Duit Raya 2021

by - 07:00:00

Duit Raya 2021 | Hah! kalau cakap pasal duit raya ni kanak-kanak paling gembira sekali dengan kutipan duit raya setahun sekali ini. Sudah menjadi lumrah "duit raya" telah menjadi satu agenda wajib seusai selesai sesi bersalaman di pagi raya. Kebiasaan kanak-kanak ataupun anak-anak saudara kita akan beratur bersalaman dan menerima duit raya daripada orang dewasa (atok, nenek, mak,ayah serta pakcik dan makcik) sekiranya sudah bekerja.

Agenda pemberian duit raya ini bukan lah satu kewajiban oleh seseorang, ia dilihat sebagai cara menzahirkan rasa syukur dan gembira. Berikanlah sekiranya anda mampu dan mempunyai rezeki yang lebih untuk dikongsi. Pemberian duit raya juga boleh dianggap sebagai bersedekah, reward untuk kanak-kanak berpuasa dan mampu mengeratkan lagi silaturahim. 

Tidak dinafikan pemberian duit raya anak zaman kini amat lumayan sehingga ratusan ringgit ada juga yang sampai mencecah ribuan ringgit. Sangat beruntung kanak-kanak zaman sekarang ni, shida masih ingat tau, waktu shida kecik-kecik dulu pergi beraya hanya dapat 50sen sahaja. Jika beraya ke rumah yang lebih besar kemungkinan dapat RM1.00 syiling. Balik rumah kira, siapa dapat lagi banyak duit raya heheeee.

Dah besar panjang ni, masih ada ke orang nak bagi duit raya? Pasti lah ada! pemberian duit raya bukanlah tertumpu kepada kanak-kanak saja. Orang dewasa juga tak lokek dari menerima duit raya kemungkinan dari si suami, majikan, saudara-mara, adik beradik atau mak dan ayah. Macam shida sendiri terima dua sampul duit raya untuk tahun ini. Alhamdulillah 😁

TERIMA DUIT RAYA DARI HUSBEN

TERIMA DUIT RAYA DARI BOS

Alhamdulillah, terima kasih kepada si pemberi semoga dimurahkan rezeki selalu ya 💋 Shida juga tidak terlepas dalam menyediakan duit raya. Kebiasaannya shida akan beri kepada mak, ayah, adik bongsu shida, anak-anak buah shida, mertua dan adik ipar yang bongsu. Tapi tahun ini tak dapat pulang ke kampung suami jadi tergendala lah agenda pemberian duit raya tersebut, lain kali jumpa Inshaa Allah boleh beri 😊

Sampul dalam gambar ni, antara sampul lebihan duit raya yang tak dapat diserahkan kepada penerimanya. Inshaa Allah jumpa nanti boleh lah bagi. Sampul ini lain warna lain isi RM nya hahaha, sampul raya berwarna biru tetap ada korang! mana boleh tak ada hehee. Walau musim covid19 orang kata lebih nak berjimat tapi entah! shida suka bagi duit raya sebab bila lihat mereka-mereka yang dapat duit raya muka kelihatan lebih gembira dari biasa. Lagi-lagi muka anak-anak buah shida hahahaa 😄

Alhamdulillah, mudah-mudahan orang yang menerima duit raya dari kita ini selalu mendoakan kesejahteraan kita, rezeki kita, kesihatan kita, amin! Moga bertambah berkat dalam memberi kepada yang memerlukan. Semoga kita yang memberi selalu dipermudahkan segala urusan,kerja dan apa saja yang kita lakukan.


You May Also Like

31 Jari Ohsem

  1. Haha akak pun terima duit raya daripada abah.
    Alhamdulillah Shida terima juga.
    Semoga Shida rajin memberi. Amin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Kalau PC kan dapat duit rasa rasa macam terbang wooo..kikikiki. Bukan main simpan elok-elok dalam tabung. kadang siap tulis ''duit raya ini dari .. (nama pemberi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan tabung tulis nama tu mmg rajin sgt PC hehee ^_^

      Delete
  3. Alhamdulilah sonok klu dapat duit raya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seronok..kdg2 simpan smpai kita xsedar dlm bag tu masih ada sampul yg berisi duit..heheee

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah..msh kelihatan muda org nk bg duit raya heheee ^_^

      Delete
  5. Duit raya tak nak pos ke?

    Eh? hahahaha!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki di bulan Syawal...tahun ni bank-in duit raya utk anak2 saudara..tak dapat bersua muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulanya nak bank in tp msk acc parent hahaa..xjadi..nk bg tangan jugak..kumpul je dr tahun lepas ^_^

      Delete
  7. Tahun ni bank in semuanya duit raya huhuhu. Nak jumpa tak boleh kan :')
    Tapi saya tak bagi lagi la tahun ni sebab belum bekerja hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum kerja xyah la bg..AN simpan je duit tu utk poket sndri nanti :)

      Delete
  8. alhamdulillah.. tahun ni pun still bagi duit raya juga cuma tanpa sampul la hehe tahun ni sampul duit raya susah sikit nak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampul susah dpt ke..biasa beli brg kat pasaraya dapat smpul depa bg hehee :)

      Delete
  9. Yanie pun hubby bagi juga heheee =)

    ReplyDelete
  10. Dapat duit raya dari adik lelaki je. Tak dapat jumpa abang-abang kalau tak diorang selalu gak bagi. Samala, duit raya untuk anak-anak saudara duduk dalam sampul lagi. Tak best transfer online

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, saya dapat duit raya dari suami, uangnya sudah dibelikan buku.. Hehehehe..

    Di sini pun kami juga bagi-bagi duit raya, senang hati lihat anak-anak tersenyum ^_^

    ReplyDelete
  12. Dalam keluarga besar mak wak dak terbalik.
    Cucu2 mak (anak2 wak dan anak2 sedara) kebanyakannya dah bekerjaya
    Jadi mak wak dan kami adik beradik yang dapat banyak duit raya daripada mereka.

    ReplyDelete
  13. Saya dah banyak tahun tak dapat duit raya.. Asyik beri je.. haha

    ReplyDelete
  14. dah lama tak terima duit raya, sib baik ada bonus raya.hahahaha.

    ReplyDelete
  15. bestnya.. sy xde terima duit raya tahun ni..
    bg duit raya kat bdk2 jela.. haha

    ReplyDelete
  16. hmmm sy seposen pun nda dpt duit raya.. beri duit raya adalah haha

    ReplyDelete
  17. tahun ni byk duit raya bank in utk anak mama.. mama still dpt duit raya lagi tau.. dari en hubby hihi

    ReplyDelete
  18. Tahun ni naniey dpt duit raya dari MIL dan husband. Hehe..
    Utk anak buah transfer online je.. Xdpt jumpa..

    ReplyDelete
  19. Seronoknya dapat duit raya. Rezeki tu Shida. Betul Shida, duit raya ni ikut kemampuan kita. Jika ada rezeki lebih, boleh dikongsikan. Sekarang budak budak punya duit raya dah ratusan dah. Masing masing dapat duit raya banyak

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Memang seronok bila dapat duit raya, kan? Akak tahun ni beri duit raya tak pakai sampul. Main transfer je sebab jauh.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. Sha pun tetap sediakan duit raya..
    Seronok bila tengok muka-muka bahagia orang yang menerimanya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.