Neelofa Kini Tampil Mengenakan Niqab | Subhanallah begitu cantik ciptaan Allah swt ini, bila tengok perubahan Neelofa sekarang yang sudah mengenakan niqab. Bukan senang nak senang ya wanita yang berniqab ni. Perlu istiqomah, keperibadian terunggul, menjaga tatatertib, hanya yang benar-benar inginkan perubahan seperti ini sahaja yang mampu memikulnya. Orang kata pemakaian yang seiring dengan keperibadian seseorang. Alhamdulillah syukur tengok neelofa, semoga neelofa terus dengan penampilan sempurna ini.
Rata-rata netizen atau peminat neelofa sendiri juga berbangga dengan penampilan baru wanita muslimah, diikuti dengan rakan artis juga disambut baik dengan mengucapkan "Alhamdulillah" di dalam posting di instagram neelofa sendiri. Neelofa juga ada memuat naik sebuah bingkisan untuk tontonan peminat tentang penghijrahan beliau.
Neelofa juga turut dikagumi oleh ibunya sendiri Datin Noor Kartini dan juga kakitangan syarikat perniagaan Naelofar di mana tak henti-henti mengucapkan dan berdoa kepada neelofa yang juga sumber inspirasi kepada mereka.
Tahniah Neelofa, semoga terus istiqomah 😍
























