Geng Kuat Komen Januari 2021 Blog Duniashida.com

by - 07:00:00

Geng Kuat Komen Januari 2021 Blog Duniashida.com | Hari ke tiga bagi bulan februari, Alhamdulillah so far WFO shida berjalan seperti biasa. Bekerja sorang-sorang dalam satu bangunan dua tingkat hahaa. Memang shida akui shida tak boleh dan tidak rela untuk WFH! bukan apa rasa macam tak berapa sesuai untuk shida jadi shida bekerja di pejabat seperti biasa mengikut rotation seminggu hanya 3 hari sahaja. 

Memandangkan kerja berjalan dengan baik, hari ini ada masa untuk update TOP KOMEN BULANAN blog shida. Seperti biasa 10 nama blogger akan dikeluarkan sebagai Geng Kuat Komen Jan 2021. Tahniah shida ucapkan kepada mereka yang tersenarai ya 😊

Geng Kuat Komen Januari 2021

Untuk bulan ini, Alhamdulillah happy sangat sebabnya dah nampak 3 4 muka baru haaa. Baru ada rasa persaingan sikit. Terima kasih juga kepada mereka yang berada dalam TOP 10 di atas dan juga tak lupa kepada yang tidak tersenarai tetapi selalu saja singgah dan komen blog shida! Korang semua memang terbaik. Inshaa Allah shida akan follow back kepada mereka yang follow dan singgah blog shida ni. 

Seperti biasa, kita tunggu 2 bulan lagi untuk pengumuman 10 Blogger Geng Kuat Komen (Jan - Mac) untuk pemberian sedikit saguhati kecil untuk dibuat kenang-kenangan antara kita. Ambil 3 bulan sekali senang sikit shida nak ambil masa untuk Collect dan Send. Top komen bagi setiap bulan akan dikira bilangan komen dan dikumpul selama 3 bulan 10 terbaik akan diambil melalui komen terbanyak dalam tempoh 3 bulan, okay!

Terima kasih kepada awak awak awak semua kerana menggembirakan hari-hari shida 😍 Jom berkenalan dengan Geng Kuat Komen Januari 2021 blog shida, mereka terdiri daripada Azhafizah, Mamapp, Atie Zieya, Cik TK, Shikin Razali, NA, Adianiez Aida, dear anies, Sha Mohamed & Tiara Sapphire. Kita jumpa lagi pada entri geng kuat komen februari 2021 nanti. Terima kasih 💋


You May Also Like

36 Jari Ohsem

  1. Mereka semua memang supporter geng blogger.Tak rugi dapat berkawan dengan mereka semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu naim :) Terima kasih naim sudi singgah blog kak shida!

      Delete
  2. Alhamdulillah. Minta maaf ada salah silap ketika komen.

    ReplyDelete
  3. Tahniah pada yang tersenarai..🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  4. yay i am still listed! hehehe skrg atie pun dah busy nak BW but i am trying my best

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe atie dulukan yang penting okay ^_^
      kak shida pn kdg2 bw ni mana sempat..kdg2 kelaut juga..bz keje!
      skg ni sbb PKP je nih ade masa extra!

      Delete
  5. Tahniah untuk semua pengomen tegar blog Shida. Terima kasih juga Shida :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah! Mereka ni memang awesomelah!

    ReplyDelete
  7. uish masuk juga dalam senarai. tahniah ye semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Tiara :) terima kasih juga sudi singgah blog kak shida <3

      Delete
  8. Tahniah yang tersenarai buat saya sangat nak active comment balik

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat semua geng kuat komen yang sentiasa memeriahkan dunia blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuk kak amie juga :)
      terima kasih kak..selalu dtg blog shida!

      Delete
  10. Wahh tahniah kepada semua yang tersenarai!!!

    Buat masa ni Cik TK kurang sikit blogwalking, tapi akan cuba yang terbaik untuk singgah blog kawan2 semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe cik TK..utama kn yg penting dlu..
      Take care tau!

      Delete
  11. Eza nampaknya terkeluar carta. Alahai huhu. Tak pa insyaAllah nanti Eza masuk balik geng kuat komen tu ye. :)

    ReplyDelete
  12. Ala.. dah jatuh no 9.. Susah betul nak tinggal komen bebanyak.. Nanti dia request tanya kita ni robot ke tak.. Hahaha.. Pandai pula blogger buat limit komen skrg ini.. geram je rasa..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.