• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Selamat Hari Kemerdekaan 2021 | Alhamdulillah kita berkesempatan lagi menyambut hari bersejarah negara kita yang sudah mengharungi 64 tahun sebagai negara merdeka. Semoga hari kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberi manfaat lebih baik terutama dari segi pemulihan negara dan memelihara perpaduan antara kaum.

Sebagai rakyat malaysia, marilah kita mengambil peluang menghayati makna sebenar erti kemerdekaan  kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar lakaran sejarah semata-mata. Oleh itu seharusnya kita mengambil ruang ini untuk menghayati sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri kita.

Biasanya pada tarikh ini 31 Ogos 2021 adalah cuti umum, rata-rata pun akan bercuti pada hari ini dan bolehlah meluangkan masa dan manfaatkan hari ini bersama keluarga. Ada menu merdeka ke korang? atau tapau sahaja? 😁 Shida sendiri pun masih berniaga hari ini dan tiada istilah cuti untuk hari ini.

Dikesempatan ini juga shida ingin mengambil peluang mengucapkan kepada semua kawan-kawan yang membaca entri ini Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 64 dan Selamat Bercuti di rumah. Nak bercuti pun masih tidak dibenarkan, tak mengapalah berehat sahaja dirumah. Semoga situasi kita #baiksemula #kitajagakita

Sekejap saja masa berlalu, esok nak masuk bulan baru September 2021, apa harapan untuk bulan baru untuk shida? seperti biasa semoga sihat selalu untuk menjalankan amanah yang diberi. Dapat membahagi masa dengan baik antara tanggungjawab dan hobi dan tak lupa juga untuk kawan-kawan yang membaca juga, Amin!


Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 
Rambut adalah mahkota bagi seseorang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Penjagaan rambut juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan rambut kita dalam keadaan sihat dan kemas. Penjagaan rambut bagi wanita yang bertudung pasti lebih sukar!
 

Tipu sangtalah nak kata pakai tudung rambut senang urus lagi-lagi rambut yang panjang betul tak? Bila sebut penjagaan mesti berkait rapat soal syampu yang digunakan, berapa kerap kita merapi rambut dan pelbagai lagi. Kurang penjagaan rambut boleh mendatangkan pelbagai masalah terhadap rambut dan kulit kepala.

Shida sendiri mempunyai masalah dalam penjagaan rambut kerana bertudung dan situasi kerja shida yang berhadapan dengan panas dan berpeluh. Bila berniaga ni situasi adalah sentiasa melayan pelanggan ke sana ke sini maka mencurah-curah peluh keluar.

Kurang Penjagaan juga mengakibatkan rambut kusut, tidak bermaya, gugur dan gatal kulit kepala. Encik husben sampai tegur rambut shida dah semakin nipis akibat keguguran. Kadang kita usap rambut pun boleh gugur, memang stress juga nak hadap perkara ni. Memang ia terjadi bila shida dah mula bekerja dengan encik husben.

Selang beberapa hari encik husben cadangkan untuk shida Potong Rambut Pendek mungkin boleh mengurangkan masalah yang shida hadapi sekarang. Fikir punya fikir akhirnya shida setuju, bukan apa shida sayang potong rambut lagi dah panjang tapi memang perasan rambut shida semakin nipis.

Disebabkan taknak stress dengan keadaan rambut sekarang shida pun potong rambut boy cut terus hahaaa. Habis cerita! pergi saloon tak fikir apa dah terus cakap potong boy cut, terus dipotong rambut tanpa sesalan! Memang kejutan untuk encik husben sebab mulanya kata just pendek hahahaa.

Lepas potong rambut pendek kepala rasa ringan, berangin saja and no more keguguran rambut! itu yang penting. Lega sangat korang! balik dari saloon mandi apa semua, encik husben terpaku tengok shida! "eh comey juga sayang rambut pendek macam ni" pendek betul hahahaa dedua gelak! 😂😂 

Ingat encik husben tak suka, tapi mulanya memang dia kata tak kisah pendek macam mana asal selesa. Pertama kali encik husben melihat shida dalam keadaan berambut pendek macam ni heheee, kita pulak rasa pelik 😁😁


Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Bila sebut kemerdekaan, apakah yang bermain dalam fikiran kita seakarang? Untuk generasi muda mungkin mereka diajar mengenai sejarah kemerdekaan yang sedia ada dalam buku teks dan mana-mana sumber bacaan yang menganggap merdeka itu adalah bebas dari cengkaman penjajahan dan menghayati laungan merdeka! merdeka! merdeka!

Erti Kemerdekaan Pada Zaman Masa Kini

Dulu kemerdekaan sinonim dengan kebebasan dan pengorbanan yang membabitkan perjuangan parajurit kita demi tanah melayu. Sekarang ia lebih kepada membabitkan kermerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi jati diri kerana generasi muda kini lebih berhadapan ancaman dari segi pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Sekarang kita dalam berusaha untuk bebas dari pandemik covid19 ini, ia juga boleh dikatakan kita mahu merdeka dan bebas dari ancaman musuh yang kita sendiri tak nampak. Para frontliner dan kerajaan kita juga sedang berjuang untuk melawan musuh baru ini, sehingga kini kita masih dijajah oleh musuh yang kita sendiri tak nampak.

Bila agaknya kita akan merdeka dari covid19 yang sudah dua tahun kita semua bergelumang dengan musuh ketat dunia ini. Inshaa Allah dengan SOP yang disediakan oleh kerajaan kita mampu melawan dan menang satu hari nanti, banyakkan berdoa, patuh sop yang dikeluarkan kerajaan dan juga ambillah vaksin untuk lindung diri lindung semua.

Logo dan Tema - Malaysia Prihatin

Setakat ini logo dan tema masih dikekalkan sepertimana diperkenalkan pada tahun 2021 dengan rekaan logo berbentuk hati dan warna jalur gemilang malaysia juga dikekalkan. Tema Malaysia Prihatin juga amat menepati dengan situasi semasa malaysia dengan keprihatinan kerajaan malaysia terhadap rakyat malaysia dalam menanangi dan memerangi pandemik.


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Dimsum Halal | Korang pernah makan dimsum? Shida pernah juga makan beberapakali masa time bujang dulu. Dimsum ni asal usulnya merupakan makanan tradisional China yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita, ada juga yang telah menjadikan satu makanan kegemaran.

Dimsum terbahagi kepada dua jenis iaitu dimsum goreng dan dimsum kukus. Untuk yang kukus biasanya disajikan dalam bekas bambu bertujuan agar tetap hangat saat menikmatinya. Dimsum ini juga merupakan istilah dari bahasa kantonis yang membawa maksud "makanan kecil".

Sekarang dah banyak peniaga yang menjual dimsum dan mengambil ia sebagai satu sumber pendapatan keluarga. Dengan kepelbagaian bentuk dan rasa ia mudah mendapat tempat bagi peminat pemakan dimsum. Dimsum juga merupakan makanan yang sihat kerana kaedah masakan hanya kukus dengan ramuan yang lengkap.

 

Jarang dah sebenarnya shida makan dimsum ni, rasanya last makan masa sebelum kahwin dulu lebih kurang tahun 2017/2018 camtu lupa dah tapi memang lama tak makan. Baru-baru ni shida pergi ke tempat yang biasa shida beli dimsum ni yang asalnya bukan nak beli dimsum tapi nak membeli air bigcup dengan harapan mereka masih beroperasi.

Tapi sayang mereka tutup pula hari yang shida pergi dan ternampak adik yang sama menjual dimsum tu masih berniaga. Lalu shida pun tak fikir apa beli sahaja dimsum ni sebab shida tengok dimsum masih banyak tersusun atas meja jadi tak salah lah shida beli bantu adik ni.

Encik husben kurang sikit makan so beli dua pack lain-lain flavor, mix dengan ayam and vegie. Tak sangka masih sama rasa dia, sebab masa shida beli packaging dia lain sikit. Apa yang shida suka sos dia tu ngam dengan rasa dimsum, macam sos thai rasanya. 

Korang pernah makan dimsum? sebabnya tak ramai yang suka makan makanan yang berkukus ni, lagi-lagi macam lembik-lembik je kan. Masa mula-mula shida makan ni pun okaylah boleh makan dengan berselera 😂.

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Suri Rumah Sepenuh Masa, Ya ini lah title shida sekarang. Walau bekerja membantu encik husben berniaga shida masih bergelar suri rumah sepenuh masa. Nak jadi suri rumah sepenuh masa bukannya mudah ya. Kena kuat mental dan fizikal kerana kerja terlalu banyak dan kena tahu bahagikan tugasan dengan baik.

Macam shida sendiri walau takde lagi cahaya mata penat dan sibuk dia mengalahkan orang ada anak tau. Sibuk tu jangan cakap lah bila dah terlalu sibuk penat pun datang. Dugaan dalam menjalankan kerja suri rumah pun banyak juga.

Macam harini shida cuti, sebenarnya dah dua hari shida cuti semalam dan hari ni so syukur sangat semalam dapat blogwalking banyak juga blog. Dapat lah membaca 3 4 entri kawan-kawan, tahniah ada yang terima hadiah, ada dapat makan sedap-sedap, ditawarkan job job dalam penulisan, tahniah korang!

Apakah tugasan seorang suri rumah sebenarnya? Jika mengikut hukum hakamnya dalam agama tak berat kerana kebanyakan tugasannya adalah si suami tapi memang sudah lazim tugasan ini sudah diambil alih oleh seorang isteri/ibu/suri tersebut dari luar hingga dalam rumah kerja dia, belum lagi dalam bab menjaga suami dan anak-anak dalam segala segi. 

Kerja seorang suri rumah  jangan dipandang remeh kalau tak buat, habis lah rumah! Tugasan ini juga sama seperti tanggungjawab anak sulung lelaki mahupun perempuan mesti kerja rumah dia kena buat lebih orang kata sebagai contoh teladan yang baik kepada adik-adik. Sama juga seperti suri rumah (isteri) menjadi contoh kepada anak-anak dan suami.

cantikkan dapur ni? kemas dan teratur je, suka tengok!

Shida ambil cuti ni pun sebab nak mengemas rumah sikit, memandangkan ada beberapa barang yang shida beli dari shopee telah sampai dan operasi mendeko telah bermula. Ada la sedikit banyak shida buat ubah suai sikit bahagian dapur bagi sedap mata memandang dan kemas. Shida bukan jenis cerewet tau korang! cuma suka tengok keadaan serba kemas dan teratur. 

Lepas masak wajib kemas balik, lepas sepahkan rumah wajib kemas balik, WAJIB! no excuses! sebab sifat malas ni akan merosak mood rajin dalam diri jadi kena ingat lepas sepah kena kemas, lepas buat kerja kena kemas, lepas masak kena kemas. Lagi pun barang dalam rumah ni tak lah terlalu padat serba ada semuanya tapi terkawal bukan apa mudah kemas dan sapu nanti.

Hari ni pula cadangannya nak lipat kain baju yang menggunung, rasanya dah 4 bakul shida tuang dan dah banyak hari sakit mata melihatnya, Harini nak langsaikan juga lepas masak nanti dan berharap encik husben tak ajak keluar pulak 😂😂 kalau dak malam kang shida duk tengok saja kain baju tu hahahaa! 

Okay lah korang jumpa semula selepas shida selesai masak dan lipat kain ya! Nak blogwalking lagi harini sambung yang semalam tak selesai lagi. Okay korang jumpa lagi dalam next entri ya! Thanks sudi membaca bebelan shida kalini 😁💋


Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Sambal Garing Bilis & Pucuk Ubi by Wanez | Alhamdulillah hari ni rasa lapang sikit untuk update entri korang. Sahabat shida semua ni apa khabar? Maaflah lama shida tak berbalas kunjungan, shida sedaya upaya membalas kunjungan semua satu demi satu ya. Almaklumlah dengan masa yang singkat ni dapat berblogwalking beberapa blog sahaja dalam sehari.

Hari ni dan esok shida cuti, cuti bertujuan sebenarnya nak kemas rumah dan ubah suai dapur shida ni. Shida ada beli beberapa rak dan perkakas baru untuk shida kemas kini dapur untuk lebih baik dan selesa. Shida ni orangnya bukan lah cerewet tapi tak suka pandang benda atau tempat yang serabut atau takk kemas.

Ohya! jika sibuk duk mengemas sampai nak memasak pun tak sempat. Jenis shida jika nak mengemas memang kena stop masak lagian nak kemas dapur. Jadi makanan-makanan ready to eat amat membantu dalam kekalutan nak kemas nak masak kan, tingal masak nasi sahaja.

Shida baru ni ada lah membeli satu produk homemade dari shopee, yes! seperti biasa shopee selalu dihati hahaa cuma kadang-kadang sakit hati juga dengan shopee ni. Produk makanan instant yang shida nak share ni adalah Sambal Garing by Wanez. Shida di perkenalkan oleh adik shida sendiri kerana wanez ni kawan dia. 

Memandangkan shida ni seorang blogger, adik minta shida beli dan review sikit produk kawannya untuk dia improve lagi mana yang perlu. Seperti biasa kalau bab sambal-sambal ni shida memang suka nak rasa cuba sedap atau tidak kan. Biasanya kalau sedap shida kata sedap tak sedap shida kata tak sedap ya.

Sambal garing seperti ini amat sesuai dimakan mengikut citarasa masing-masing. Bagi shida sambal seperti ini amat sesuai dimakan bersama bubur nasi, makan dengan nasi juga boleh lawankan dengan menu berkuah. Jika masak sayur lemak putih amat sesuai sekali makan bersama sambal garing ni. 

Kesedapan jangan kata bertambah nasinya weh! Kalau korang nak boleh cuba shida sangat-sangat rekeman kepada korang. Harga pula sangat murah hanya RM8.90 sepaket, murah dari sambal garing keluaran yang lain. Terdapat dua jenis type sambal garing iaitu Bilis atau Bilis dan Pucuk Ubi. Shida syorkan korang cuba!

manalah berat tak naik! makan macam ni pun menambah nasinya!

Jika korang berminat boleh layari 

| shopee wanez |

 

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

Lagi sekali nak update Menu Lockdown #shidamasakje korang, hope tak lah bosan ya. Sebabnya time jarang update tu shida rajin memasak hahaa. Yerlah bila tak masak adalah masa nak update entri baru, jika balik dari niaga terus masak maka shida akan keletihan dah selepas itu.

Faham-faham lah situasi orang dah berumur begini lah! mana boleh buat keje lebih sikit pasti cepat penat. Walau bagaimanapun shida cuba dan cuba update seperti biasa. Kalau tak update 1 2 hari tu tandanya dah over penat dah tu hahaaa.

Betul kata sal kena enjoy ja, penat berehat jika dah okay sambung menulis. Okay shida cuba cara macam tu slowly moly. Badan dapat rehat sepenuhnya baru shida boleh lebih fokus dan menulis dengan tenang tanpa tekanan, okay ini terapi untuk diri sendiri.

Jom-jom tengok apa yang shida masak dalam minggu ini, seperti biasa mungkin akan ada yang perasan shida pernah masak sebelum-sebelum ini. YES! memang shia rajin duk ulang ulang masakan shdia sebabnya dah kering idea. Menu-menu pun lebih kepada ikut selera encik husben saja.

Kari Daging dan ubi kentang masak menggunakan pressure cooker + Sayur Ulaman Bendi rebus dan Salad + pembuka selera sebenar adalah Sambal Tempoyak + Sambal Belacan, fuh! licin makan hahaaa.

Menu seterusnya shida masak Sambal Udang Petai, ini adalah lauk kegemaran encik husben makan dengan nasi panas panas memang kena dua pinggan nasi korang 😅 satu lagi menu kegemaran shida Pakchoy masak Lemak Putih bersama Suhun, ermm sedap!

Ini menu serba gelap orang panggil hahaaa, tapi kombinasi yang menarik sebenarnya. Shida masak Sotong Masak Kicap dan Kangkung Goreng Belacan superb pedas pastu mengelauh pedas kat encik husben hahaaa.

Okay last last menu ni beberapa hari yang lepas shida pernah masak juga tapi encik husben kata kena repeat sebab sedap shida masak hahaaa. So yang berulang ini adalah menu Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api bersama Ayam Goreng menggunakan tepung bestari (spicy). Ayam pula guna semua peha, makan sampai puas shida kata kat encik husben. 

Setelah penat berniaga dari awal pagi hingga ke tengahari sememangnya menggunakan tenaga yang banyak, bila makan time lunch macam terasa kelaparan sangat. Biasa waktu pagi pun kami hanya makan kuih sahaja untuk alas perut.

Kadang-kadang tu nak makan pun tak sempat dari pagi sampai jam 11 pagi orang ramai sangat kat pasar, kadang-kadang sempat minum sahaja. Mujurlah ada bawa air masak dan air panas so bolehlah alas perut dulu sebelum makan berat.

Sebegitu lah korang sedikit situasi shida ketika berniaga, memang amat sibuk time pagi. Sebab tu lah balik rumah dah flat, penat sangat! Okaylah shida nak blogwalking ke blog korang dulu, thanks korang sudi baca sampai habis 💋

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Semalam kecoh juga pasal satu family ni yang antivaksin dan dia buat eksperimen sosial pula. Berhati-hati Menggunakan Media Sosial lagi tempat dimana orang boleh melihat dan membacanya tak memasal kena ambil tindakan di atas perbuatan diri sendiri. 

Lately ni shida perhatikan pengguna facebook ni banyak yang tidak menjaga adab bila bersosial di laman media. Jangan kerana diatas desakan nak menunjuk-nunjuk diri tu antivaksin dah lupa semua adab dan cara nak bersosial dengan berhemah. Bukan sahaja di laman sosial malah berada dikawasan dimana tempat untuk bersosial seperti gerai-gerai, kedai atau dimana sahaja.

Kalau nak antivaksin silakan antivaksin berseorangan jangan nak buat geng pula. Lihatlah padahnya diri sendiri yang tanggung ya. Kadang-kadang shida sendiri tak faham dengan sikap orang seperti ini. Sekiranya antivaksin sila duduk diam-diam sahaja tak perlu nak berbangga.

Kita semua dah tahu SOP patut kita ikut di mana sahaja kita berada, tak kira lah kita suka atau tidak kerana sop ini untuk kita membendung penularan wabak covid19 yang melanda seluruh negara. Shida yakin ada segelintir yang tidak percaya akan situasi negara.

Sebab itulah wujudnya kelompok antivaksin ini, covid is real! Mungkin ada masih belum percaya sebab belum terkena pada diri ataupun keluarga, belum terlihat dengan mata kepala sendiri virus covid ini. Kadang-kadang shida terfikir kenapa ada golongan seperti ini.

Dikawasan shida pun ada juga orang-orang yang antivaksin ini, sampai dah terkena pun masih berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Harini sorang pakcik yang shida maksudkan tu semalam dah keluar wad bebas covid tapi hari ni dah keluar ke pasar cari geng lepak.

Kenapalah tak duduk rumah saja berehat tunggu lah betul-betul dah rest keluar lah nak kemana-mana. Ini tak megah bercerita dirinya yang kebal katanya. Pening shida dengar aduhai, bila nak sedar semua pakcik-pakcik ini 😒

"Lama lagi shida nak tunggu untuk dos ke dua 13/10/2021 sebulan lebih lagi huhuu" 
 

Shida sendiri pun risau kerana hari-hari berdepan dengan orang ramai. Shida pun turut terdedah dengan risiko jangkitan virus ini cuma shida selalu berdoa dan berharap agar kami semua penjaja yang mencari rezeki dilindungi Allah swt, semoga baik baik saja. Amin!

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Sejak-sejak sudah terjebak dengan shopee ni, asyik-asyik beli barang dalam tu, memang shida rajin dah membuat pembelian atas talian. Setakat ni platform shopee memang dah jadi satu tempat pilihan yang wajib sekiranya ingin membeli barangan atas talian.

Peringatan ini buka entri review ya, ini adalah salah satu entri di mana shida akan update barangan yang shida beli melalui shopee. Mungkin boleh memberi rujukan kepada pengguna yang mungkin berminat ingin membeli dan memiliki.

Shopee Haul kalini shida membeli PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Xtreme Series X50. Pembersih vakum tanpa wayar ini lama dah shida beli tak silap masa bulan jun 2021 dua bulan yang lalu. Alhamdulillah selama menggunakannya shida sangat berpuas hati.

Kenapa shida memilih Perysmith? Jawapan mudah sahaja, sememangnya semua pun tahu setiap bulan dengan nombor berganda shopee akan buat satu crazy sale bersempena nombor berganda setiap bulan. Tak perasan? tipu lah! selalu kan memang ada sale 1.1 sale 2.2 dan masa tu shida beli masa sale 6.6.

Harga asal masa tu pun RM777 bersempena crazy sale 6.6 jatuh harganya sehingga RM298 jadi rasa rugi sangat tak grab sebab murah sangat. Baca komen pengguna pula yang sebelum ni pernah membeli semua berpuas hati 

Ada yang rate satu star pun kebanyakan nya tak puas hati barang sampai lambat dan terima barang pecah daripada kurier. Rata-rata semua berpuas hati selepas menggunakan perysmith vacum ini. Alhamdulillah, shida terima barang sampai dalam keadaan baik dan selamat tanpa sebarang kerosakan.

Shida rasa vacum ni satu keperluan juga dalam rumah ni, memandangkan shida duduk rumah teres depan jalan kereta duk lalu lalang maka habuk juga selalu duk ada. Hari-hari sapu dan mop pun rasa tak puas hati, lagi-lagi kawasan bercelahan kan jenuh juga, maka beli juga satu vacum ini.

See encik husben dah rasmi dulu terus jadi model 😂, sehingga sekarang masih okay dan berpuas hati menggunakan vacum cordless ni. Mudah sangat cas saja batery full satu rumah boleh vacum batery pula tahan sehingga 3 4 kali penggunaan. 

Sekarang ni shida pun dah kurang menyapu vacum sahaja, habuk sikit rasa berpasir ke vacum je dah selesai, mudah sangat. Bunyi vacum seperti biasa memang ada tapi tak lah sekuat vacum biasa kan.

Nak sedutan yang lebih kuat mungkin kepada karpet-karpet yang tebal dan berbulu kan boleh tekan power lebih tinggi, sedutan memang terbaik semua dia sedut hahaa bahagia rasa! Antara gajet impian juga ni selain gajet-gajet dapur. 

Alhamdulillah! sikit sikit lama-lama penuh lah impian tu 😍 kumpul sikit-sikit tak perlu lah semua nak beli sekarang. Orang kata ada duit beli, kumpul dulu sikit-sikit then beli lama-lama semua akan ada haaa gituww 😁

Sekarang pun harganya masih berbaloi untuk di grab, jika ada yang berminat bolehlah pergi ke kedai Shopee Perysmith dan boleh juga intai-intai dalam kedai tu kot ada barang-barang lain yang berkenan kan. Shida beli vacum cordless ni juga dalam kedai perysmith ni sendiri.


Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Alhamdulillah, harini diberi kesempatan untuk update lagi entri untuk ke berapa belas tak sure. Alahai sedih betul shida tengok post entri shida bulan ni urmmm sedihnyaaa!! Masa sangat-sangat mencemburui shida, sebenarnya dari petang tadi dah buka laptop korang tapi...hampeh!

Buka blog buka blogspot type title dulu lepastu padam, ubah fikiran nak stroy benda lain type balik lepas tu padam, type padam type padam. Ini lah yang berlaku pada shida sejak-sejak ni, perkara ni dah biasa berlaku bila shida lama tinggai menulis. 

Malam ni paksa juga kerah idea menulis, banyak yang nak dikongsikan tapi tak tahu nak mula dari mana. Dah susun idea dalam kepala ok mula nak share pasal itu pasal ini tapi semua tak jadi huwaaaaa stresss lah macam ni huhuhuu.

Dikesempatan ini juga shida nak mengucapkan Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan menjadi Perdana Menteri Yang Ke 9 untuk negara tercinta Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang baru di atas kepimpinan beliau dalam aspek keselamatan dalam menangani pandemik covid19 dan juga kestabilan ekonomi negara.

Tahniah sekali lagi kepada Datuk Seri, Walau sesiapa pun yang jadi PM haruslah menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan baik, adil dan saksama diikuti dengan para jemaah menteri dibawah kepimpinan. Pelantikan diberi berdasarkan kelayakan yang sewajarnya di atas pengalaman dan kredibilitinya.

Tak lupa juga shida nak ucapkan Tahniah kepada Hero Malaya iaitu Remy Ishak dan Ezza Yusof di atas pernikahan beliau dengan pilihan hatinya, sama cantik sama padan. Semoga pernikahan dibina kekal hingga ke Jannah, berbahagian hingga ke anak cucu, Amin! Selamat Pengantin Baru.

Harap dapat lagi lah berita baik dalam bulan ni, sebab terlalu banyak berita kesedihan yang shida dengar dan baca pada post facebook. Selain berita tentang kematian kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kerana covid19 yang boleh dikatakan hari-hari ada saja, tapi tak lupa juga kepada mangsa-mangsa banjir dibeberapa kawasan dalam negara.

Tempat shida pun tak terlepas juga ada kawasan dalam kampung berdekatan dengan sungai juga turut terjejas akibat banjir kelmarin. Hujan berpanjangan bermula dari sebelah petang hingga ke tengah malam mengakibatkan banjir hingga ke paras pinggang. Kesian juga dengar, mereka tak dapat keluar rumah kerana dipenuhi air.

Banyak mangsa banjir yang terlibat, Alhamdulillah bantuan juga segera datang memberi mereka bantuan 24 jam. Nak masuk dalam kampung pun terpaksa menggunakan bot korang. Semoga mangsa-mangsa bajir tabah dengan ujian yang melanda dan semoga segala urusan semua dipermudahkan.


Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

Menu Lockdown #shidamasakje | Alhamdulillah harini dapat ruang dan kesempatan untuk update lagi. Semoga terus istiqomah dapat update dan blogwalking. Semalam dapat dalam 10 blog saja blogwalking dan baca-baca entri korang. Mana yang shida tak singgah tu tunggu eh, shida pasti terjah!

Kalini nak update macam biasa menu-menu shida masak sepanjang lockdown ni. Bila lockdown ni tak bermakna shida duduk rumah, kerja juga sebab sekarang bidang kerja dah lain lebih kepada bahagian kepentingan. Shida dan encik husben berniaga di pasar, memang dah ada tapak sendiri dari asal tapak mak dan ayah berniaga dulu.

Memasak ni ikut mood kerajinan korang, kadang-kadang rajin kadang-kadang malas ikut mood. Kalau dah kelaut memang tunjuk-tunjuk jelah cerita dia hahaa. Tapi kalau dah rajin dari tengahari sampai ke malam shida masak je kerja dia tau!

Menu pun macam biasa selalu pun duk berulang-ulang sampai jem kepala otak ni. Tapi macam biasa lah shida akan tanya encik husben dulu apa dia nak makan. Kadang-kadang encik husben pun blur ape nak makan  sebab semua dah pernah rasa dan makan.

Ayam goreng + Masak Lemak Pucuk Paku + Ulam Salad + Tempoyak Sambal Belacan

Sayur Campur Goreng + Sambal Telur

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Kuetiaw Bandung Ayam

Daging Goreng Kicap + Lala Masak Lemak Cili Api + Sayur Tugeh Kucai bersama Tauhu Telur Goreng Kicap + Air Laici

So ini lah beberapa menu yang shida sempat masak untuk menu kami berdua, biasanya shida masak akan ada lebih untuk makan malam. Tapi tak selalulah dan yang makan hanya encik husben, malam shida tak makan nasi dah, makan selain nasi melainkan seharian tak makan nasi baru makan nasi waktu malam.

Begitu lah korang, menu pun kalau korang perasan ulang-ulang saja. Shida pun buntu dah apa nak masak lagi. Kadang-kadang tu bosan dah nak masak apa, tanya encik husben dia ikut kita laih-alih buntu balik hahaahaaa. Korang masak apa hari ni? share lah dengan shida kat komen kot boleh tiru cari idea 😉
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

Tak tahu lah shida nak cakap macam mana dengan korang, lepas-lepas vaksin ni Mood Kelaut sungguh lah! dengan penatnya, stress pun ada. Selalunya shida okay je kalau berniaga tapi still boleh bahagikan masa dengan  bloging, update entri dan blogwalking.

Tapi sekarang ni masya allah! buka laptop je shida dah mengantok. Lepas tutup laptop terus tidur, tahu-tahu dah esok pagi. Dua tiga harini rasa nak jerit sebab asyik tak nyempat je nak update blog, badan penat sebenarnya.

Tengok lah sampai 3 hari tak update! Aduhai, gagal lagi lah nampaknya bulan ni, masih tak dapat nak usaha update sehari satu entri. Harini pun sebab dari tengahari sampai malam asyik hujan sahaja nak masak pun tak lalu sebab hujan je so cakap dengan encik husben tapau saja lah!

Jadi badan taklah berasa penat sangat, dapatlah update beberapa entri ada yang shida dah siap buat draft tinggal publish sahaja.Maaf korang! shida lewat sikit blogwalking ke rumah-rumah korang ya! shida pasti singgah cuma ambil masa sikit.

Bukan apa, shida memang dah pasang niat bila dah lulus adsense nak terus update blog sehingga dapat maintain trafik tapi nampaknya gagal lagi lah. Susahnya dalam hati ni bila tengok entri belas-belas je dalam sebulan, tak suka tak suka! 😒

Dalam kekalutan kerja seharian sebenarnya ade terselit berita kegembiraan, cuma waktunya tiba seiring dengan berita kesedihan. Pada tanggal 9 Ogos 2021 kita di khabarkan dengan pemergian arwah Siti Sarah pagi tu tetapi shida dalam masa yang sama shida menerima juga berita gembira. Adik shida (bella) selamat melahirkan baby boy secara normal pagi tu.

Alhamdulillah, mommy dan baby sihat walafiat, harini usianya sudah 11 hari. Nama diberi Muhammad Adeel Haq dan nama samarannya adalah Taim. Shida pun tak tahu macam mana boleh timbul taim, terus semua panggil dia taim. Selamat membesar dengan baik dan sihat taim dengan norma baharu.

Tahun ni shida dapat 3 anak buah baru, 2 dari keluarga shida (dua orang adik shida) dan satu lagi side encik husben shida (adik ipar). Inshaa Allah tahun depan akan dapat 2 lagi anak buah baru, Ya Allah gembiranya rasa dapat berkumpul dengan semua, tak sabar nak jumpa dengan semua! Rindu 😍


Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Ragam Manusia Norma Baharu Part 2 | Korang shida nak bercerita ni tentang ragam pakcik-pakcik yang suka melepak dan berkumpul tu yang pernah shida cerita dalam entri ini Ragam Manusia Norma Baharu korang klik untuk baca ya. Mungkin selepas baca entri yang lepas boleh lebih faham apa yang shida nak bebelkan sekarang ni.

Korang tahu tak pakcik-pakcik yang buat onar dekat pasar yang melepak berkumpul tak patuh SOP tu dorang dah kena jangkitan covid19 dan mereka adalah positive covid19. Seingat shida perkara ni kecoh selepas shida dan encik husben tutup niaga dua hari sebab ambil vaksin, kecoh sangat kat pasar.

Entah dari mana jangkitan tu muncul dan salah satu pakcik yang suka berkumpul dan kena jangkiant korang. Allahu, seram dengar masa kat pasar tadi dan nasib baiklah deretan gerai yang kena bukan bahagian deretan gerai niaga kami tapi kami perlu lebih berhati-hati.

Deretan kedai yang dorang melepak tu semua tutup gara-gara mereka yang terjangkit. Itulah akibatnya sebab tak patuh sop entah la nak cakap banyak-banyak pun benda dah jadi. Shida cuma berharap sangat janganlah ada lagi yang langgar sop. Bila kata jangan berkumpul tu janganlah, cuba lah ada sensitivy sikit dengan situasi.

Ada juga yang shida dengar beberapa kumpulan tu yang antivaksin, melepak menyebarkan berita palsu jangan pergi vaksin. Haihh lah! stress shida dengar pakcik-pakcik ni dah la shida kenal ada antaranya kawan ayah shida dan orang-orang masjid juga, sedih rasa.

Semoga depa semua ni dapatlah iktibar dari apa yang terjadi, selepas dengan kejadian tu tak nampak lagi yang melepak mungkin sebab gerai depa melepak tu tutup. Entah serik ke idak pakcik-pakcik ni aduhai. Hahahaa sorry korang terpaksa dengar shida membawang dan membebel huhuuu.


Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

Kesan Dari Dos Pertama - Vaksin AstraZeneca | Alhamdulillah harini dah masuk hari ke empat shida di vaksin. Seperti yang semua tahu shida menerima vaksin dari AstraZeneca. Inshaa Allah vaksin AstraZeneca selamat digunakan untuk badan kita. Bagi sesiapa diluar sana yang masih takut-takut nak ambil vaksin, shida sarankan ambillah vaksin ya! jangan berlengah lagi.

Vaksin perlu untuk kita lindungi diri kita, keluarga kita, komuniti dan ekonomi negara kita. Jika kita tak ambil vaksin kita tidak dapat melindungi semuanya. Kepentingan mengambil vaksin untuk merangsang sistem ketahanan semula jadi badan, mengurangkan risiko mendapat jangkitan dan melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Sebenarnya masa shida mendapat tahu shida menerima vaksin AstraZeneca ni shida sedikit cemas sebab rata-rata yang mendapat vaksin jenis ini akan menerima kesan sampingan yang kuat seperti demam yang lama, muntah dan ada yang terpaksa dibawa ke hospital kerana kesan yang terlalu kuat.

Tapi shida yakin lain badan lain kesannya. lagi pula shida mempunyai sejarah sakit Alahan yang teruk membuat shida semakin berdebar memikirkannya. Alhamdulillah semasa hari pertama shida hanya lenguh-lenguh badan dari tangan hingga ke belakang bahu.

Masuk hari ke dua sebelah pagi masa bangun dari tidur badan berasa sedikit panas tapi alhamdulillah selepas mandi panas badan dah kurang cuma lenguh-lenguh masih ada dan diikuti bengkak dibahagian lengan yang disuntik, pusing sana sini tak kena tangan rasa kejang.

Shida perasan lepas suntikan badan sedikit lemah dan rasa nak tidur je kerjanya korang! sabar jelah! masuk hari ke tiga alahan shida dan muncul, naik dari sebelah kaki hingga ke tangan. Alahan kalini betul-betul luar biasa takut juga tengok dia naik bengkak-bengkak. Biasa kalau bengkak macam tu shida just sapu roll on yang biasa shida guna, bagi hilang keradangan then okay dah.

Setakat ni macam tu jela kesannya sehingga hari ini, demam teruk takde cuma alahan itu sahaja. Shida dah boleh agak pasti alahan akan naik sebab vaksin ni.. Alhamdulillah so far terkawal dan tak perlu ke klinik dan sebagainya. Tak sabar nak tunggu bulan oktober untuk dos kedua, harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, Amin!


Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

Alhamdulillah Dos Pertama Dengan Vaksin AstraZeneca | Syukur! sehingga harini shida masih tak percaya yang shida dan encik husben dah pun divaksin untuk dos pertama. Kelmarin pukul 2 pagi 10/8/2021 shida terima sms untuk menyemak temujanji vaksin di apps MySejahtera. 

Yang peliknya shida boleh tersedar sms tersebut dan baca pulak tu hahaaa sebab terkejut dan tak sangka boleh dapat. Mata pun duk terkebil-kebil lihat dalam gelap gelita dan yang paling lawaknya sempat pula shida capai hanset encik husben dan semak. Rupanya husben juga dapat sms sama seperti shida. 

Awal pagi 5.30 lebih kurang celik mata sahaja terus kejut encik husben dan beritahu tentang temujanji vaksinasi ini, kesian encik husben terkebil-kebil dengar pagi-pagi bini dia dah membebel-bebel hahaa punya excited lah!

Selepas confirm temujanji dan tempat vaksinasi pun tak jauh dari rumah lebih kurang 15 minit sahaja. Yang lagi best kan korang husben dan adik bongsu shida dapat tarikh yang sama dengan shida cuma masa sahaja berlainan. 

Kalau ikutkan shida dan husben juga masa berlainan tapi kami pi ja bertiga pukul 11.30 pagi terus dapat line, tempat vaksinasi kami di Adtec Taiping. Alhamdulillah tak tunggu lama sangat masa dekat stesen 2 selang beberapa minit dah kena masuk ke stesen seterusnya.

Semasa isi borang terperasan jenis vaksin yang kami dapat ialah AstraZeneca, okay je jenis vaksin ini asalkan dapat proses imun yang tinggi dalam badan kita. Mudah-mudahan semua proses berjalan dengan baik dan tiada kemudaratan. 

Semasa sesi sembang-sembang bersama doktor di stesen 4 banyak yang dia tanya shida disebabkan sejarah kesihatan shida yang alergik tu. Walaupun ia dah lama berlalu, tapi alahan masih ada cuma shida dah tak bergantung pada ubat, cuma tahan cara sendiri sahaja.

Jadi doktor dah label sticker oren pada surat shida untuk bertujuan shida direhatkan selama setengah jam selepas vaksin untuk lihat reaksi alergik shida. Alhamdulillah selama setengah jam tu tiada reaksi yang pelik-pelik shida hadapi cuma lenguh tangan sahaja, Alhamdulillah.

Dengan ini shida adalah AstraZeneca Clan! Setakat harini shida hanya alami lenguh lengan sehingga belakang leher sahaja. Harap takde lah keluar alahan yang teruk-teruk risau pula, mudah-mudahan baik-baik sahaja. 

Next untuk dos kedua shida, husben dan adik bongsu shida pada 13 Oktober 2021, lama lagi so bolehlah bertenang dan berehat dahulu. Ada yang kata penangan untuk dos ke2 ni lebih kuat, betul ke korang?

done untuk dos pertama vaksinasi


Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

Geng Kuat Komen Julai 2021 - Shida Radzuan Blog | Sudah 10 hari berlalu untuk bulan ogos ini, shida seperti biasa masih mengerah keringat untuk mencari rezeki untuk sendiri dan keluarga. Setiap malam sebelum tidur selalu shida ucapkan "Terima Kasih" kepada encik husben atas keringat dan tanggungjawabnya ke atas diri ini dan keluarga.

Alhamdulillah, shida amat mensyukuri dengan nikmat dan limpahan rezeki yang ada, walaupun masih tiada rezeki zuriat tetapi shida dilimpahkan dengan rezeki kasih sayang oleh sang suami dan seluruh ahli keluarga shida, syukur!

Selain rezeki kasih sayang, rezeki mendapat kawan-kawan yang baik juga salah satu nikmat yang shida syukuri. Terima kasih kepada anda yang sedang membaca entri ini kerana anda shida sudah mencapai satu tahap yang dah lama shida nak rasai. Terima kasih korang!

Carta bulanan Geng Kuat Komen juga salah satu perkara yang amat shida berterima kasih kerana tanpa kehadiran korang ke blog shida ni kesunyian rasanya. Dari awal shida berblog semula sehingga sekarang mereka-mereka ini amat membantu dalam peningkatan blog shida. Thanks korang!

Mereka inilah yang shida maksudkan Cik TK, Naia Djunaedi, Azhafizah MN, Sha Mohamed, fairus, NA, Atiqah Najihah, Rabiahtul adawiyah, nanieydotcom dan Farrah MF. Terbaik mereka semua, tak rugi berkenalan dengan dorang ni. Mereka yang supportive dan friendly, tak percaya? cuba sapa dulu!

Oh ya! hadiah untuk Geng Kuat Komen Fasa 2 (April-Mei-Jun) sudah pun shida kirim kepada 10 penerimanya. Ada juga yang sudah menerima hadiah tersebut, hadiah yang diberikan berupa Sekeping Face mask (Jovian) dan Extender mask Palestine.

Bagi Fasa 3 (Julai-Ogos-Sept) akan shida kira jumlah komen antara 3 bulan ini dan mereka yang tersenarai akan menerima hadiah dari shida bagi fasa 3 ini nanti. Tinggal satu lagi fasa akhir iaitu Fasa 4 (Okt-Nov-Dis). 

Harapan shida mahu melihat muka blogger-blogger baru yang masuk dalam carta nanti. Masih ada masa boleh memulakan aksi mengomen, shida alu-alukan ya. Jumpa nanti senarai carta untuk ogos dan september nanti. Terima kasih sekali lagi korang.

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Allahuakhbar Allahuakhbar Hari Yang Amat Terkesan bagi semua rakyat malaysia, yang mengenali selebriti Siti Sarah Raissuddin bidadari syurga kepada pelawak, pelakon dan seorang ahli perniagaan iaitu Shuib telah kembali ke sang penciptanya. 

Salam takziah shida ucapkan kepada seluruh ahli keluarga shuib, perkhabaran pagi tadi amat memeranjatkan seluruh rakyat malaysia termasuk shida sendiri. Walau bagaimanapun shuib perlu tabah dan kuat demi anak-anak yang mana perjalanan mereka masih panjang. 

Merindui itu sudah pasti, malah melepaskanlah dengan keredhaan dan rela dihati agar arwah tenang di sana. Moga arwah sentiasa dirahmati dan dicucuri bersama dengan orang-orang yang beriman dan solehah, Amin! Al - Fatihah (dibaca).

Shida yakin ramai para ibu dan wanita diluar sana terkesan atas pemergian arwah, shida sendiri tak dapat nak menahan air mata terus berjurai, tak mengapalah lepaskan lepaskan Syurga buatmu Siti Sarah Raissuddin.


Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

July Performance Shida Radzuan Blog - Google Search Console | Hai semua, apa khabar ya? Harini shida berkesempatan untuk update blog lagi. Harap-harap masih ruang dan peluang untuk menulis dan blogwalking. Rindu dah kat blog kawan-kawan, nak baca dan tahu perkembangan semasa semua.

Entri kali ni seperti biasa shida nak update tentang peningkatan blog sendiri setiap bulan menggunakan Google Search Console. Rata-rata ramai dah blogger yang guna dan lihat performance blog dengan GSC ni. Bukan apa, kadang kala kita perlu tahu perkembangan blog semasa bagi yang serius dalam dunia blog.

Bulan Julai adalah satu bulan yang bagi shida menunjukkan prestasi blog yang agak baik berbanding bulan yang lalu. Bulan Jun baik juga tapi alhamdulillah bulan julai bertambah baik, syukur! Walaupun kurang entri tapi pageview meningkat naik, dalam sehari hari.

Alhamdulillah satu peningkatan yang baik, mudah-mudahan boleh maintain dan meningkat lagi setiap bulan. Bila ada blogger yang update atau kemaskini perkembangan blog bukan lah nak tunjuk-tunjuk hebat tapi sekadar satu pembakar semangat untuk lebih maju dalam dunia blog. 

Bila ada blogger lain yang tengok mungkin boleh terinspirasi juga..haaa gitu kan. Orang kata sharing is caring gitu, betul tak korang? Semangat perlu ada dalam dunia bloging ni, bukan semata-mata dalam mengejar income tapi penyampaian dan perkongsian dalam penulisan kita.

Entri periuk dessini masih dalam carta top carian dalam google, walau bukan yang pertama tapi masih dalam carian google. Entri etika temuduga juga salah satu entri top yang dicari dalam google. Senang kata apa-apa orang google jadi sebarlah perkongsian yang bermanfaat, orang malaysia kan suka google.

Nak capai seperti sekarang bukannya mudah, perlukan banyak pengorbanan sebenarnya. Macam shida juga banyak berkorban dari segi masa dan tenaga, nak bahagi masa tu yang susah untuk shida tapi shida tekad untuk all out lagi. 

Mudah mudahan termakbul apa yang dihajati untuk lebih maju jaya. Lagi pun seperti yang shida selalu kata, shida masih belajar walau dah bertahun-tahun dalam dunia blog ni tapi shida masih rasa diri ini masih baru dan nak belajar banyak lagi ilmu bloging.

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

Semoga Semangat Semula | Alhamdulillah, hari ni shida dapat type satu entri baru lagi. Entah sejak-sejak ni susah pula nak curi masa update blog, blogwalking, Allahuakhbar kenapa ye? Shida sekarang dah lari fokus pula rasa, wish list masih belum tercapai lagi. 

Kemungkinan faktor usia, yerla kan tahun 2021 ni shida dah masuk 34 tahun korang, badan pun tak sehebat dulu. Kalau nak imbas dulu zaman bloging memang boleh all out walaupun masa tu bekerja juga. Income jangan kata boleh jana macam-macam jenis income. Sekarang ni? Allahuu,sedih!

Selagi nak fokus, selagi tu hilang tumpuan ke arah lain. Ermm maaf ye kawan-kawan sejak-sejak akhir ni kelaut je rasanya aduhai. Moga shida diberi semangat semula, yakin semula, macam turun sikit semangat shida sejak-sejak ni.

Nak kata tak sihat, sihat alhamdulillah, letih? Ya memang letih, sejak-sejak dah kerja pagi ni Allahu letih saja. Mudah mudahan shida dapat biasakan diri, boleh bahagi masa dengan baik. Korang apa cerita sekarang? apa khabar semuanya? sihat? Hope korang dalam keadaan baik-baik sahaja ya.

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

Merdeka Giveaway by TarotTheFool | Alhamdulillah hari ini dapat ruang dan masa untuk update entri yang ke 4 untuk bulan ini. Maaf lah kawan-kawan shida sedikit sibuk sikit mengemas kini pusat tuisyen, sibuk buat akaun terakhir, buat kira-kira. Agak banyak kerja bila nak tutup perniagaan ni, serabut pula rasa.

Okay entri hari ni nak mengambil kesempatan untuk join Merdeka Giveaway dari rakan blogger kita ni, pertama sekali nak ucap terima kasih kepada Blogger Tarot kerana menjemput shida untuk join giveaway dari beliau. Syarat penyertaan juga mudah sahaja, follow follow update entri siap! mudah!

Giveaway berlangsung selama sebulan lebih juga, jadi masih banyak masa untuk rakan-rakan mengambil peluang untuk join. Hadiah yang ditawarkan juga menarik dan meriah kepada 7 bakal pemenang pada pengumuman 5 september 2021 nanti. Klik Banner untuk ke blog penganjur.

Untuk melengkapkan syarat giveaway untuk syarat No.7 Cerita sedikit apa yang ada ingin lakukan atau kemana anda ingin pergi sekira tamatnya PKP. Soalan ini seringkali shida terbaca di new feeds facebook shida, ada saja yang bertanya soalan sebegini. Jika bagi shida mungkin boleh disenaraikan 3 point iaitu :

  1. Balik ke kampung suami, dah hampir setahun tak balik.
  2. Bawa mak ayah shida jalan-jalan.
  3. Kami laki bini mungkin akan pergi bercuti untuk menjana kembali ekonomi negara.
Setakat ni saja list yang shida akan buat sekiranya PKP dan Lockdown tamat nanti dan merentas daerah dan negeri dibenarkan. Dapat buat tiga list ni pun dah happy sangat-sangat korang, lama sangat dah terperuk dalam kawasan sendiri. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan nanti, Inshaa Allah.
 
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Alhamdulillah rezeki akhir bulan julai korang! betul lah orang kata jika dah tertulis rezeki tu tak kemana,rezeki tak pernah salah alamat. Syukur! Terima Kasih Blogger Wak (Warisan Petani) atas kiriman buah tangan kepada shida.

Sebenarnya tak sangka pun yang wak nak beri shida buah tangan ini, petang tu terima whatsapp dari wak meminta alamat rumah shida. Terpinga-pinga juga sebenarnya dan confuse dengan permintaan wak ni, yerlah tak ada angin tak ada ribut minta alamat rumah.

Jadi shida pun berilah apa yang diminta, cuma fikir mungkin nak kirim-kirim apa-apa kot kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Pada 31 Julai 2021 yang lepas, shida dah terima kiriman tu dengan kotak yang besar serba hitam kotak tu, tertulis nama Mazlan so shida dah tahu itu nama wak hehee sorry wak terbagi tahu pula nama betul wak 😁😁

Tengok lah besar kotaknya korang! Apa isi dalamnya? Isi dalam tu adalah Buah Pulasan korang! Allahu tak sangka wak kirim shida buah pulasan tu. Sebenarnya wak kata dia terpanggil untuk beri pada shida sebabnya shida tak pernah makan buah pulasan ni. Jadi wak nak berkongsi rezeki bersama dengan shida.

Allahu bila buka ada buah pulasan ni terkedu shida tau. Alhamdulillah dapat makan buah pulasan ni, betul-betul persis rambutan. Kiriman masih elok dalam kotak tu. Pertama kali dalam hidup dapat makan buah pulasan ni, jarang-jarang dah ada buah ni sekarang, shida masih terharu tau.

Banyak sangat kiriman wak ni, jadi shida berkongsi juga rezeki ini dengan 4 orang terdekat shida iaitu bagi pada mak satu bag, kakngah shida satu bag, kaklong shida satu bag dan kawan encik husben shida satu bag. 

Alhamdulillah semua suka makan dan pelik-pelik bila makan lagi-lagi anak buah shida hahaaa 😂 semua kata persis rambutan, nama dia pulasan sebab cara buka dia pulas sahaja, senang makan!

Untuk shida nahh, siap pulas buh lam balang gini lepas tu buh dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru sedap, juicy terbaik buah pulasan kiriman wak ni. Shida sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada atas kiriman Buah Pulasan ini. Kalau wak tak kirim tak dapat la shida makan sampai bila-bila 😄 

Masih ada ke yang tak kenal wak? yang popular dengan tanaman dan kebunnya. Jemputlah singgah ke blog wak berkenalan dengan Wak Si Warisan Petani yang rajin berbudi pada tanah. Semoga wak sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik, Amin!

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    WW: Ulang Tahun ke-10 Tahun Firdaus - Sama Tarikh Lahir dengan Seniman Agung P. Ramlee
    20 minutes ago
  • DANA
    WW BUAH TANGAN DARI TAWAU
    27 minutes ago
  • orangbukit
    WW : Bulan Ramadan
    29 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    Sarapan Pagi Ini & Townhall
    30 minutes ago
  • Mediana
    BEST MOISTURIZER 2023 - MOISTURIZER WATER BASED UNTUK KULIT BERMINYAK | HANSAEGEE NATURE
    33 minutes ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Ke arah berbelanja tanpa tunai
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    Wordless Wednesday
    1 hour ago
  • Monolog Kakmim
    Macaroni Bolognese Untuk Potluck Jamuan Pembukaan Sekolah
    2 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Meadow Fresh Strawberry Milk Beverage
    2 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Telefilem Menunggu Hujan Teduh (TV2) Sempena Hari Seniman Negara
    11 hours ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Dah Ready Ke Nak Ramadhan?
    12 hours ago
  • thesuraya
    Legally Blonde [2001]
    13 hours ago
  • Titian Perjalanan
    Cerita Baju Raya
    17 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Air kotak laici
    18 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    March 21, 2023
    19 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dinner di Pak Long Kopitiam Plaza Shah Alam Selangor
    21 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    Naik Ambulan ke HKl
    21 hours ago
  • Jari Jemari Menari
    5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan
    22 hours ago
  • //Perdu Cinta
    MUSUH
    22 hours ago
  • Anies♥You
    Hussain Nasi Kandar @ Sungai Petani, Kedah
    22 hours ago
  • Farhana Jafri
    Starbucks | Strawberry Pie Cream Frappucino
    22 hours ago
  • Mia Liana
    Kata-Kata Madah (469)
    23 hours ago
  • kisah aienienka
    Tahniah Cadbury dan Mydin pecah rekod, Kuih Raya dari Hati
    1 day ago
  • Tiara Saphire
    Orked Buat Hud by Sha Ibrahim | Book Review
    1 day ago
  • Aisya Ismail
    Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.
    1 day ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Gaxodus Supplement Bantu Mengurangkan Masalah Sembelit
    1 day ago
  • A M M I
    Aku takut
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Jom Plan Berbuka Puasa Di 'Citarasa Ramadan' Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Johor
    2 days ago
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
    2 days ago
  • Warisan Petani
    'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya
    3 days ago
  • Ako Tetap Ako
    THANK YOU SUNAH!!
    3 days ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH DAN KUTIPAN DANA SURAU BANDAR PUTRA, MAK LAGAM
    3 days ago
  • TiaraNovella
    Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang
    4 days ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Wordless Saturday
    4 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Harap Dapat Sampel Daripada Sproutme: Mi Sedaap Goreng Ayam Bakar Limau
    4 days ago
  • EJULZ
    Dapat hadiah dari www.raydahalhabsyi.com
    4 days ago
  • nanieybarnieylurviey
    Impak Covid 19 Dalam Pembelian Hartanah
    5 days ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Doakan Ustaz Azhar Idrus
    5 days ago
  • cik sukα taip
    Beryl's Tiramisu Almond Milk Chocolate
    5 days ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
    6 days ago
  • Yaya Azura
    Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Terengganu 2023/1444H
    6 days ago
  • aziankhalil.com
    Masak Lemak Cili Padi Telur Itik
    1 week ago
  • SayaNaia
    Samjin Company English Class - Korean Film
    1 week ago
  • NaSa
    Fun educational games to help improve children's financial literacy
    1 week ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi Tahun 2023
    1 week ago
  • kaellaaaa's
    Entering 2023 With New Life
    1 week ago
  • From FAMF Tower
    Wordless Wednesday - Hari untuk Wanita
    1 week ago
  • insan marhaen
    Singgah Di Petronas Tanah Liat
    2 weeks ago
  • Blog Adianiez
    Saudagar Nanas Agrofarm, Kajang | Kafe di ladang nanas yang berkonsepkan agrotourism
    2 weeks ago
  • fairusmamat.com
    Sehari di Pekan Baru, Riau, Indonesia
    4 weeks ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1022 : Damailah Engkau Di Sana
    4 weeks ago
  • Bola Katok
    Mahalnya novel Harry Potter 2023 edisi Bahasa Melayu.
    4 weeks ago
  • IbuCida
    Happy Birthday My Beautiful Daughter (2023)
    5 weeks ago
  • blog
    sofia grad pra 5 tahun!
    5 weeks ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    5 weeks ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Sepagi Bersama Bonda Prof Muhaya
    5 weeks ago
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022
    1 month ago
  • Blog Sal
    Better late than never - Hadiah dari Ako Retna
    1 month ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    1 month ago
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
    2 months ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    4 months ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    october 2022 sudahhhhh
    5 months ago
  • JiwarOsak
    Pembentangan Bajet 2023 Malaysia PENUH
    5 months ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    6 months ago
  • Zarida Ishak
    PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN
    7 months ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    9 months ago
  • The_ramaramapendek
    The Day I Become Someone's Wife | Solemnization 11.03.2022
    11 months ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    1 year ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    1 year ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    2 years ago
  • Cikgu Badarudin
    2 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Roro Bin
    2 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ▼  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ▼  August 2021 (23)
      • Selamat Hari Kemerdekaan 2021
      • Potong Rambut Pendek
      • Erti Kemerdekaan Pada Zaman Masa Kini
      • Dimsum Halal
      • Suri Rumah Sepenuh Masa
      • Sambal Garing Bilis & Pucuk Ubi by Wanez
      • Menu Lockdown #shidamasakje
      • Berhati-hati Menggunakan Media Sosial
      • Shopee Haul : PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Xt...
      • Tahniah! Tahniah! Tahniah!
      • Menu Lockdown #shidamasakje
      • Mood Kelaut
      • Ragam Manusia Norma Baharu Part 2
      • Kesan Dari Dos Pertama - Vaksin AstraZeneca
      • Alhamdulillah Dos Pertama Dengan Vaksin AstraZeneca
      • Geng Kuat Komen Julai 2021 - Shida Radzuan Blog
      • Hari Yang Amat Terkesan
      • July Performance Shida Radzuan Blog - Google Searc...
      • Semoga Semangat Semula
      • Merdeka Giveaway by TarotTheFool
      • Terima Kasih Blogger Wak (Warisan Petani)
      • Tamat Sudah Kerjayaku | Selamat Tinggal PTMC
      • Welcome August
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog