Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak | Lafaz Niat Puasa Harian & Sebulan | Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua kita di Bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan yang dinanti seluruh umat islam serata dunia. Apa itu puasa? Maksud dan pengertian Berpuasa adalah "Menahan Diri".
Dari segi istilahnya syarak berpuasa bermaksud Menahan diri daripada makan dan minum serta menahan dari melakukan perkara-perkara yeng boleh membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari beserta niat.
Jika berpuasa mestilah kena ada lafaz niat, masih ingatkah niat puasa yang selalu mak ayah kita ajar dulu. Sekarang dah tiba masanya kita mengajar anak- anak berniat pula. Terlupa niat puasa bagaimana? Jom baca ayat di bawah.
1. Lafaz Niat Puasa Harian :
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Di sini shida mengucapkan kepada semua yang beragama islam terutama kawan-kawan blogger shida, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Mohon maaf jua atas salah dan silap akan tuturkata dalam setiap dalam penulisan saya.
Moga Ramadhan kali ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk melaksanakan amal ibadah dengan sebanyaknya dan sebaik mungkin Inshaa Allah. Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa | Marhaban Ya Ramadhan.


