Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak | Lafaz Niat Puasa Harian & Sebulan

by - 20:33:00

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak | Lafaz Niat Puasa Harian & Sebulan | Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua kita di Bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan yang dinanti seluruh umat islam serata dunia. Apa itu puasa? Maksud dan pengertian Berpuasa adalah "Menahan Diri". 

Dari segi istilahnya syarak berpuasa bermaksud Menahan diri daripada makan dan minum serta menahan dari melakukan perkara-perkara yeng boleh membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari beserta niat.

Jika berpuasa mestilah kena ada lafaz niat, masih ingatkah niat puasa yang selalu mak ayah kita ajar dulu. Sekarang dah tiba masanya kita mengajar anak- anak berniat pula. Terlupa niat puasa bagaimana? Jom baca ayat di bawah.

 

 1. Lafaz Niat Puasa Harian :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى
 
  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

    

2.  Lafaz Niat Puasa Sebulan :

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

 

Di sini shida mengucapkan kepada semua yang beragama islam terutama kawan-kawan blogger shida, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Mohon maaf jua atas salah dan silap akan tuturkata dalam setiap dalam penulisan saya.

Moga Ramadhan kali ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk melaksanakan amal ibadah dengan sebanyaknya dan sebaik mungkin Inshaa Allah. Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa | Marhaban Ya Ramadhan.


You May Also Like

22 comments

  1. Memang pasang niat sebulan dan hari-hari.

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa kak shida dan sekeluarga! :)

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat berpuasa. Mari sama² kita cuba jadikan Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Amin. 🤲🏼

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa Shida :)

    ReplyDelete
  5. * ps: niat puasa harian dalam tulisan Arab ketinggalan ayat SYAHRI.

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa 🌹🌹🙏🙏

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadan.
    Selamat menjalani ibadah puasa & terawih.
    Semoga dipermudahkan segala urusan. Take care & Stay Safe

    ReplyDelete
  9. Ramadan Mubarak! Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya :)

    ReplyDelete
  10. ramadhan kareem buat shida sekeluarga semoga ramadhan kali ini terbaik buat kita

    ReplyDelete
  11. Marhaban Ya Ramadhan Shida

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa dan selamat berbuka kak. hihi.

    ReplyDelete
  13. Salam Ramadhan kak :)
    Selamat Berpuasa!

    ReplyDelete
  14. Selamat menyambut ramadhan dan menjalankan ibadah puasa

    ReplyDelete
  15. salam 6 ramadan buat shida sekeluarga di sana... ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.