Alhamdulillah, Shida dan encik husben Selesai Cucuk Dos Kedua Vaksinasi AstraZeneca. Hari ini adalah hari ke empat shida setakat ini masih sihat walafiat korang cuma semalam alergik shida naik so badan kaki habis merah-merah selama hampir sehari. Itu yang shida tak dapat nak beraksi dalam blog.
Terima kasih Blogger SalbiahM bertanyakan khabar shida masa 2 oktober yang lalu. Okay sal shida sihat takde efek yang teruk-teruk cuma alergik shida saja yang naik. Pengalaman cucuk untuk dos ke dua sedikit berbeza dari yang pertama.
Untuk cucuk kedua ni kami Pandu Lalu (drive thru) sahaja, jadi tak perlu nak beratur panjang dan menunggu giliran hanya duduk dalam kereta dan terus ke tempat vaksinasi. Rasanya cara pandu lalu lagi cepat, mudah dan selesa.
Korang tau masa nak cucuk tu shida rasa sakit bila jarum ditekan pada bahu tak tahu kenapa. Tapi masa dos pertama tak sakit pun, mungkin shida terlalu gemuruh kot sampai rasa jarum tu berjalan masuk dalam tubuh sendiri hahahaa.
Selepas selesai dua-dua dicucuk kami diberi berehat selama 5 minit takut ada efek pantas pening atau muntah. Alhamdulillah husben okay cuma shida selepas berasa sakit tu terus pening sikit dan bahu rasa kebas dan sedikit keras.
Tamat 5 minit kami bergerak keluar dan say bye bye to Adtec sebab takkan masuk dah dalam tu hahaaa kami done vaccine! Awal lagi time habis cucuk tu kami ronda-ronda taiping cari makanlah memandang time pagi hanya minum air sahaja.
Memandangkan memang gantung periuk 3 hari jadi pada hari pertama vaksin husben ajak tapau makan di Restoran Sejati. Kat situ banyak pilihan lauk pauk yang disediakan, siap tapau kami berkelah dekat taman tasik, syok sangat sebab angin berderu je duduk bawah pokok-pokok rendang ni.
Pertama kali berkelah dengan encik husben tanpa sengaja nasib lah time tu tak panas redup je dan yang paling best kat situ semua datang lepak dan makan hahaha jadi tak lah segan sangat bukan kami je yang datang lepak dan makan 😂😂
Selesai semuanya balik mandi dan shida sapu minyak habbatusauda mak shida yang bagi, hilang sakit dan lenguh-lenguh masa cucuk tadi. Sehingga ke harini shida sihat walafiat dan cuma alami alergik sahaja.
Inilah pengalaman dan kenangan yang akan selalu kami berdua ingat, cucuk vaksin, pergi berkelah dan cuti lama-lama sempena vaksin hahahaa sampai gambar pun tak sempat nak ambil korang nak buat kenangan disebabkan pandu lalu. Semoga baik-baik sahaja selepas ini, kita sama-sama Amin kan ya korang 😊

