Susahnya untuk konsisten

by - 17:14:00

Susahnya untuk KONSISTEN, ya memang betul. Ini lah yang shida alami sekarang, susah betul nak fokus lagi-lagi dah jadi ketua a.k.a majikan. Banyak perkara perlu buat, perlu ingat, perlu merangka. Tak mudah nak jaga team sebenarnya, jika gagal habiss!

Cabaran dalam hidup selalunya ada, tipu lah kata kita tak pernah hadapi apa-apa cabaran atau ujian. Kebiasaan cabaran dan ujian setiap orang atau individu ini berbeza. Ada yang mudah ada yang sukar tetapi penyelesaian tetap ada.

Harini shida paksa diri untuk menulis bukan apa, dalam dua minggu ini agak sibuk dengan kerja dan juga cover kelas team yang cuti kerana demam. Musim demam pun masih berlarutan, susah hati juga. Kesihatan masih perlu diutamakan lagi-lagi kita seorang yang bekerja.

Kes demam pun berjangkit-jangkit, lepas sorang sorang lagi demam sabar jelah! Hari ni tertaip juga satu entri jika dibiarkan mahu tak berupdate blog kesayangan ni. Bagaimana dengan kehidupan seharian korang, baik kah semuanya?

Shida doakan semuanya di dalam keadaan baik, terjaga kesihatan diri dan keluarga. Inshaa Allah shida masih praktis untuk konsisten tetapi dengan cara sendiri lah. Ada masa menaip lagi, berborak lagi dengan semua. Terima kasih sudi membaca 💕

 

Kalau tengok carta untuk SUCCESS banyak yang perlu di perbaiki lagi.


You May Also Like

13 comments

  1. betul sangat. nak konsisten memang susah wooo. ada je laaa itu ini. dugaan sunguh.

    ReplyDelete
  2. Setuju. Disiplin kena tinggi. Apa pun, jangan sampai stress.

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah untuk berjaya
    tapi tak mustahil untuk mencapainya

    ReplyDelete
  4. cik nor ikut mood..klu mls..xde la entry baru..haha

    ReplyDelete
  5. Semoga urusan shida berjalan lancar

    ReplyDelete
  6. Chaiyok! Saya pun tengah berusaha nk konsisten. Baru nk start aktif balik hehe

    ReplyDelete
  7. Semoga sis sentiasa bersabar dan semoga dipermudahkan segala urusan, inshaAllah amin.

    ReplyDelete
  8. memahami sangat. sekarang ni tengah ramai yang sakit mungkin sebab perubahan cuaca. take care tau kak shida :)

    ReplyDelete
  9. Mmg susah nak konsisten.. Amalan yg baik bukan byak, tp konsisten.. tp itulah yg paling berat skali nak buat.. semoga d'permudahkan semuanya kak..

    ReplyDelete
  10. hai kak Shida.. di sini pun ramai orang sakit, kami pun bergantian sakit, rasanya flu terus saja berputar-putar tak berhenti..

    ReplyDelete
  11. mama pun selalu ada masalah ni.. huhu kdg2 kena paksa diri juga kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.