PKP Dilanjutkan Sehingga 18 Februari 2021 Di seluruh Negara kecuali Negeri Sarawak

by - 07:00:00

PKP Dilanjutkan Sehingga 18 Februari 2021 Di seluruh Negara kecuali Negeri Sarawak | Ya! betul PKP bersambung dan dilanjutkan lagi dua minggu korang! dan bermakna shida masih lagi tidak dapat beroperasi secara bersemuka di Pusat Tuisyen. Kesian betul dengan adik-adik yang nak ambil SPM ni, terpaksa shida buat plan B sebab 18hb tu tarikh hampir dah dengan tarikh Peperiksaan SPM. Pening dah shida nak fikir ni haihh!

Sakit kepala tau bila PKP, Pusat Tuisyen tak boleh beroperasi, lagi sakit bila nak bayar renter dan bil-bil. Walau tak operasi kesemua bil masih beroperasi seperti biasa. Entah la sampai bila boleh bertahan ni, harapan shida bila dah ada vaksin ni takde lah nak PKP lagi kan. Shida antara orang yang paling sakit kepala bila PKP dilaksanakan.

Jika lah dorang dengar keluhan ini, minta la kami peluang habiskan kelas untuk pelajar SPM ni. Tinggal berapa hari je lagi adik-adik ni nak duduki Peperiksaan yang menentukan kehidupan dan hala tuju mereka seterusnya. Apa-apa pun shida doakan yang terbaik buat semua pelajar spm shida, kalau nak sebut ramai korang! student spm shida ada 40 orang kesemuanya.

Dalam PKP dilaksanakan pun shida tak berkerja dirumah pun, masih datang tuisyen seperti biasa mengikut jadual gilir-gilir untuk menghabiskan kerja-kerja yang belum selesai lagi. Biasa dalam seminggu shida datang dalam 4 hari selang seli, kadang-kadang 3 hari. Walau bagaimanapun shida masih patuh SOP jika tak ada hal apa-apa memang tak keluar rumah.

Waktu bekerja time PKP pun berbeza, shida akan bekerja pada waktu pagi jam 9 sehingga 1 petang sahaja, selesai satu kerja shida balik, sambung pula lain hari. Lagi pun duk sorang-sorang dalam satu bangunan pun bosan juga, ralek buat kerja tengok jam dah pukul1 sat ja masa berlalu. Shida memang tekad tak nak buat kerja dirumah sebab lebih kepada tak buat dari buat hahahaaa 😂

So korang macam mana? PKP bersambung, masih bekerja macam biasa macam shida atau WFH? Mungkin ramai yang bekerja seperti biasa dan ada juga yang wfh kan. Walau bagaimanapun kita tetap dan perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Kita bekerja pun untuk membeli keperluan hidup, membiayai komitmen yang ada bayar sewa bayar bil-bil. Tak ada yang faham situasi kita melainkan kita sendiri ye dak? Shida sekadar meluah perasaan je 😊


You May Also Like

26 Jari Ohsem

  1. Semoga kesusahan Shida dan lain-lain diberi pahala dan diberi kan kebaikan yang lebih baik. Insya Allah. Sekadar dapat beri semangat. Harap jangan putus asa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah terima kasih atas doanya Na 😊

      Delete
  2. Waktu getir ini kita sebagai rakyat kena check balance keperluan membeli. Kekadang kita jua terlalu boros membeli online.

    Insha Allah lepas ini kes akan meurun.. :)

    ReplyDelete
  3. Saya masuk pejabat seminggu sekali. Rasa stres pun iya.
    Insya Allah kita boleh lalui PKP ni. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Sedih bila PKP dilanjutkan , tapi harap membuahkan hasil . kes makin turun

    ReplyDelete
  5. Bila terkesan dengan PKP ni, pening kepala nak fikir. Itulah kan, kena banyak plan untuk menguruskan kewangan untuk survive. InshaAllah selagi ada usaha, percaya pada rezeki Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah fiza..nasibla keje suami tak terjejas..kalau x lagi fenin 😅😅

      Delete
  6. bertabah la.. skrg terima berita ini dgnnn redha huhuh

    ReplyDelete
  7. Marilah kita hadapi bersama-sama, mudah-mudahan wabak ini akan segera berakhir.

    ReplyDelete
  8. Masih WFH lagi.. huhuhuuu.... Banyak yang terkesan dengan pkp kali ini. Bidang pelancongan, peniaga kecil-kecilan.. baru nak bangkit, dah jatuh balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cik TK..awak WFH ke..kalau ikutkan sama la kite..tp memandgkan PKP x lama malas nk WFH..nak berangkut brg byk pulak.

      Delete
  9. Eza memang turun hari-hari setakat ni, husband yang WFH. Tapi memang agak mencabar jugalah ujian PKP ni. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Amiin YRA.

    ReplyDelete
  10. sy wfh dr bln 10 thn lps... ni bkn tahap lemau lg ni... adoiii mcm mn laa kite raya thn ni...

    ReplyDelete
  11. Allah..lagi lama anies..saya ckp la 4 bulan tahun lepas tu..ckp tersiksa hahaaa

    ReplyDelete
  12. Hope Shida dan semua yang diduga, kuat dan tetap tabah melalui semua ini..
    #kitajagakita
    Tak mudah tapi kita kena lalui juga..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.