Sambal Bilis Pedas by D' Sambal Licious | Alhamdulillah setelah beberapa hari Giveaway dari Blogger Fairus tamat dan tiada rezeki untuk menang, shida terus buka shopee untuk membeli dan merasainya sendiri. Boleh dikatakan shida ni peminat sambal, dari bau dan warna shida dan boleh teka rasanya sedap atau tidak haaaa. hebatkan? hahaha taklah gurau jer!
Dah beberapa hari sampai 3 hari yang lepas baru shida sempat merasai Sambal Bilis Pedas dari Fairus ni. Dengan sambal bilis ni sesuai dimakan dengan pelbagai menu dengan bersahaja korang. Makan dengan roti canai boleh, roti kosong boleh, nasi kosong boleh, nasi goreng boleh, bihun ke kuetiau ke mee ke semua boleh, kira sambal ni serba serbi boleh saja.
Sambal keluaran D' Sambal Licious ni ada dua jenis sambal iaitu Sambal Bilis Pedas dan Sambal Petai Bilis Pedas. Jadi bagi peminat petai boleh cuba yang ada petai bagi bukan peminat petai macam shida ni boleh ambil yang original sambal bilis pedas sahaja. Dari segi harga juga berbeza ya! yang petai lebih mahal dari yang original.
SAMBAL BILIS PEDAS RM 12.00
SAMBAL PETAI BILIS PEDAS RM 14.00
Harga amat berpatutan bagi shida dan ofcos yang petai lebih mahal dan
harus mahal sebab petai sekarang pun dah mahal korang! seikat RM10! pun
boleh dapat beberapa biji saja seikat tu kan. Jika menggunakan ikan
bilis yang berkualiti dan packaging seperti itu pula memang cukup murah
untuk harga sebotol sambal bilis itu.
Dah grab sebotol nampaknya kena grab lagi sebotol la nampak gaya hahahaa. Alhamdulillah tak rugi beli sambalnya sedap dan pedas korang! Masa dapat tu shida buka parcel dan lihat sambalnya merah likat ermm tak sabar nak cuba korang! bagi shida korang patut cuba juga highly recommended!
Setakat ni shida dah makan sambal bilis pedas ni bersama nasi putih, nasi goreng dan bihun goreng yaa ampun sedap! cuma pedas dia boleh tahan pedas sebab shida ni tak berapa makan pedas sangat tapi kalau dah sedap balun saja! So kalau korang berminat nak rasa boleh je pergi ke link shopee yangs hida sertakan dibawah ya. Thanks Fairus atas produk yang berjaya! dah boleh tambah produk baru pula :)