Bazar Ramadhan 2021 | Senarai Bazar Larut, Matang & Selama

by - 22:11:00


Bazar Ramadhan 2021 | Senarai Bazar Larut, Matang & Selama | Maaf korang lama betul shida tinggal blog dan blogwalking sejak-sejak masuk bulan puasa ni. Maaf lah ye! Shida macam tak cukup masa saja nak blogwalking tapi shida cuba sedaya upaya. Update pun berselang seli nampaknya korang, yerlah shida tak share dengan korang pun kan yang shida bantu mak dan adik berniaga di bazar ramadhan di kawasan shida ni.

Memandangkan mak tak dapat berniaga di sebelah pagi kerana puasa. Jadi mak tukar sesi berniaga di sebelah petang. Sebenarnya tak masuk pun dalam bazar ramadhan kawasan sini, kami berniaga di tapak sendiri, tempat mak niaga sebelah pagi tu. So jimat sikit tak perlu bayar duit tapak kan, kalau masuk tapak dalam bazar kena bayar tapak tersebut.

Memandangkan tuisyen disebelah petang semua di ubah masuk ke kelas malam, so petang-petang shida free tu yang decide untuk tolong mak waktu petang jual kuih dan lauk pauk. Kalau dak duk berlenggu lah dalam tuisyen tu sebelah petang tak tahu nak buat apa kan. Alhamdulillah penat yang bermanfaat! tak ada ganjara apa pun yang dipintan melainkan pahala menolong mak sendiri sahaja.

Nak ikutkan banyak menunya cuma gambar tak dan nak ambil sibuk sangat orang nak membeli hahaa. Shida ni kalau buat kerja memang fokus, takkan pegang hp punya melainkan orang call, ni gambar semua dari adik. Alhamdulillah jualan amat menggembirakan. Terima kasih kepada pembeli dan ada juga yang hari-hari membeli juadah kami (makcik honda). Kuih muih ni kebanyaknya orang letak (kawan-kawan mak). Selain dari itu, menu lauk pauk, bakar-bakar dan western kami anak beranak yang masak.

Lokasi Bazar Ramadhan Larut, Matang & Selama (LMS) :

  1. Bazar Changkat Jering Taiping
  2. Bazar Simpang Taiping
  3. Bazar Larut Tin Taiping
  4. Bazar Kamunting Taiping
  5. Bazar Batu Dua 1/2
  6. Bazar Arked Mara Taiping
  7. Bazar Pekan Ijok
  8. Bazar Pekan Batu Kurau
  9. Bazar Bukit Gantang
  10. Bazar Pekan Selama
  11. Bazar Pekan Rantau Panjang
  12. Bazar Pekan Sungai Bayor
  13. Bazar Taman Kaya

Setakat ni kami cuti hari selasa sahaja, hari lain buka dan operasi seperti biasa 3.30 hingga 7 petang. Seronok tau berniaga ni, walau letih puas hati. Lagi-lagi mak dan adik yang masak, hari-hari lauk fresh tak ada yang perangat. Biasa lauk-lauk yang tak habis bungkus-bungkus sedekah pada makcik-makcik kuih yang letak pada mak, sebegitu lah hari-hari.

Itu yang shida sampai tak dan nak urus blog ni, dapat tengok sekejap-sekejap sahaja. Habis niaga lepas berbuka sambung urus tuisyen pula. Hari ni pun lewat baru dapat update blog kesayangan huhuu. Inshaa Allah esok cuti (selasa) boleh lah sesi melawat blog korang dan esok juga shida akan pos ke semua hadiah giveaway shida tempoh hari & hadiah geng kuat komen (jan-mac). Moga sampai dengan selamat ke tangan penerima. 


You May Also Like

20 Jari Ohsem

  1. Assalamualaikum.. seronoknya tengok bazar Ramadhan. tapi tahun ni SS berazam tak jejak bazar... risau laa dengan wabak menular ni sekarang.

    ReplyDelete
  2. Semoga jualan Shida dan mak laku keras.

    ReplyDelete
  3. Meriahnyaaa menunya kak shida hehehe.
    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya makan. Rambang mata.

    ReplyDelete
  5. Bestnya lauk fresh setiap hari. Kuih muih pun banyak pilihan.

    ReplyDelete
  6. jauh plak kedai makcik esah ni, klu dekat bole jadi regular customer

    ReplyDelete
  7. Senang berniaga di tapak sendiri dan bukan dalam Bazaar. Orang nak membeli pun senang tak payah sesak ke bazaar tu. Semoga bisnes bulan Ramadan ni laris dan bertambah pelaggan membeli. Aaminn..

    ReplyDelete
  8. Meriah menu tu.. bazar Ramadhan sini x ramai yg Join.. kebanyakan org dah ada kedai tersedia mereka jual kat situ juga

    ReplyDelete
  9. Lauk lauk kedai mak akak pasti sedapkak. Kuih muih banyak variasi pilihan. GV doakan semoga akak sekeluarga sentiasa murah rezeki. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  10. Bazar Ramadan memang menarik.. banyak menu yag jarang jumpa pun ada kat sini Semoga murah rezeki semua peniaga bazar Ramadan.

    ReplyDelete
  11. Meriahnya.. Puas hati kan walaupun penat. Kepuasan yang sukar digambarkan

    ReplyDelete
  12. bestnya ada bazar ramadhan, sini takda huhu

    ReplyDelete
  13. Seronok berniaga, dulu2 pernah niaga bulan puasa, niaga baju raya. Hehe 12 thn yang lalu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.