Resepi Bubur Jagung Bersama Sagu

by - 16:56:00

Dalam Fasa 2 total lockdown ni dah hampir seminggu berlalu, aktiviti memasak shida berjalan seperti biasa sekiranya shida larat masak lah hahaa. Bukan apa, penat berniaga balik nak masak tu shida merenung dulu dapur, fikir apa nak masak. Menu ni daha 3 hari lepas berlalu, dah 6 hari baru berjaya keluar satu menu luncheon 😁

Tak tahu kenapa, dalam 2 3 harini duk teringat jagung dan teringin nak buat dan masak bubur jagung. Lepas pesan En. Husben pi market ambil sayur belikan 2 tongkol jagung manis. Selepas dua hari baru shida masak jagung ni buat bubur bersama sagu.

Menu lockdown shida kelmarin, Daging Paprik Thai, Telur Dadar & Bubur Jagung Bersama Sagu. Menambah-nambah pula makan menu ni dengan nasi panas-panas. Bubur jagung ini pula adalah kali pertama shida cuba masak, resepi tanya mak saja kalau resepi dari mak ni selalunya campak-campak jadi kita pun confius hahaa. Rupanya senang saja buatnya korang, jom masak bubur jagung.


Resepi Bubur Jagung Bersama Sagu.

BAHAN - BAHANNYA :

  1. 2 tongkol jagung siap kopek biji jagung (cuci bersih)
  2. Santan kotak 200ml
  3. Air 400ml atau guna kotak santan yang sama (dua kali)
  4. Satu senduk besar gula
  5. Satu senduk kecil sagu
  6. Sedikit garam
  7. Dua helai daun pandan (disimpul)

 

CARA MEMASAK :

  • Sediakan periuk yangs sesuai, masukkan jagung dan air, kita reneh dulu jagung supaya lembut. Bila jagung dah sedikit lembut masukkan pula santan dan kacau santan jangan bagi santan pecah ya.
  • Sambil kacau-kacau santan tu boleh masukkan daun pandan, gula dan garam. Kacau-kacau rata jika nampak pekat korang boleh tambah air sedikit demi sedikit ya sehingga kuah jadi kurang pekat seperti yang korang nak. 
  • Akhir sekali masukkan sagu, kacau-kacau rata kuah sehingga sagu mengembang dan jadi jernih. Korang boleh rasa jika manis kuah dan seperti yang korang nak boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Untuk 2 tongkol jagung ni boleh makan dalam 4 ke 5 orang makan ya. Selamat Mencuba.

 

You May Also Like

43 comments

  1. Sedapnya bubur jagung tu.Lama betul Syu tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la lepas ni syu cuba msk pula 😁

      Delete
  2. Merecik betul tengok. πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheeee boleh cuba BK resepi sedia sedia dah ni..

      Delete
  3. lama gak tak merasa bubur jagung. PKP3.0 ni rasanya makin sibuk, nak memasak sendiri pon tak sempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Food delivery skg byk afeez..blh cuba lepas ni jika sbuk.

      Delete
  4. Sedapnya. Ya Allah. PC memang suka bubur-bubur ni. Memang suka sangat atau sebab dari kecik mama dan biasakan dengan buburbubur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke..kalau berjiran blh kirim skit kat pc heheee

      Delete
  5. Biasa dapat makan bubur jagung bila ada kursus di hotel je.. hehe.

    ReplyDelete
  6. aduiii... sedap lak tengok bubur jagung ni

    ReplyDelete
  7. Sally campur dengan kacang hijau kak haritu...hehehehe...sedap jugak!

    ReplyDelete
  8. Adoii menggodanya bubur jagung tuuu, kita memang suka bubur bubur ni, eeii dah lama tak makannnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la AN cuba msk..simple je step diaa heheee

      Delete
  9. sedapnya..bila ada jagung, selalu rebus atau buat cucur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cuba jugalah buat cucur..mcm sedap je..

      Delete
  10. ada nampak org jual Jagung hri tu, ok.. boleh cuba resepi ni nanti..

    ReplyDelete
  11. sedapnya. mama suka makan suam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama..suam2 dgn jagung yg maniss..sedap

      Delete
  12. Adui! Feveret uncle ni... takde sagu on onz!

    ReplyDelete
  13. Favorite ni thank you share resepi

    ReplyDelete
  14. Bila rasa teringin memang rajin terus memasak. Sedap menu Shida masak. Kalau tak larat, lauk simple simple pun sedap dah.

    ReplyDelete
  15. sedapnya, shida.
    sgt sedap!
    bahan ada. tapi aida x brape rajin these few days :) ha ha ha...
    masak yg utama aje.

    ReplyDelete
  16. hmm, nak coba buat ah.. terima kasih recipe bubur jagung sagunya, kak Shida..

    ReplyDelete
  17. uiiihhh dpt mkn te ujan mmg syok ni😊

    ReplyDelete
  18. Sedapnya bubur jagung dengan sagu.. Buat menu minum petang pun best nie..

    ReplyDelete
  19. Wah sedap ni! Lama tak layan!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.