Susahnya untuk KONSISTEN, ya memang betul. Ini lah yang shida alami sekarang, susah betul nak fokus lagi-lagi dah jadi ketua a.k.a majikan. Banyak perkara perlu buat, perlu ingat, perlu merangka. Tak mudah nak jaga team sebenarnya, jika gagal habiss!
Cabaran dalam hidup selalunya ada, tipu lah kata kita tak pernah hadapi apa-apa cabaran atau ujian. Kebiasaan cabaran dan ujian setiap orang atau individu ini berbeza. Ada yang mudah ada yang sukar tetapi penyelesaian tetap ada.
Harini shida paksa diri untuk menulis bukan apa, dalam dua minggu ini agak sibuk dengan kerja dan juga cover kelas team yang cuti kerana demam. Musim demam pun masih berlarutan, susah hati juga. Kesihatan masih perlu diutamakan lagi-lagi kita seorang yang bekerja.
Kes demam pun berjangkit-jangkit, lepas sorang sorang lagi demam sabar jelah! Hari ni tertaip juga satu entri jika dibiarkan mahu tak berupdate blog kesayangan ni. Bagaimana dengan kehidupan seharian korang, baik kah semuanya?
Shida doakan semuanya di dalam keadaan baik, terjaga kesihatan diri dan keluarga. Inshaa Allah shida masih praktis untuk konsisten tetapi dengan cara sendiri lah. Ada masa menaip lagi, berborak lagi dengan semua. Terima kasih sudi membaca 💕