Dua Hari Yang Paling Tersakiti

by - 16:58:00

 

Dua Hari Yang Paling Tersakiti | Assalammualaikum korang, long time no see hahahaa tu diaa harini dah boleh gelak-gelak ya? Bukan apa sesuailah dengan tajuk entri sekarang ni, 2 hari yang paling sakit. Sakit apa? panjang ceritanya korang! Sebenar kan shida dalam 2 hari tak berupdate entri ni sebab sakit perut teramat sangat.
 

Rupanya shida ni kena keracunan makanan, aduhai!! Jenuh ingat apa yang shida makan sebelum ni. Entah lah tak boleh nak ingat sebab apa yang shida makan encik husben pun makan. Jadi tak tahu dari mana datangnya cuma sebelum tu shida ada minum susu uht farm fresh tapi ermm entah lah! tak boleh syak makanan yang mana.

Dua hari perut memulas korang! masa hari pertama tu, tak senang duduk dibuatnya. Baring tak kena, duduk tak kena, ulang alik masuk tandas. Nasiblah shida tak muntah! kalau dak mahu demam. Lepas tu perut macam rasa senggugut pula, boleh dikatakan tiap masa sapu minyak panas kat perut baru lega. Dengan cuaca yang panas lit-lit ni lagi rasa semacam je badan ni.

Hari ni perut dah berasa okay, tu yang cuba juga untuk update entri hari ini. Kalau layan sangat sakit ni makin panjang pula malas dia nanti 😂 Hari ni jika tak ada apa, shida blogwalking ke rumah korang ya, terima kasih yang tinggalkan komen dan jejak dalam entri shida! shida jengah nanti ya 💕


You May Also Like

13 Jari Ohsem

  1. Syukurlah kesakitan beransur hilang. Kadang-kadang kita tak perasan ada benda yang kita makan sehingga menyebabkan keracunan.

    ReplyDelete
  2. Lama juga kena sakit perut.
    Alhamdulillah sudah sihat semula.

    ReplyDelete
  3. alamakkk susu tu expired apaa.. hmmm klu tak ok juga make sure g clinic tauuu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, awak dah ok.. Memang kalu kita keracunan makanan, mesti takkan dapat buat kerja dengan sempurna.. Yang tak best tue, bila asyik ulang alik masuk ke tandas..

    ReplyDelete
  5. Get well soon shida. Semoga perut tu dah ok.

    ReplyDelete
  6. Dah baik belum food poisoningnya? Minum air banyak-banyak ok sebab dah banyak keluar tu. Jaga diri

    ReplyDelete
  7. Fza pun sakit perut ahad haritu. Makan apa pun tak tahulah. Berkali kali jugak masuk toilet. Bertabah lah kalau sakit perut tu. Memang jenuh ke toilet. Alhamdulillah shida pun dah okay sikit.

    ReplyDelete
  8. Get well soon kak
    rabia hari tu kerap jugak pergi tandas. rupanya makan buah jambu kerap sgt.memulas perut ni

    ReplyDelete
  9. take care shida.. skrg ni kalau sakit kena cecepat makan ubat jgn melarat ye

    ReplyDelete
  10. semoga diberi kesihatan yang baik ye Shida.. Aamiin..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah kak shida dah ok.. Tak best tu bila asyik sakit perut keluar masuk tandas...

    ReplyDelete
  12. take care kak shida..now dah okay ke??

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.