Shida Kembali!

by - 07:00:00

Allahuu, lama betul shida bercuti dari menulis dalam blog ni. Maaf maaf korang! Entahlah! dari bulan puasa lagi shida dah mula kurang menulis dalam blog ni. Bukan malas atau sengaja takmau menulis dan menaip. Cuma kekangan masa dan tenaga sebenarnya, cuma dapat lah 2 3 entri yang shida buat auto publish sebenarnya.

Seperti yang korang sedia maklum, sepanjang bulan ramadhan ni shida berniaga, membantu dan menjana ekonomi mak sebenarnya. Memandangkan masa tu covid19 tengah berleluasa jadi shida tak bagi mak keluar berniaga di bazar ramadhan, hanya shida dan adik-adik sahaja yang berniaga. Mak hanya duduk rumah dan memasak, memang sepanjang bulan puasa ni shida menikmati kepenatan yang terlampau. huhu

Mesti ada yang tertanya kan tentang pusat tuisyen shida, sepanjang bulan puasa pusat hanya beroperasi sebelah malam sahaja. Jadi petang tu shida free tu yang decide untuk bantu mak sepanjang bulan puasa ni. Alhamdulillah selama 23 hari kami berniaga dapat lah mak bonus, menyimpan sikitkan. Shida pun bantu mak tak ambil upah, hanya minta mak lauk lebihan yang tak habis tapau untuk berbuka dengan husben kat rumah.

Menjadi dalam sejarah shida tak masak pun sepanjang bulan puasa huhuu. Memang tak terkejar nak masak sebab sibuk urus bazar dan pusat tuisyen pula. Pagi pun kadang-kadang teman adik beli barang untuk masak pula. Haihh, kalau korang baca mesti rasa sibuk benar si shida ni kan 😂😂

Yes! Shida Kembali korang! kembali untuk menulis setelah tamat berehat selama 13 syawal hahaha. Ampun ya rehat lama sebab balas dendam balik masa time berpuasa tu shida allout korang! tetapi nikmat penat yang berbalas 😍😍 Alhamdulillah syukur atas rezekinya yang tak terjangka. Husben shida pun baru semalam mula berniaga semula, lama juga berehat bersama hahaha.

Dah terlalu lama meninggalkan blog, nanti kan kehadiran shida ke blog korang ya! shida akan blogwalking ke blog blog feveret shida semestinya korang yang tak putus-putus datang berkunjung walau shida tak update blog! sangat-sangat terharu tau, siapa? korang lah yang tengah baca entri ini sehingga habis. Terima kasih korang! sayang korang semua 💋💋

You May Also Like

22 Jari Ohsem

  1. Walaupun belum sangat mengenali puan tapi gembira apabila puan kembali berblog.

    ReplyDelete
  2. Takpe Shida perlahan-lahan bangkit menulis kembali :)

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali bersiaran Shida!

    ReplyDelete
  4. Yeyyy. Selamat kembali Shida.

    ReplyDelete
  5. yeay.... selamat kembali.... :)

    ReplyDelete
  6. Welcome backkkkk kak shida! :D

    ReplyDelete
  7. yeayyy welcome back kak shida.. tq jejak my blog tau <3

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. dpt tlg mak berniaga.. penat yg berbaloi!

    welkam back shida.. sy pon bru timbul kat blog ni..
    lama sgt tenggelam.. haha

    ReplyDelete
  9. welcome back kak. semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  10. Yeah.. Dah kembali. Macam retis buat comeback. Hehe. Takpe, kalau penat kita berehat. Itulah lumrah manusia.

    ReplyDelete
  11. Welcome back . Tak terlambat lagi nak ucap salam syawal

    ReplyDelete
  12. welcome back!! Alhamdulillah dapat membantu mak di bulan puasa...

    ReplyDelete
  13. Wah sibuk sangat. Takpe sibuk bermanfaat.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dapat juga berbakti dan tolong mak shida. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Welcome back Shida. pasni laju update entry :)

    ReplyDelete
  15. yeah!! Welcome back.. Selamat Hari Raya Aidilfitri

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat berniaga bazar ramadan

    ReplyDelete
  17. sama lah bulan puasa ni memang tak menang tangan siapkan kerja di office. Alhamdulillah kak shida dapat bantu mak akak berniaga. Semoga murah rezeki akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  18. baca entry ne, rindu melampau-lampau nak berblog semula. doakan eca tau!

    ReplyDelete
  19. Yeay welcome back!!! Cik TK pun tenggelam timbul ni.. haihh~

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.