Alkisah Buah Durian - Kecewa Makan Durian

by - 23:16:00

Alkisah Buah Durian - Kecewa Makan Durian | Ya! betul korang, shida kecewa makan durian yang dibeli. Kebelakangan ni kat facebook feed duk lalu lalang gambar durian sana-sini. Shida ni bukan boleh, mula teringin nak merasa padahal bukan nak sangat saja tak boleh tengok benda apa-apa yang viral lalu, semua nak cuba.

Nak kata gemar tu gemar lah juga, tapi kalau nak masuk dalam list favourite tu tak la kot. Dia sejenis makanan yang suka makan bila viral haaa gitu hahaaa. Tiba-tiba asyik lalu lalang terus teringin dia lain macam hahaa sampai duk minta hari-hari kat encik husben minta belikan nak makan.

Sampailah satu hari tu, encik husben belikan 3 biji durian dengan harga RM80 korang, bagi shida mahal jugalah. Shida minta beli sebiji tapi sampai 3 biji dibelinya, tapi apa yang mengecewakan 2 biji elok sebiji lagi tak elok, dah lah keras ada yang rosak juga. Memang rasa tak puas hati!

Esoknya pula rezeki, jiran tempat niaga encik husben beri sebelah dari sebiji durian pada shida. Pakcik ni memang pandai pilih durian, yang shida dapat ni hat separuh ni memang sedap isi dia kuning elok tapi sayang sangat ada beberapa biji je heheee macam tamak pulak kan ^_^


Biasa shida ni kalau dah tak puas hati makan mesti nak lagi, selang beberapa hari shida dan encik husben pusing-pusing taiping dan ternampak ada orang jual tepi jalan buah Durian dan ada bunting yang tertulis Durian Musang King dan shida ternampak lagi satu bunting lagi sekilo RM8.00 tak kan kot kan jadi husben shida pun turun bertanya, dalam shida ralek scroll-scroll feed facebook husben bawa plastik ada durian. Aikkk beli ke? shida tanya husben, dia senyum meleret.

Balik dari pusing-pusing taiping, apa lagi buka lah durian ni. Lepas tu tanya husben durian musang king ke abang? Dia boleh tak tanya orang yang jual tu, sabar jela. Orang tu cakap sedap-sedap isi terbaik langsung dia beli memandangkan bini dia dah kemaruk sangat katanya hahahaa >.< salah kita pulak!

Sekali lagi rasa kecewa, durian ni bukanlah durian musang king hanya durian kampung sekilo RM17 beli sebiji besar berharga RM40 sebiji. Nasiblah beli sebiji je korang, rasanya tetap tak kena tekak tak sedap huwaaaaaa "_" Rasa terkilan sekali lagi terkena, shida cakap dengan husben sudah! tak payah beli lagi dah tak nak makan lagi (konon merajuk).

Sehingga sekarang ni walaupun ayah sendiri ada kebun durian shida masih tak dapat makan yang betul-betul orang kata "menikmati kesedapan isi buah durian" ni. Disebabkan lockdown ayah sendiri pun tak dapat nak pergi kebun intai-intai buah durian disebabkan kebun ayah kena merentas daerah. Cuma harap pakcu dikampung je tengok-tengokkan kebun ayah tu.

Dengan lambakan penjenamaan buah durian yang digred kan shida jadi tak keruan nak makan. Bukan apa kita ni dah lah tak tahu nak membezakan antara buah-buah durian yang mana gred baik yang digelar musang king, black thorn, D24, udang merah dan sebagainya berhuhu lah bila kena tipu dengan si penjual kan. Minta dorang pilih isi yang elok pun balik rumah dapat yang busuk. Rasa kat tempat jual tu sedap, bila beli sebiji bawa balik isi tak sedap! memang frust!

Kalau tanya orang lelaki dia boleh membezakan jenis-jenis buah durian ini tapi jika tanya orang perempuan tunjuklah bagaimana bezanya buah ini tetap dipanggil buah durian. hahahaa.


 

You May Also Like

39 comments

  1. Bukan rezeki. Moga Shida dapat makan durian sedap mengikut selera nanti. Aaminnn...
    haa betul sangat tu. jangan ditanya durian apa, memang tak tahu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..terima kasih fiza doakan shida..hehee

      Delete
  2. frustkan kalau beli mahal2 tapi bila buka, dapat yg tak elok..

    saya pun x dpt bezakan species durian ni..ikut kata penjual je, kalau dia tipu, redho jelah..tapi beli baru ni, ok lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang frust la.nohas huhuu mahal kot 😅

      Delete
  3. Buat stok tempoyak sedap ni.

    ReplyDelete
  4. hayooo beli mahal2 durian xelok plak.. kecewanya.. huhu

    sy bkn peminat durian.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib ezy bkn peminat..kalau dak habisss la jd mcm shida asyik teringin je 🤣

      Delete
  5. Tak ada rezeki kak shida, semoga lain kali kak shida dapat makannn durian yang menepati selera kak shida. Betul tu kak shida, kalau saya pun tak boleh nak bezakan, panggil durian je semuanya hahaha

    ReplyDelete
  6. Rugi betul kalau beli tak sedap. Dahla bayar mahal. Nak complain kang, kesian plak dekat peniaga. So far saya belum makan durian lagi sebab saya cerewet. Nanti kalau tak sedap, kecewa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah nk asing buat tempoyak pn rasa alahai huhuu

      Delete
  7. Hahaha k ret baru2 ni siap beli 5kg durian kawen.. Dh ngidam sgt nak makan hahaa puas hati 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaiklah kak ret..tp sini byk durian kg je..kak

      Delete
  8. Sama tidak reti bezakan.

    ReplyDelete
  9. PC apatah lagi tak tahu langsung nama atau jenis durian. Kalau tahu pun duriankampung tu jelah sebab ada sepokok depan rumah kat kampung. Selain tu tau makan je. kalau orang tipu pun percaya jelah. Adoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita pc ooii hahaaa 😂😂

      Delete
  10. nadyya jenis xkesah. asalkan durian semua suka.hahahah sejak lockdown kenaaa tahan dulu dr makan..sobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kalau xsedap mcm mana nadyaaa nk mkn juga ke..heheee

      Delete
  11. Hahaha.. Samalah kita Shida.. durian jenis apa pun tetaplah durian..
    Memang susah nak jumpa yang betul-betul sedap..
    Sekarang ini kalau beli, kena bawa bekas sekali.. Suruh penjual kopek.. Kalau tak elok dia wajib ganti dengan buah yang elok.. Ini tips dari kawan sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa bagus tipsnya sha..okay lps ni kena bawa bekas..tq sha..

      Delete
  12. Mudah-mudahan nanti dapat beli durian yang elok isinya.

    ReplyDelete
  13. Hari tu husband beli buah durian banyak sebab kat sini ada orang jual 1 plastik rm50. Tapi makan beberapa ulas terus sakit kepala. Hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas mkn durian minum air dlm kulit tu..durian kn panas..yg xtahan mesti jd gitula..sian AI..

      Delete
  14. Musim durian kali ini, banyak juga durian saya makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fairus kena kuat minum air masak..kalau byk mkn durian ni..

      Delete
  15. Wah ramainya dah makan durian. Naniey sebiji pun belum dapat lagi ni.
    Kalau naniey suka yang pahit2 manis tu. Tak tahu la durian apa. Rasanya durian kampung je.
    Tp sedih la tengok peniaga ambil kesempatan pada pembeli. cekik darah pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala naniey ramai peniaga yg tkesan sbb covid19 ni..ade yg terpaksa utk kelangsungan hdp..ada yg mgambil ksmpatan..huhuu..naniey cepat2 mkn durian sebelum musim habis heheee

      Delete
  16. musim durian kali ni, tak merasa lagi durian. dah pkpd ni, tak merasalah nampaknye

    ReplyDelete
  17. huhuu..harap adelah yg boleh tlg delivery kn

    ReplyDelete
  18. Frustnya macam tu, dah beli mahal tapi tak best. Huhuuu

    Haha Cik TK pun sama tak reti nak bezakan durian. Pada Cik TK sama saja!

    ReplyDelete
  19. Yaaa.. durian tetap kupanggil durian.. Nona bukan peminat tegar doyan.. tapi makan tetap makan.. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.