Aku Masih Ingin Menaip
Alhamdulillah, ingatkan dah tak bisa menulis. Punya lama shida meninggalkan blog kesayangan ni bersawang. Aku masih ingin menaip! jiwa memang dengan blog lama mana tinggal pasti kembali semula. Hai korang semua, apa khabar? Ada masih yang ingat dan kenal shida?
Maaf lah, seperti biasa mesti shida minta maaf dulu padahal bukan buat salah pun kan ^_^ Aduhai, lama shida tinggal menulis diari kesayangan ni. Entah lah dari masa ke semasa yang berlalu terlalu banyak peristiwa pahit, suka dan duka terjadi. Tahun lepas keguguran kali kedua buat shida down sangat-sangat. Nak meniti hari demi hari tu Allah swt je yang tahu.
Dah berduka dengan keguguran tahun ni disulam pula dengan pemergian arwah ayah. Cukup sebulan lebih dah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kesian mak tinggal sorang-sorang, biasa kesana kesini dengan ayah. Memang kejutan bila ayah pergi, sebab ayah sihat walafiat je. Orang kata kalau Allah dah sayang dia ambil dulu. Al Fatihah untuk arwah ayah!
Sebenarnya tak ada motif nak buka blog. Selalunya tak sempat saja tapi harini sebab nak update sesuatu dalam portal JPN terbuka juga lah blog ini. Masih ramai ke kawan-kawan shida yang masih aktif berblog? Tahniah korang! Shida doakan korang semua dipermudahkan urusan.
Inshaa Allah korang, kita jumpa lagi dalam penulisan yang lain. Oh ya! minta maaf juga tahun ni raya shida tak kirim apa-apa kad ucapan disebabkan sibuk menguruskan urusan arwah ayah. Inshaa Allah tahun depan shida kirim seperti biasa. Take care korang!
22 comments
Innalillahiwainnailahirajiun. Terkejut juga baca. Semoga Allah rahmati ayah Shida.
ReplyDeletewelcome back👍
ReplyDeletep/s salam aidilfitri
ReplyDeleteBersabar atas segala musibah yang melanda. Takziah juga diucapkan atas pemergian ayahanda tercinta.
ReplyDeleteBersabar atas segala musibah yang melanda. Takziah juga diucapkan atas pemergian ayahanda tercinta.
ReplyDeleteTeruskan menulis Shida.
ReplyDeleteInnalillahi wa innailaihi roji'un untuk ayah kak Shida, semoga Allah menerima amal baik beliau dan mendapat tempat terbaik di sisi-Nya.
ReplyDeleteSemangat terus kak, peluk dari jauh
Salam takziah kak
ReplyDeletedatanng melawat shida..takziah shida..al-fatihah buat arwah ayah
ReplyDeleteTakziah Shida atas dua berita duka tersebut.
ReplyDeletePasti ada ganjaran dari Allah atas kesabaran Shida.
Akak doakan moga Allah permudahkan urusan Shida dan terus diberi kekuatan melalui hari-hari seterusnya.
Takziah kak Shida atas kehilangan yg berat dirasakan. Semoga dikurniakan ketabahan san kesabaran oleh Allah swt.
ReplyDeleteAl Fatihah dan semoga keluarga tabah dan kuat menghadapi ujian hidup ini...
ReplyDeleteJaga diri Shida, semoga dipemudahkan segala urusan.
ReplyDeleteallahuakbar! semoga tabah Shida. tulah lama sgt menyepi mesti ada sesuatu yg jd ni. Semoga Allah berikan rezeki utk mengandung lg.
ReplyDeleteAl-fatihah juga bt arwah ayah shida. semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman.
harap thn dpn dpt lah kad raya shida.. huhu
Takziah kak...Allah uji juga tanda sayang.
ReplyDeleteMoga diberikan kekuatan untuk menempuh segala ujian melanda
assalamualaikum ;-)
ReplyDeleteStay strong... Keep blogging Kak... Semoga dikurniakan Rezeki berterusan...Aamin!
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun... semoga Allah sentiasa permudahkan urusan shida sekeluarga
ReplyDeleteTakziah buat Shida.. Semoga terus kuat..
ReplyDeleteWelcome back..
Semoga yang baik-baik sahaja ye..
ReplyDeleteTakziah sis :'(
ReplyDeletesinggah sat ^^ and follow dari http://www.thefox.my/
Takziah shida... al-fatihah utk arwah ayah shida... take your time... nnt dh ok cerita lg kt sini ya
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.