Sudah dua hari shida gagal lagi update, setakat entri hari ini baru ada 18 entri, padahal dah masuk 26 haribulan dah. Aduhai, takpelah santai-santai saja lah kalini. Taknak push sangat nanti shida mulalah rasa serba salah dan stress saja lagi susah ada perasaan macam tu.
Ohya! korang ingat tak pada entri sebelum ni yang shida telah di amanahkan oleh mertua untuk membuat hantaran perkahwinan adik ipar shida. Hidden Hantaran Trend Masa Kini adalah pilihan adik ipar dan shida cuba untuk melaksanakannya.
Bagus sebenarnya idea untuk balut ke semua hantaran yang ada bukan apa bila open hantaran mulalah banyak makcik bawang rangers yang mula membawang pasal hantaran itu hantaran ini. Apa yang kita letak pun tak jadi masalah nanti.
Kalau shida pun suka juga hantaran macam ni, simple dan nampak lebih kemas. Shida percaya rata-rata semua pun setuju jika hantaran seperti ini menjadi pilihan bakal pengantin sekarang. Selain menjimatkan boleh mengurangkan kos-kos membeli barang untuk dijadikan hantaran.
Okay ini adalah dulang hantaran kayu yang shida balut kelilingnya menggunakan renda berwarna putih. Dulang kayu ni pun shida recycle menggunakan dulang side encik husben guna time kami kahwen tahun 2018. Tempat lapik rumput dengan polistren masih elok dan kita guna sahaja, just beli renda.
Untuk hidden hantaran adik ipar shida request untuk menggunakan kain batik sahaja. Memandangkan mertua memang banyak kain batik baru dan kebetulan pula warna dan corak hampir sama, jadi bolehlah diguna pakai. Kalau tak nak kena beli pula kain kosong jenis satin tapi pasti kos jadi lebih tinggi, kain satin kan mahal.
Inilah dia hasilnya korang, bunga-bunga pun shida recycle juga mana yang ada dan nasiblah cukup untuk 5 dulang hidden hantaran ni. Macam mana korang okay tak? Dalam kotak ni memasing memang dah terisi barang hantaran. Dalam tu shida deko juga sikit-sikit taklah terlalu heavy sebab dia duk dalam kotak kan.
Untuk box pula yang paling sesuai mengikut dulang hantaran korang tu. Macam dulang kayu shida guna ni bersaiz 29x29 cm dan kotak yang shida guna bersaiz 25x25 cm dengan ketinggian kotak 10cm jadi memang cun lah. Nak cantik hantaran tu saiz kotak kena sama je semua baru elok dan kemas.
Isian dalam 5 kotak ini ada sepasang dress, 5 helai tudung/shawl, set body mist victoria secret, 4 pasang sock dan handsock dan small handbag polo. Jadi kalau korang nak juga letak barang takmau kosong je kotak tu jadinya kena pilih barang-barang yang sesuai dan ngam masuk dalam kotak tersebut serta tak terlalu berat.
Mulanya bunga warna turqoise tu shida nak replaced dengan warna light pink tapi kira bunga-bunganya dah tak cukup so guna juga warna light turqoise ni combined pula dengan warna bunga cream ni cantik juga hasilnya.
Zaman dulu pun sebenarnya dah gunakan jenis hidden hantaran ni cuma baru sekarang trend ni muncul balik tetapi dengan sentuhan dan dekorasi lebih menarik dan cantik. Jika shida diberi peluang shida nak juga buat hidden hantaran ni untuk majlis shida hehee.