Tahniah! Tahniah! Tahniah!

by - 22:21:00

Alhamdulillah, harini diberi kesempatan untuk update lagi entri untuk ke berapa belas tak sure. Alahai sedih betul shida tengok post entri shida bulan ni urmmm sedihnyaaa!! Masa sangat-sangat mencemburui shida, sebenarnya dari petang tadi dah buka laptop korang tapi...hampeh!

Buka blog buka blogspot type title dulu lepastu padam, ubah fikiran nak stroy benda lain type balik lepas tu padam, type padam type padam. Ini lah yang berlaku pada shida sejak-sejak ni, perkara ni dah biasa berlaku bila shida lama tinggai menulis. 

Malam ni paksa juga kerah idea menulis, banyak yang nak dikongsikan tapi tak tahu nak mula dari mana. Dah susun idea dalam kepala ok mula nak share pasal itu pasal ini tapi semua tak jadi huwaaaaa stresss lah macam ni huhuhuu.

Dikesempatan ini juga shida nak mengucapkan Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan menjadi Perdana Menteri Yang Ke 9 untuk negara tercinta Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang baru di atas kepimpinan beliau dalam aspek keselamatan dalam menangani pandemik covid19 dan juga kestabilan ekonomi negara.

Tahniah sekali lagi kepada Datuk Seri, Walau sesiapa pun yang jadi PM haruslah menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan baik, adil dan saksama diikuti dengan para jemaah menteri dibawah kepimpinan. Pelantikan diberi berdasarkan kelayakan yang sewajarnya di atas pengalaman dan kredibilitinya.

Tak lupa juga shida nak ucapkan Tahniah kepada Hero Malaya iaitu Remy Ishak dan Ezza Yusof di atas pernikahan beliau dengan pilihan hatinya, sama cantik sama padan. Semoga pernikahan dibina kekal hingga ke Jannah, berbahagian hingga ke anak cucu, Amin! Selamat Pengantin Baru.

Harap dapat lagi lah berita baik dalam bulan ni, sebab terlalu banyak berita kesedihan yang shida dengar dan baca pada post facebook. Selain berita tentang kematian kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kerana covid19 yang boleh dikatakan hari-hari ada saja, tapi tak lupa juga kepada mangsa-mangsa banjir dibeberapa kawasan dalam negara.

Tempat shida pun tak terlepas juga ada kawasan dalam kampung berdekatan dengan sungai juga turut terjejas akibat banjir kelmarin. Hujan berpanjangan bermula dari sebelah petang hingga ke tengah malam mengakibatkan banjir hingga ke paras pinggang. Kesian juga dengar, mereka tak dapat keluar rumah kerana dipenuhi air.

Banyak mangsa banjir yang terlibat, Alhamdulillah bantuan juga segera datang memberi mereka bantuan 24 jam. Nak masuk dalam kampung pun terpaksa menggunakan bot korang. Semoga mangsa-mangsa bajir tabah dengan ujian yang melanda dan semoga segala urusan semua dipermudahkan.


You May Also Like

26 comments

  1. Banjir pula.
    Apapun semoga kita tabah hadapi dugaan.
    Hehe tidak sangka Remy Ishak melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Kesian tengok banjir sana sini. Dalam keadaan pandemik ni lagi.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-9 . Semoga memimpin negara ke arah lebih baik. Semoga ALlah mempermudahkan segala Dato Seri. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah kpd DSIS & Remy Ishak..

    semoga urusan dipermudahkan bagi semua mangsa banjir..

    ReplyDelete
  5. Semoga urusan pentadbiran beliau dipermudahkan, semoga berbahagia wahai Remy Ishak dan semoga mangsa banjir semuanya tabah

    ReplyDelete
  6. Ramai yang frust jejaka malaya Remy Ishak dah tamatkan zaman bujang😅.Sekarang ni tengah tunggu turn Zul Ariffin pulak😆

    ReplyDelete
  7. Tahniah juga kepada DSIS, remy ishak & isteri dan juga elisy sandra & suami

    ReplyDelete
  8. yeaa tahniah paklong mail! hehe

    muka isteri remy ni mcm azira shafinaz je kan..

    ReplyDelete
  9. Ada banyak berita duka, tapi ada banyak juga berita gembira. InsyaAllah everything happened for a reason and hope for better, Aamin

    Anyway, tahniah Malaysia. Dapat PM baru. Semoga dapat teraju negara ke arah yang lebih baik..Aamin

    ReplyDelete
  10. Mungkin penat sangat kot Shida sampai tak boleh nak generate idea. Kot ada idea buat draft dulu. Nanti mood dan idea datang seiringan boleh sambung tulis.

    Tahniah PM ke 9 dan pengantin baru Remy Ishak & Ezza Yusof. Elisya Sandha & Uzair Haqimy pun nikah hari yang sama juga. Tahniah semuanya!

    Harap ada berita yang baik baik. Sesak nafas dengan COVID, banjir pulak melanda. Dugaan. Semoga mangsa tabah dan kuatkan semangat menghadapi segala ujian.

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas lantikan menjadi PM yang ke-9, Selamat Pengantin Baru kepada Remy Ishak dan pasangan, salam takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat Covid-19 dan salam takziah kepada semua yang terlibat dengan banjir baru-baru nie...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah dan takziah. Sekarang ni berita bersilih gantikan Shida.

    ReplyDelete
  13. semoga semua urusan dipermudahkan..
    patah hati si remy ni dah kawen wua

    ReplyDelete
  14. semoga Malaysia dikurniakan keamanan dan keharmonian selalu.

    ReplyDelete
  15. Tahniah dan takziah dalam entry yang sama. Hehe. Saya pun takde idea nak update blog. Selalu cite pasal berjalan, bila kena duduk rumah tak tau dah nak story apa. Haha

    ReplyDelete
  16. Di Penang ni pun ada tempat yang banjir. Hari-hari hujan, harini je setakat ni belum hujan.

    Terasa lesu sambutan hari kebangsaan tahun ni dengan pelbagai hal yang berlaku. Semoga Allah memberi negara kita keamanan dan kemakmuran.

    ReplyDelete
  17. kena byk rehat tu shida...

    semoga Malaysia menjadi lbh baik di bwh pemerintahan beliau..


    tahniah utk rema dan exza. barakallahulakuma

    ReplyDelete
  18. berita gembira semuanya
    apapun tahniah PM baru kita
    pengantin baru, suka hero Remy ni berlakun

    ReplyDelete
  19. Tahniahhhh Pak Long Mail! Moga terus tabah menadbir Malaysiaku dan moga diberi idea dalam melaksanakan amanah yang diberi... Yayy.. Kawen akhirnya Remy Ishakkk.. Hohoooo

    ReplyDelete
  20. Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. mama tak kisah siapa PM kita asal dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya

    ReplyDelete
  21. Tahniahhhh untuk semuanya!
    Moga moga PM baru dapat laksanakan tugasnya dengan sebaik yang mungkin.

    ReplyDelete
  22. Semoga akan ada berita-berita baik lebih banyak lagi setelah ini ya, kak ^_^

    ReplyDelete
  23. nak ngis ke mcm mna heheeee Tahniah remy ishak!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.