10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

by - 09:30:00

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami | Kenapa nak kena faham pula? yerlah nak duduk sebumbung kena jugalah memahami antara satu sama lain, kalau tak lain jadinya. Pergaduhan adalah salah satu benda yang kita perlu elak dalam perhubungan. Kadang-kadang kita perlu memahami kaum lelaki ini, jadi dengan baca 10 situasi ini mungkin akan membantu kaum wanita sedikit sebanyak dalam menjadikan perhubungan lebih baik dan kekal lama.

Bila si dia sibuk :

Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja atau pun menemani kamu pergi membeli-belah. 

 
Bila si dia ego :

Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.  

 
Bila si dia romantik :

Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 

 
Bila si dia panas baran :

Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda. Lelaki ni kalau dah meletop habislah!

 
Bila si dia penat :

Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh temah. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan. 

 
Bila si dia pentingkan diri sendiri :

Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk cuba bertoleransi antara satu sama lain. 

 
Bila si dia mengongkong :

Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

 
Bila si dia selamba :

Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

 
Bila si dia curang :

Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

 
Bila si dia lurus bendul :

Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.


Bagaimana? ada yang setuju  ke? Boleh juga korang komen jika ada penambahan yang rasa perlu untuk memahami seorang lelaki. Apa yang penting disini sebenarnya, kejujuran dan saling memahami pasangan amatlah penting dalam setiap hubungan. Lelaki ni tak lah cerewet jika kita betul-betul paham dia tetapi lelaki juga harus sama-sama memahami pasangan sendiri juga ya 😊

You May Also Like

61 comments

  1. heheh..nak kena pratikan ni...heheh..

    ReplyDelete
  2. lelaki paling tak suka kalau cakap buruk pasal mak dia kan? walaupun mak dia macam apa tah.. lepas tu orang mengata mak dia memang dia marah gila.. kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. bunga: hehe..ikotla kalo nk ikot..mmg ade gunanya sbb mgelak dari pgduhan bsar hihi =)

    ReplyDelete
  4. Ain: memang pun ..lagi2 kalo dia ank mak..haihh fein-fenin ~

    ReplyDelete
  5. nelly: cuba jgn xcuba xrugi pon hihi =)

    ReplyDelete
  6. laki ke pmpn ke, mesti tak suka kalau orang lain memburuk-burukkan keluarga mereka... family come first.. jah suka yang tentang selamber tu.. hehe...

    ReplyDelete
  7. chekjah: shida hangin tang curang hahaa ~

    ReplyDelete
  8. hoho..bole guna untuk pikat gigi susu ni..yiiihaahahahh1! :)

    ReplyDelete
  9. hihihi gigi nih mcm2 lah ekekke =P

    ReplyDelete
  10. sida kena tambah part yang Ain tu!

    ReplyDelete
  11. dapat yang curang siap ar!

    p/s: bis la En Hantu :larik:

    ReplyDelete
  12. hehe..mcm2 pi lar skali skala..hahaha..
    tak dak org nk lyn.. :P

    ReplyDelete
  13. gigi..nk pgil gugu leh x ekekke :P

    ReplyDelete
  14. laki kalau sekali marah haaa , hambek kau :P hihii

    ReplyDelete
  15. bila da kawen semuanya main bedal je..huhu

    ReplyDelete
  16. Baca pos terawal Shida.
    Hehe lelaki ego, cuba elakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih NA sudi baca..tp shida buat penambahbaikan..utk entri ini :)

      Delete
  17. Hehehe... lelaki kena faham juga... cepat senaraikan situasi perempuan pula :))

    ReplyDelete
  18. semua yg dinyatakan di atas, abe kie setuju belaka...

    ReplyDelete
  19. Bila dia takde duit
    Jangan mintak beli esbox baru

    ReplyDelete
  20. ohhh saya kalau bab relay ni satu ja sy selalu pegang.

    1. Talk - thats how things work :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itah..mana2 hubungan pn..komunikasi tu penting :)

      Delete
  21. mama setuju. apapun kena pandai baca reaksi dan emosi pasangan. lama kelamaan nanti pandai la kita nak handle

    ReplyDelete
  22. Wah, ini ilmu soal lelaki. Mana nih, lelaki, benar nggak ya 10 situasi itu?

    Aku tahu saudara laki-lakiku juga gitu, khususnya di bagian ego.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar..lelaki dan egois tak boleh dipisahkan ^_^

      Delete
  23. Tak ada pasangan lagi kak shida :(

    ReplyDelete
  24. Terima kasih kerana memahami.. hihi.

    ReplyDelete
  25. Jadi perempuan ni kadang-kadang yang dikata jangan tu lah yang suka nak buat.

    ReplyDelete
  26. Kena faham dan pandai tackle dalam setiap situasi. Curang dan ego tu mintak jauh lah :)

    ReplyDelete
  27. Panas baran tu memang menakutkan! Kalau curang, memang setuju undur diri saja sebelum luka tambah dalam.

    ReplyDelete
  28. Bila si dia busy ituu yg perempuan suka kacau sebenarnyaa πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tp bergantung pada mood laki kita..kalau kate mood fokus baik jgn hahaaa

      Delete
  29. Dengan lelaki ini kena cakap terus je, tak yah lah kias-kias.. bukan dia faham pun.. hahaha.. nice tips Shida..

    ReplyDelete
  30. Saya tak pernah buka handphone atau dompet dia kecuali dia yang meminta saya untuk buka. Saya percaya dia tidak akan melakukan hal-hal yang tidak baik di belakang saya. Saya sediakan dia baju ganti ketika dia pulang bekerja, dia bisa ambil sendiri tetapi sedikit perhatian itu membuatnya senang luar biasa. ^_^

    ReplyDelete
  31. hahaha..susah betul in relationship ni..letih nak paham memahami

    ReplyDelete
  32. hu hu hu...
    nak hampir 20 thn kawin ni, masih lagi mengenali en.asben.
    masa muda lain. dah separuh tua ni lain plak, shida :)
    aduhai.

    ReplyDelete
  33. bla dia selamba sy cubit je terusπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.