Kesan Pendamik Mendorong Orang Mula Berniaga Demi Tingkatkan Ekonomi Diri

by - 06:37:00

Kesan Pendamik Mendorong Orang Mula Berniaga Demi Tingkatkan Ekonomi Diri |  Bercerita tentang berniaga, memang ada ya sesetengah orang yang menampung perbelanjaan diri dan keluarga dengan berniaga. Ada juga menjadikan berniaga ini adalah satu sumber pendapatan tetap diri. Shida juga adalah salah seorang anak dan isteri kepada seorang yang berniaga.

Suami shida juga selepas berkahwin mula berniaga sehingga sekarang. Mak dan ayah juga seorang yang berniaga kehidupan kami sekeluarga ditampung oleh pendapatan dari berniaga sahaja, Alhamdulillah sehingga sekarang kami semua di dalam keadaan serba ada walau tak semewah mana pun.

Sejak kita di dalam kesan pendamik covid19 ini, dah ramai orang memilih untuk memulakan berniaga demi tingkatkan ekonomi diri dan keluarga. Alhamdulillah! berniaga juga adalah salah satu sunnah nabi yang kita ikuti, dalam islam juga kita digalakkan untuk berniaga tetapi bagaimana nak mula? Persediaan bagaimana yang perlu kita bersedia? Shida kongsikannya disini.

 

Semua Orang Boleh Mula Berniaga Untuk Tingkatkan Ekonomi Diri.

Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini. Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.


Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.


“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.

“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini.

RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 secara langsung.

RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. 

Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. 

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.


Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI.

MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. "MESTI" ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup.


Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.

Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran terus menerusi laman website untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini di www.BinaBisnesBerjaya.com . Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang! 
 

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL
Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 
 
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 
 
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

 

TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author.  
 
Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.
 
 

Harapan shida dengan perkongsian ini dapat membuka jalan kepada orang ramai dimana berniaga ini dapat membantu ekonomi dan memberi pendapatan yang lumayan. Dengan bimbingan dan program yang disediakan oleh Team RichWorks dapat membuka jalan dan peluang kepada orang ramai yang ingin mula berniaga. 

Jangan lepaskan peluang kerana program ini dibimbing oleh seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya iaitu Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Untuk keterangan lebih lanjut tentang program percuma ini dan ingin mendaftar boleh layari www.binabisnesberjaya.com sekarang!

 

Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
Laman web: www.richworks.com
Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my ; omkarini.rich@gmail.com ; azrin.richworks@gmail.com
 
 

You May Also Like

20 comments

  1. Alhamdulillah.. Ramai yang struggle sejak pandemik ni. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.. Nak bermula ni macam2 cabaran tapi dengan adanya sokongan dan kesabaran, inshaAllah.. Tak mudah nak senang.

    ReplyDelete
  2. K ret mmg xde skill berniaga... 😅 Pernah try online baju2 baby tp pastu mls hehehe.. Tp kalau pomot brg org kemain ko jd rajin 🤣

    ReplyDelete
  3. Berniaga ni perlu ada ilmu, kesungguhan, konsistensi, sokongan dan sebagainya. Tidak boleh terjah begitu sesuka hati. Dulu saya dah isteri pernah buka sekejap kedai pakaian perempuan, kemudian tutup. Rugi. 😔😔😔

    ReplyDelete
  4. sebelum mula berniaga tu ada eloknya kite cari ilmu berniaga dulu...

    ReplyDelete
  5. Betul kena ada ilmu yang betul untuk berniaga.

    ReplyDelete
  6. mmg bgs melihat ramai menceburkan diri dlm perniagaan sejak akhir2 ni...cuma tu laa...kita nk berniaga ni bukan setakat menjual je. atau sbb rs nak menjual. at the end kite yg kena makan or simpan stok yg tak habis tu...ilmu berniaga sgt penting. sbb ia lbh drpd sekadar 'berniaga'

    ReplyDelete
  7. semoga pandemi ini lekas berlalu, senang melihat orang-orang tetap semangat berjuang walau dalam keterbatasan..

    ReplyDelete
  8. bagus ni dapat membantu mereka yang berniaga, tambah ilmu di dada
    betul, kehidupan kita sejak covid ni banyak struggle
    semoga kita semua terus kuat melalui apa saja yang kita lalui

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya pada mereka semua

    ReplyDelete
  10. Kena ada ilmu untuk berniaga ni . semoga dimurahkan rezeki peniaga2

    ReplyDelete
  11. Wah bagus program macam ni! boleh bantu peniaga untuk bangkit!

    ReplyDelete
  12. Saya suka bisnes tapi biasa tak lama hehehe sebab tak ada ilmu mana and tak ada skill.

    ReplyDelete
  13. Bagus program macam ni, orang yang baru nak bejina-jinak dengan perniagaan elok sangat lah join, dapatkan ilmu berniaga yg betul

    ReplyDelete
  14. Ramai dah mula berniaga sejak covid ni. Semoga bisnes mereka berkembang maju dan mendapat pulangan yang banyak untuk pendapatan mereka. Aaminnn

    ReplyDelete
  15. Zaman sekarang ini nak berniaga perlu ada ilmu yg perlu kita selongkar dulu baru boleh memulakan perniagaan kan

    ReplyDelete
  16. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  17. Berniaga ni dah macam satu kemestian sekarang ni... yang penting perlu yakin dan gigih berusaha

    ReplyDelete
  18. sekrg mode survival kan.. semoga semua business boleh maju.. boleh timba ilmu dgn richwork ni

    ReplyDelete
  19. bila berniaga ada ilmu, InsyaAllah pasti berjaya..

    ReplyDelete
  20. betul kak setuju..yanie pun mula berniaga dah skg :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.