Langsir Baru Untuk Rumahku Syurgaku

by - 10:00:00

Langsir Baru Untuk Rumahku Syurgaku | Hai korang! okay kali ni shida nak ajak ngobrol atau berbual-bual tentang langsir dirumah korang. Ini bukan entri berbayar tau! Entri ini diwujudkan untuk membuat sedikit kenang-kenangan tentang langsir-langsir disetiap rumah yang shida diami. Entri ini para isteri mesti suka kan, sebab sebenarnya shida pun suka juga sembang soal langsir rumah ni.

Kalau korang ingat lagi lah, pada entri tak silap dalam bulan februari yang shida pernah cerita soal langsir baru yang bakal shida ganti untuk rumah sewa shida ni. Walaupun rumah hanya sewa tapi sejenis shida ni pasti nak nampak sedap mata memandang bila melihat rumahku syurgaku ini dan kalini shida memilih mereka ini untuk membuat langsir baru untuk rumah shida.

Shida menempah langsir ini dari Fateha Home Deco dari Ipoh, mulanya masa nampak iklan mereka di facebook rasa terus berkenan melihat dari feedback customer cara mereka melayan customer dan shida yakin dengan kepakaran mereka. Selepas shida pm dan sambung ke whatsapp sembang punya sembang shida bersetuju lebih kurang seminggu juga untuk berfikir dan berbincang dengan husben shida. 

Selepas setuju mereka pun datang ke rumah untuk membuat perbincangan dari segi harga, melihat bahagian-bahagian mana yang shida perlu mengenakan langsir penuh atau pendek. Selain tu juga mereka membawa sekali sampel kain untuk shida lihat dan pilih. Masa ni kan rasa sangat-sangat teruja, pilih untuk membuat padanan mengikut warna atau cat dinding rumah ni.

Mudah dan simple itu pilihan shida, tak nak yang terlalu heavy atau sarat sangat. Lagi pun rumah ni masa shida sewa memang takda rail langsir, cuma ada bahagian sliding door sahaja. So mereka juga ada perkhidmatan pemasangan rail,fuh! lega. Ruangan yang shida pilih untuk mengenakan langsir adalah bahagian sliding door (pintu utama), tingkap depan, laluan antara ruang tamu dan ruang tengah, pintu bilik, haa bahagian-bahagian ini shida pasang langsir penuh.

Setelah bersetuju shida memilih untuk membuat dua warna untuk sliding door dan yang lain satu warna sahaja. Warna pilihan shida adalah blue black + grey (main color blue black) untuk sliding door berserta langsir putih tu, yang lain tu guna satu color je blue black sahaja. Bahagian lain tu seperti tingkap dapur + bilik belakang + ruangan laundry shida hanya guna lansgir pendek sahaja. 

Sebenarnya selepas mereka datang bincang dan ukur tu mengambil masa lebih kurang sebulan juga untuk siap langsirnya. Shida yang minta selepas sebulan sebabnya nak pasang biar hampir-hampir masuk bulan raya.  Langsir ni siap pasang lagi dua minggu nak puasa, so mereka datang drill rail baru dan siap pasang langsir haaa mudah kerja kita tak payah nak bersusah-susah pasang 😂

Harga mahal tak? Ermm shida tak pasti ia mahal atau tak sebabnya harga shida siap dengan pemasangan dan tambah rail baru, boleh dikatakan semua part dalam rumah ni pasang rail langsir baru. Harga siap semuanya adalah RM 1220.00 kalau ikut shida macam murah juga, sebab bukan sekadar langsir sahaja tapi sekali pemasangan rail langsir. Okay tak korang rasa?

Selepas melihat hasil langsir dan kerja mereka memang tip top shida sangat rekeman kepada kawan-kawan terdekat untuk menempah langsir dengan mereka ini. Shida pun ada berhajat untuk buat sepasang lagi langsir untuk buat tukar-tukar tapi kemungkinan tahun depan jelah. Korang rasa color apa lagi yang menarik dengan dinding color shida ni 😁. 

Jika jadi nanti shida update dalam entri ya, so tahun ni dapat lah langsir raya walau takde orang pun datang rumah beraya kecuali keluarga shida sendiri hehee. Inshaa Allah jika diberi rezeki lebih untuk ada rumah sendiri, memang akan guna khidmat mereka lagi.


You May Also Like

36 Jari Ohsem

  1. Cantik langsir dan rumah. Tona gelap dan cerah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih faris..rumah teres biasa je 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahaa..Alhamdulillah sedap mata memandg..

      Delete
  3. Murah sebab termasuk kain buat langsir.
    Alhamdulillah cantik.

    ReplyDelete
  4. Cantikk lah kombinasi warna grey dengan blue black untuk sliding door tu kak shida! Dinding putih. Memang cantikkkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinding kak shida ni sebenarnya softblue atiqah..dlm gmbar putih pulak..tq 😊

      Delete
  5. Harga RM1220 tu bagi Kak Amie ok sangat Shida. Puas hati sebab orangnya datang ke rumah, tengok tingkap, bincang, pasang rail semua tu. Rezeki raya dapat harga begitu heheheee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia buat a to z Alhamdulillah kak Amie..siap psg kan lg..mudah keje mak..hehee

      Delete
  6. 1200 kira murah jugak tu shida sbb sekali dgn kain dan rail kan?? nice color.. kaler org zaman skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.a sekali kain,psg rail..dan psg lgsir..depa pula dr ipoh..minyak..tol lg..

      Delete
    2. Haruslah tolong promote seller mcm ni kan? semoga ada yg menggoogle jumpa kedai diorg dr blog shida ni

      Delete
  7. Cantik, asal satu warna gelap, satu lagi warna pastel mesti ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pc tgk dr album gmbar2 dia. Bkenan tgk combination dua warna ni..

      Delete
  8. taksabarnya nak duduk rumah sendiri 🥺 nak deko rumah mcm nihehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah..kak doa kn 😊 kak pn deco juga wlau rumah sewa..

      Delete
  9. waa langsir raya shida cantik. berbaloi rm1200 tu

    ReplyDelete
  10. Cantik shida. Berbaloi harga tu sebab complete semua proses siap datang rumah lagi

    ReplyDelete
  11. 1220 tu kira berbaloi sangat tuk langsir seluruh rumah. warna dia pun lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi ya? Alhamdulillah lega dgr :) tq eca!

      Delete
  12. Cantik nyaaa kak. Okay je harga tuu. Hehe ibu nadya penah beli langsir siap pasang rm2K lebih cmtuu tapi tuu zaman beberapa tahun yg lepas la. Zaman skng mesti lagi mahal tu 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau murah dan berbaloi..lega skit hehee :) tq nad!

      Delete
  13. Cantik betul gabungan warna langsir tu, Shida :)

    ReplyDelete
  14. Ok rasanya harga tu.. sekali pemasangan

    ReplyDelete
  15. Wahhh cantik kombinasi warna blue black dan kelabu! Nice sangat kak shida!!!

    ReplyDelete
  16. Cantik langsir Shida. Kombinasi warna sesuai sangat. Okay lah harga tu sekali pasangkan.

    ReplyDelete
  17. Harga yang berbaloi tu Shida.. Sebab termasuk pemasangan rail baru kan..
    Sha sukalah kombinasi warna yang Shida guna tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.