam drama ini. Banyak nilai-nilai yang ditonjolkan salah satunya nilai kekeluargaan, tiada keharmonian di dalam sebuah keluarga antara ruhila, mak dan adiknya. Sikap mak yang memberi tekanan besar terhadap anak dan menantu dan semuanya bermula dari sebuah perebutan harta semata-mata (nak harta dari jalan yang mudah).

Nilai perhubungan antara suami dan isteri yang ditonjolkan dalam drama ini, seperti ruhila yang menipu azlan sepanjang perkahwinan mereka tentang mika. Cara azlan memperdaya dan menipu juwita sehingga membolot semua harta-harta juwita. Cara juwita melayani azlan dengan kasar ketika mereka masih bersama sebelum perpisahan dan banyak lagi babak yang banyak yang kita boleh ambil sebagai ikhtibar.

Seterusnya, nilai persahabatan antara ruhila dan juwita, masa scene yang ruhila sebenarnya isteri kedua kepada azlan, shida betul-betul terkejut. Padahal juwita sangat baik dengan ruhila dan mereka adalah sahabat dari zaman kolej lagi. Tapi kemunculan Ean dalam membantu juwita sangat-sangat tepat dan Ean bertindak dengan wajar ketika menjadi peguam kepada juwita. Geram pula rasa mak si ruhila boleh plan Ean tidur dengan perempuan lain membuatkan ruhila membenci Ean dan menerima Azlan.

Dan akhir sekali watak si Anak, Mika, sangat-sangat mengagumkan shida sebab petah dan pandai si Isaac Iman ni berlakon atau nama penuhnya adalah Nik Muhammad Aizat Iman Bin Nik Mohd Adlin (7 tahun). Paling menyentuh bila dia cuba menenangkan ibu dan mama nya, bagaimana cara percakapan mika terhadap kedua-dua orang tuanya, sangat mengagumkan. 

Mika anak yang baik! Tengok gambar atas ni happy dia kerana Takdir Yang Tertulis Mika mempunyai ramai parent yang menyayanginya. Masa tengok pergolakan perhubungan mama dan ibu dia, dia sedih dan tertanya-tanya nasib yang menimpa dia. Lagi sedih masa nenek dia halau dia masa dia nak cari makan kat dapur.

Si Ruzita walaupun scene dia sekejap-kejap muncul tapi peranan dia dalam semua yang terjadi memang BINGGO! tanpa ruzita mungkin ean tak kan tahu kisah disebaliknya yang berlaku dan mengapa ruhila bertindak sebegitu. Tanpa mulut si ruzita juga Azlan tak kan sedar yang dia bukan bapa kandung kepada mika kerana dia mandul, kesemua takdir telah tertulis, bagus!

Jadi pengajarannya disini, tak kira dari segi perhubungan yang bagaimana kita perlulah bersikap jujur. Sentiasa ada sikap tolenrasi dan bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing. Syukur ending penceritaan drama Takdir Yang Tertulis ini kesemuanya dapat kebahagiaan masing-masing, ada kemungkinan akan muncul Drama Takdir Yang Tertulis 2 ke?


You May Also Like

10 Jari Ohsem

  1. Aritue saya dapat tengok scene yang Shida dapat tau dia bermadu.. pastu tergantung kat situ sebab ada hal yang lain perlu diselesaikan.. pastu dah tak tengok dah siri nie.. hihihi

    ReplyDelete
  2. skipppppp baca sbb nak tgk sniri nanti hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau ada TYT 2 harap2 konflik tak merepek.

    ReplyDelete
  4. Harapp ada takdir tertulis 2 pulak . Hehhe

    ReplyDelete
  5. belum tengok lagi drama ni. Nak tengok kat iQIYI ada tak drama ni

    ReplyDelete
  6. TYT ni antara drama yang best. Pengarah Sharulezad ni memang best lah. Drama dia memang trending je setiap kali keluar TV. unexpected! setiap minggu episod dia best. Ending lagilah, plot twist dia. harap ada sambungan nanti.

    ReplyDelete
  7. cerita kekeluargaan ye. mama xtgk lagi citer ni

    ReplyDelete
  8. Mesti sudah puas hati diri ini sudah tamat walaupun pengakhirannya tergantung.

    ReplyDelete
  9. Best kan kak drama TYT ni..menarik yanie rasa..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.