Assalammualaikum, peace upon you.
Hadiah Button Badge dari Blogger Azhafizah | sibuk punya hal baru hari ni nak update button badge/hadiah dari blogger fiza yang shida dapat dari minggu lepas lagi. Sibuk rumah nak kenduri biasalah. Semalam pula dapat cuti khas sempena Kemangkatan Sultan perak dan Pertabalan Sultan Perak. Jadi didalam kesedihan kehilangan Sultan yang dikasihi dan disangjungi shida pula kepenatan mengemas rumah. Banyak benda nak disiapkan tapi tv memang pasang sambil-sambil memang toleh juga tv tu. Kalau dah kemas sampai kat luar rumah baru tutup tv tu sebab tak ada siapa yang nak tengok lagi, kalau biar dah jadi pembaziran pula kan. Thanks to Azhafizah owner www.azhafizah.com untuk Button Badge comel ini kerana menjadi Top Komen April 2014 di blog fiza :)
Koleksi Button Badge dari Blogger | yang bahagian atas sekali button badge shida sudah ada 3 generasi ok hehee :p yang berikutnya dari para blogger yang sangat-sangat Awesome :) agak-agak korang boleh cam tak siapa punya button dalam gambar tu? Thanks semua yang telah memberi shida peluang mempunyai koleksi yang sangat-sangat awesome bagi shida :)