Cukup Derita Itu - Siti Nordiana | Lirik Lagu dan Video Muzik

by - 00:00:00

Cukup Derita Itu | Lagu nyanyian dari Siti Nordiana yang tengah trending sekarang kerana Drama "Cukup Derita Itu" lakonan pelakon-pelakon hebat terdiri daripada Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmid Hamid, Didie Alias dan ramai lagi barisan pelakon dalam drama ini. Shida juga tak terlepas peluang menontonnya setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Ini lah rutin bila PKP pusat tuisyen shida tutup sementara waktu. Layanlah drama-drama yang tv3 susun dalam slot-slot yang disediakan. Setakat ini shida hanya layan drama pukul 10 ni saja sebab lepas drama ni shida layan pula slot Chamsarang (drama korea) fuh! berderet cerita hehee orang kata aktiviti baru semasa PKP kalau tak memang tak on la TV ni 😁

Jika hayati lirik lagu dalam lagu Cukup Derita Itu ini memang sedih dan muziknya pula disusun dalam nada yang mendayu-dayu sungguh menyayat hati. Kebanyakan lagu yang nana bawakan pasti sampai ke hati kita yang mendengarnya, setuju tak? Suara nana pula yang sedap merdu dan lunak didengar. 


Siti Nordiana - Cukup Derita Itu

Dalam nafas iniku menanti cahya

Bawalah derita pergi suntuk slamanya

Jiwa ini tersiksa, kalbu merintih lara

Di manakah bahgia? tiada sinar cinta

Hati ini merintih, jiwa ini menangis

Mampukah ku bangkit, jika itu takdir diriku

Tiada daya buatku, melawan suaratanmu

Kerdilnya hidupku, cukup derita itu

Adakah ku pasrah, langkah ku lemah - Cukup derita itu

Tak akan ku kalah, takkan ku lelah - Gapai bahagiaku

Dalam nafas ini, ku menanti cahya

bawa lah derita pergi untuk slamanya

oh-uh-oh-oh, uh-uh-uh

Tiada daya buatku, melawan suratanmu

kerdilnya hidupku (hidupku)..

 

You May Also Like

13 Jari Ohsem

  1. Orang kata Nana suara leman.
    Suara sedap.

    ReplyDelete
  2. best juga lagu ni :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html

    ReplyDelete
  3. Apalah yang dideritakan tu agaknya..

    ReplyDelete
  4. Antara salah satu lagu yang saya dengar satu minggu berturut turut sebab best hehehe.

    ReplyDelete
  5. Lagu lagu siti nordiana mmg best

    ReplyDelete
  6. Best lagunya.. Cik TK pun layan juga drama ni.

    ReplyDelete
  7. Boleh masuk wishlist lagu karaoke ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. Banyak lagu sedih lately dlm drama pun

    ReplyDelete
  9. Pendek je lirik dia, senanglah nak ikut nyanyi..hihi

    ReplyDelete
  10. merdunya.. saya sudah lama tak dengar lagu2 dari Malaysia, terakhir sekali dari Cik Siti Nurhaliza saja..

    dahulu sering dengar lagu Iklim, Amy Search, Slam, Sheila Majid..

    ReplyDelete
  11. Lagu OST cepat letop dia :) Suara Nana makin sedap didengar berbanding dulu. Dah banyak lagu dia sekarang.

    ReplyDelete
  12. tak pernah tak sedap suara Nana nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.