Assalamualaikum, peace upon you.
Salam Ramadhan shida ucapkan kepada semua bloggerian terutama kawan-kawan blogger yang rapat dengan shida , sentiasa ada bersama shida ketika susah dan senang kita bersama-sama. Terima kasih! dikesempatan ini juga shida nak memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hinggalah hujung kaki jika selama shida berbloging shida ada menyakitkan hati orang, buat orang terasa dan sebagainya mohon ampun sepuluh jari. Dibulan yang baik ni sama-samalah kita beramal dan membuat kebajikan. Ingat puasa penuh ya semua! hehe jangan ponteng-ponteng eh hehee^^ peace >.<
shida baru lepas tengok pengisytiharan PUASA 2011 pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramdhan kat tv1 tadi. yay! esok puasa seronoknya rasa ^_^
Ertinya Puasa
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Wajib PuasaSah Puasa
- Islam
- Mukalaf
- Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
- Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
- Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
- Suci dari haid dan nifas.
- Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
- Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).
Membatalkan Puasa Sekiranya
- Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Mengeluarkan mani dengan sengaja.
- Haid atau nifas.
- Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
- Murtad (keluar dari Islam).
- Gila (hilang akal).
Pantang-larang puasaIaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
- Berdusta, berbohong.
- Mengumpat, mengata orang.
- Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan
- Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
- Marah.
" Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Beramal :) "