Dimsum Halal

by - 23:28:00

Dimsum Halal | Korang pernah makan dimsum? Shida pernah juga makan beberapakali masa time bujang dulu. Dimsum ni asal usulnya merupakan makanan tradisional China yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita, ada juga yang telah menjadikan satu makanan kegemaran.

Dimsum terbahagi kepada dua jenis iaitu dimsum goreng dan dimsum kukus. Untuk yang kukus biasanya disajikan dalam bekas bambu bertujuan agar tetap hangat saat menikmatinya. Dimsum ini juga merupakan istilah dari bahasa kantonis yang membawa maksud "makanan kecil".

Sekarang dah banyak peniaga yang menjual dimsum dan mengambil ia sebagai satu sumber pendapatan keluarga. Dengan kepelbagaian bentuk dan rasa ia mudah mendapat tempat bagi peminat pemakan dimsum. Dimsum juga merupakan makanan yang sihat kerana kaedah masakan hanya kukus dengan ramuan yang lengkap.

 

Jarang dah sebenarnya shida makan dimsum ni, rasanya last makan masa sebelum kahwin dulu lebih kurang tahun 2017/2018 camtu lupa dah tapi memang lama tak makan. Baru-baru ni shida pergi ke tempat yang biasa shida beli dimsum ni yang asalnya bukan nak beli dimsum tapi nak membeli air bigcup dengan harapan mereka masih beroperasi.

Tapi sayang mereka tutup pula hari yang shida pergi dan ternampak adik yang sama menjual dimsum tu masih berniaga. Lalu shida pun tak fikir apa beli sahaja dimsum ni sebab shida tengok dimsum masih banyak tersusun atas meja jadi tak salah lah shida beli bantu adik ni.

Encik husben kurang sikit makan so beli dua pack lain-lain flavor, mix dengan ayam and vegie. Tak sangka masih sama rasa dia, sebab masa shida beli packaging dia lain sikit. Apa yang shida suka sos dia tu ngam dengan rasa dimsum, macam sos thai rasanya. 

Korang pernah makan dimsum? sebabnya tak ramai yang suka makan makanan yang berkukus ni, lagi-lagi macam lembik-lembik je kan. Masa mula-mula shida makan ni pun okaylah boleh makan dengan berselera 😂.

You May Also Like

20 comments

  1. sedapnya..feveret ni...dah lama tk makan dimsum kaki ayam pedas..

    ReplyDelete
  2. Naniey suka makan dimsum dan biasanya makan gitu je..

    ReplyDelete
  3. kak ret suka dim sum!!
    makan panas2 lagi umph!
    Pastu cicah ngan sos pedas manis masin dia hahaha..
    Skrg byk dah org jual dim sum frozen, masak sndri kat rumah je.

    ReplyDelete
  4. sedap dimsum! sllu mkn..
    aritu try skali nk rs.. order ngn kwn..
    eh sedap pulak.. lepas tu berkali2 mkn dimsum.. haha

    ReplyDelete
  5. wak lagilah kureng byk nk mkn dimsum camni walopon halal., huhuhu

    ReplyDelete
  6. Menarik ni..yang ada orang ok je kan Shida makan makanan berkukus ni..yang ada tak boleh masuk.

    ReplyDelete
  7. Akak dan Dania memang suka makan dimsum...semalam baru dania sebut nak makan dim sum...erm..kena cari la yang frozen...area Seremban ni payah cari

    ReplyDelete
  8. Pernah jug beli dimsum ni . Memang sedap kalau digandingkan dengan sos khas dia tu

    ReplyDelete
  9. Akak suka dimsum cuma tidak selalu dapat makan.

    ReplyDelete
  10. Bolehlah makan, tapi dimsum ni kena makan panas-panas. If dah lama nanti kurang sedap. Sos pun mainkan peranan jugak

    ReplyDelete
  11. Selalu makan dimsum yang ada dalam mi je Shida. Macam BBQ honey chicken noodles The Chicken Rice shop ada letak dimsum ni. Tapi tak pernah lagilah makan jenis dimsum kukus sahaja macam ni. Sedap tu dapat makan macam ni. Lagi lagi kalau isi dalam dia dan sos sedap.

    ReplyDelete
  12. saya suka dimsum. pagi tadi ke pasaraya takde pulak yang frozen, yg selalu beli,..

    ReplyDelete
  13. mama makan juga dimsum tapi takdelah suka sgt. kalau ada mama makan je

    ReplyDelete
  14. Pernah makan sekali bila housemate paksa makan hehehe, tapi sadly tak kena dengan selera saya >.<

    ReplyDelete
  15. Ini favourite sayaaaa... selalu makan ... ada yg berguring.. kalau beli kt luo

    ReplyDelete
  16. Aaaaaa sedapnya dimsum. tengah crving ni nak kena buat atau beli siap hehe

    ReplyDelete
  17. yanie pernah mkn juga kak, sedap!

    ReplyDelete
  18. first time mama makan kat dimsum restaurant masa kat ipoh dulu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.