GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

by - 02:32:00

 

Giveaway Ramadhan By Shfyqhazhr.com | Alhamdulillah pejam celik kita dah menghampiri pertengahan ramadhan. Bersyukur dah masuk Ramadhan ke 18 sekejap je rasa kan, walaupun sehari-hari penuh dengan kepenatan  kerja hakiki tetapi masih menikmati bulan puasa dengan baik. Salam Nuzul Al-Quran juga bagi yang beragama Islam.

Okay merujuk kepada tajuk entri shida nak join giveaway dari rakan blogger kita iaitu Blogger Shafyqah Azahar. Best tau kalau join mana-mana giveaway mesti antara sebab dan asbab adalah nak berkongsi rezeki, Alhamdulillah. Jom korang join giveaway shafyqah dan tamat nya adalah hari ni 30 April 2021,nasiblah sempat shida nak join

Dalam syarat giveaway perlu nyatakan apa impian raya untuk tahun ini. Impian raya shida untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya adalah dapat berkumpul dengan semua adik beradik ipar duai duduk serumah meraikan Aidilfitri yang mulia ini. 

Cuma setakat ini impian masih belum tertunai, lagi-lagi perayaan kita dalam norma baharu dan rentas negeri masih tidak dibenarkan. Adik dan abang shida yang berada di Kuala Lumpur tu dah dua tahun tak balik beraya bersama kami sekeluarga. Mak kalau terkenang memang menangis rindukan anak dan cucu dia. Apa boleh buat bersabar jelah, mudah-mudahan covid19 cepat terhapus dari muka bumi ini. Amin!


You May Also Like

20 comments

  1. Masuk ini tahun ke-2 juga dua orang adik tidak dapat balik ke Malaysia.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Impian semua orang nak beraya bersama dengan keluarga. Dah 2x tak dapat beraya bersama keluarga disebabkan covid. sedih betul

    Apapun semoga ada rezeki Shida menang GA ni. Aaminn...

    ReplyDelete
  3. Goodluck kak
    Semoga covid ni cpt hilang

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya.. 💪🏼

    ReplyDelete
  5. ha baru pasan due date dia arini.. nasib sempat join juga hehe gud luck shida :)

    ReplyDelete
  6. tulaa kan dua tahun berturut raya pkp ja huhu

    anyway, all da best Shida :)

    ReplyDelete
  7. Goodluck and all the best kak shida! ^^

    ReplyDelete
  8. Good luck!! Salam Nuzul Quran..

    ReplyDelete
  9. Mak akak pun asik la tanya, boleh balik tak agaknya ya?
    Sedih pulak nak jawab. Tapi kena jawab jugak, dari mak mengharap benda tak pasti.

    Good luck Shida.

    ReplyDelete
  10. harap harap raya haji nanti dapat berkumpul kan?

    terima kasih join Giveaway Ramadhan by Shfyqhazhr.com :)

    ReplyDelete
  11. Ala tak sempat join. Menang tak?

    ReplyDelete
  12. Teringat pula dekat filem Puteri Impian hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.