Potong Rambut Pendek

by - 13:00:00

 
Rambut adalah mahkota bagi seseorang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Penjagaan rambut juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan rambut kita dalam keadaan sihat dan kemas. Penjagaan rambut bagi wanita yang bertudung pasti lebih sukar!
 

Tipu sangtalah nak kata pakai tudung rambut senang urus lagi-lagi rambut yang panjang betul tak? Bila sebut penjagaan mesti berkait rapat soal syampu yang digunakan, berapa kerap kita merapi rambut dan pelbagai lagi. Kurang penjagaan rambut boleh mendatangkan pelbagai masalah terhadap rambut dan kulit kepala.

Shida sendiri mempunyai masalah dalam penjagaan rambut kerana bertudung dan situasi kerja shida yang berhadapan dengan panas dan berpeluh. Bila berniaga ni situasi adalah sentiasa melayan pelanggan ke sana ke sini maka mencurah-curah peluh keluar.

Kurang Penjagaan juga mengakibatkan rambut kusut, tidak bermaya, gugur dan gatal kulit kepala. Encik husben sampai tegur rambut shida dah semakin nipis akibat keguguran. Kadang kita usap rambut pun boleh gugur, memang stress juga nak hadap perkara ni. Memang ia terjadi bila shida dah mula bekerja dengan encik husben.

Selang beberapa hari encik husben cadangkan untuk shida Potong Rambut Pendek mungkin boleh mengurangkan masalah yang shida hadapi sekarang. Fikir punya fikir akhirnya shida setuju, bukan apa shida sayang potong rambut lagi dah panjang tapi memang perasan rambut shida semakin nipis.

Disebabkan taknak stress dengan keadaan rambut sekarang shida pun potong rambut boy cut terus hahaaa. Habis cerita! pergi saloon tak fikir apa dah terus cakap potong boy cut, terus dipotong rambut tanpa sesalan! Memang kejutan untuk encik husben sebab mulanya kata just pendek hahahaa.

Lepas potong rambut pendek kepala rasa ringan, berangin saja and no more keguguran rambut! itu yang penting. Lega sangat korang! balik dari saloon mandi apa semua, encik husben terpaku tengok shida! "eh comey juga sayang rambut pendek macam ni" pendek betul hahahaa dedua gelak! 😂😂 

Ingat encik husben tak suka, tapi mulanya memang dia kata tak kisah pendek macam mana asal selesa. Pertama kali encik husben melihat shida dalam keadaan berambut pendek macam ni heheee, kita pulak rasa pelik 😁😁


You May Also Like

18 comments

  1. Yaaa.. janji selesa.. itu penting

    ReplyDelete
  2. aritu en shuben tlg potong rambut mama.. mmg lega sgt dah pendek ni kan. ni pun rasa macam nak potong lagi kasi lg penden

    ReplyDelete
  3. Bagus tiada sesalan lepas gunting rambut.

    ReplyDelete
  4. Betul betul pendek Shida potong tu boy cut. Sesekali ubah penampilan terus. hihi

    ReplyDelete
  5. Rabia rambut panjang hehe
    Dulu rabia rambut pendek juga

    ReplyDelete
  6. rasanya lebih mudah berambut pendek bagi yang bertudung

    ReplyDelete
  7. nk jgk potong rmbut pendek..
    geram ngn rmbut gugur ni.. huhu

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka potong pendek macam laki terus. Senang. Rimas kalau rambut panjang ni, yang utama nya tak tahan rambut gugur. Boleh buat rambut palsu kalau rambut gugur ni hahaha.

    ReplyDelete
  9. Rambut panjang memang cantik , tapi perlukan lagi penjagaan yg rapi . Tapi CCL lebih suka rambut paras bahu . Takde la panas sangat

    ReplyDelete
  10. Isteri saya pun pernah gunting rambut pendek.. Ok je..

    ReplyDelete
  11. Naniey dah lama tak pergi potong rambut kat salon. Potong sendiri je sejak form 3. Duduk dalam bilik air potong diam diam, keluar dari bilik air tadaaa.. Dah potong sendiri.
    Lepas beranak ni rambut gugur lagi teruk. Simpan panjang pun macam tak panjang panjang . Akhirnya ambil keputusan untuk potong sendiri.
    Sebelum kahwin sempat juga pergi salon untuk buat rebonding. Pertama kali dalam hidup buat rebonding tapi tak tahan lama pun untuk seorang Naniey ni.

    ReplyDelete
  12. Kadang bila fikir balik potong pendek senang sikit nak jaga. hmmm kalau rambut panjang kalau takda ekstra penjagaan mmg rambut akan rosak.

    ReplyDelete
  13. Saya lebih selesa berambut pendek.. maksud saya gondol terus

    ReplyDelete
  14. Teringin nak rambut pendek..tapi x pernah lagi la so far...rasa menyesal potong sikit hari tu...jadi x cantik rambut akak...nak pi rebonding semula masih blom complete dose

    ReplyDelete
  15. Saya suka rambut pendek sebab rambut saya kuat gugur. Lagipun rambut pendek nampak muda. Cuma tulah, area rumah ni susah cari salun patuh SOP

    ReplyDelete
  16. selesa kan kak ..rasa bebas hehee

    ReplyDelete
  17. pendek lagi senang nak urus dan senang nak cuci kan. jimat shampoo

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.