Langsir Baru Untuk Rumahku Syurgaku | Hai korang! okay kali ni shida nak ajak ngobrol atau berbual-bual tentang langsir dirumah korang. Ini bukan entri berbayar tau! Entri ini diwujudkan untuk membuat sedikit kenang-kenangan tentang langsir-langsir disetiap rumah yang shida diami. Entri ini para isteri mesti suka kan, sebab sebenarnya shida pun suka juga sembang soal langsir rumah ni.
Kalau korang ingat lagi lah, pada entri tak silap dalam bulan februari yang shida pernah cerita soal langsir baru yang bakal shida ganti untuk rumah sewa shida ni. Walaupun rumah hanya sewa tapi sejenis shida ni pasti nak nampak sedap mata memandang bila melihat rumahku syurgaku ini dan kalini shida memilih mereka ini untuk membuat langsir baru untuk rumah shida.
Shida menempah langsir ini dari Fateha Home Deco dari Ipoh, mulanya masa nampak iklan mereka di facebook rasa terus berkenan melihat dari feedback customer cara mereka melayan customer dan shida yakin dengan kepakaran mereka. Selepas shida pm dan sambung ke whatsapp sembang punya sembang shida bersetuju lebih kurang seminggu juga untuk berfikir dan berbincang dengan husben shida.
Selepas setuju mereka pun datang ke rumah untuk membuat perbincangan dari segi harga, melihat bahagian-bahagian mana yang shida perlu mengenakan langsir penuh atau pendek. Selain tu juga mereka membawa sekali sampel kain untuk shida lihat dan pilih. Masa ni kan rasa sangat-sangat teruja, pilih untuk membuat padanan mengikut warna atau cat dinding rumah ni.
Mudah dan simple itu pilihan shida, tak nak yang terlalu heavy atau sarat sangat. Lagi pun rumah ni masa shida sewa memang takda rail langsir, cuma ada bahagian sliding door sahaja. So mereka juga ada perkhidmatan pemasangan rail,fuh! lega. Ruangan yang shida pilih untuk mengenakan langsir adalah bahagian sliding door (pintu utama), tingkap depan, laluan antara ruang tamu dan ruang tengah, pintu bilik, haa bahagian-bahagian ini shida pasang langsir penuh.
Setelah bersetuju shida memilih untuk membuat dua warna untuk sliding door dan yang lain satu warna sahaja. Warna pilihan shida adalah blue black + grey (main color blue black) untuk sliding door berserta langsir putih tu, yang lain tu guna satu color je blue black sahaja. Bahagian lain tu seperti tingkap dapur + bilik belakang + ruangan laundry shida hanya guna lansgir pendek sahaja.
Sebenarnya selepas mereka datang bincang dan ukur tu mengambil masa lebih kurang sebulan juga untuk siap langsirnya. Shida yang minta selepas sebulan sebabnya nak pasang biar hampir-hampir masuk bulan raya. Langsir ni siap pasang lagi dua minggu nak puasa, so mereka datang drill rail baru dan siap pasang langsir haaa mudah kerja kita tak payah nak bersusah-susah pasang 😂
Harga mahal tak? Ermm shida tak pasti ia mahal atau tak sebabnya harga shida siap dengan pemasangan dan tambah rail baru, boleh dikatakan semua part dalam rumah ni pasang rail langsir baru. Harga siap semuanya adalah RM 1220.00 kalau ikut shida macam murah juga, sebab bukan sekadar langsir sahaja tapi sekali pemasangan rail langsir. Okay tak korang rasa?
Selepas melihat hasil langsir dan kerja mereka memang tip top shida sangat rekeman kepada kawan-kawan terdekat untuk menempah langsir dengan mereka ini. Shida pun ada berhajat untuk buat sepasang lagi langsir untuk buat tukar-tukar tapi kemungkinan tahun depan jelah. Korang rasa color apa lagi yang menarik dengan dinding color shida ni 😁.
Jika jadi nanti shida update dalam entri ya, so tahun ni dapat lah langsir raya walau takde orang pun datang rumah beraya kecuali keluarga shida sendiri hehee. Inshaa Allah jika diberi rezeki lebih untuk ada rumah sendiri, memang akan guna khidmat mereka lagi.