Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021

by - 00:30:00

 

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021 | Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu - 1 Mei 2021. Bila tengok tagline yang dah viral ni, memang sungguhlah dah setahun lebih kita mengharungi covid19 ini dengan kesabaran dan pelbagai musibah yang menimpa sepanjang kita mengharunginya. 

Sepanjang pendamik covid19 ini memang ada insan-insan terdekat yang terkesan dengan wabak ini, ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan pekerjaan dan ada juga ahli keluarga yang menjadi sebahagian daripada barisan hadapan. Jadi memang tepatlah tagline tersebut "Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu.

Dalam perjalanan menjalani pendamik ini, banyak perubahan yang ketara berlaku dalam kehidupan kita, ada yang positif dan ada juga yang negetif. Agaknya sampai bila ya kita nak hidup bersama covid19 yang tak habis-habis. Gelombang kes sentiasa ada, bilangan kes setiap hari semakin naik. 

Apa yang peranan kita untuk menentang virus covid19 ini? Ya! patuh lah SOP memang ramai je dah tak endah dan tak patuh sebenarnya. Yang ada kesedaran teruskan patuh, moga kita semua dilindungan Allah swt. Harini sabtu jatuhnya 1 Mei 2021, Pusat Tuisyen tutup sehari dan akan beroperasi semula pada esoknya hari ahad 2 Mei 2021. Walaupun harini cuti tapi petang sat lagi tetap berniaga demi membantu emak dan adik shida. 

Alhamdulillah, walaupun penat tapi penat yang sangat menggembirakan, kenapa gembira? gembira dapat jual lauk pauk fresh untuk orang-orang yang datang membeli. Kebanyakan yang datang membeli semua sebahagian dari barisan hadapan yang tak sempat memasak kerana bertugas sehingga malam. Bila bertanya "tak sempat masak shida, kerja hari ni" sebegitulah hari-hari.

Seronok dapat bantu orang dan secara tak langsung orang bantu kita juga. Biasa kalau lauk tak habis tu kan shida pack-pack bagi lah dekat jiran-jiran yang berniaga bersama. Tak lah membazir buang macam tu saja. Esoknya masak lauk baru, hari-hari lauk baru dan berbeza-beza menunya. Alhamdulillah syukur seadanya! Selamat hari pekerja korang! Selamat bercuti dan beristirehat ya 😀


You May Also Like

0 Jari Ohsem

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.